Jumaat, 30 Ogos 2013

Tahukah Anda

1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


2. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

3. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

4. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

5. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

copypaste from : Dakecik

*Have a nice day. Salam Jumaat. Assalamualaikum. hee~~~

Khamis, 29 Ogos 2013

Pengalaman Baru

Jam 7.10 pagi dengan menunggang motor honda X5 aku menempuh kesesakan jalan raya pada pagi yang penuh dengan debaran dan kerisauan yang membuak-buak. Semalaman aku memikiran tentang hari ini. Apa agaknya yang akan terjadi? apa yang patut aku buat? mampu ke aku ni? boleh ke? Ya Allah permudahkanlah aku. Doa aku berkali-kali didalam hati.

Lebih kurang 15 mint perjalanan, akhirnya aku sampai di sebuah tempat yang menjadi permulaan hari kita semua sebagai seorang pelajar. Tadika Kawanku. Hampir sesat, Alhamdulillah sampai juga. >_<

huh, penat pula bercerita macam buku novel. Back to normal yeah? hahaha.


Pada hari jumaat yang lepas ckj dapat tawaran bekerja sebagai guru tadika. Ini lebih kurang macam guru sandaran je. Hari pertama menjadi cikgu tadika, huh.. serius beb! Blur. Nasib baik ada seorang Cikgu ni guide ckj. Rupanya ckj ni menggantikan tempat dialah nanti. 


Nampak dia mengajar macam senang je nak control budak-budak supaya dengar cakap dia, dengar apa yang dia ajar. Katanya esok dia da tak bekerja da, So ckj la yang kena ambil alih tugas dia. Adeh.. macam mana ni? huhu..

oh ya, ckj kena mengajar iq'ra, jawi dan bahasa melayu. Pelajar-pelajar yang ada disini umur dari 4 tahun hingga 6 tahun. Serius memang sangat comel dan kecik hahaha. 
Alright sampai situ dulu, nanti ckj cerita apa jadi hari seterusnya ya? Assalamualaikum.

*nampaknya lepas ni al-kisah mengenai tadika dan budak-budak comel memang jadi entry utama lepas ni. wish me luck yeah?

Selasa, 27 Ogos 2013

gambar macam ni

Assalamualaikum.. Lama juga ckj belajar macam mana nak buat gambar jadi macam ni. Mula-mula ckj berjaya lukis, ada garisan dan warna cuma satu ton je. tak de shadow effect. 
Then lepas tu, setelah sekian lama mood nak lukis gambar macam ni tak muncul. Beberapa hari kemarin ckj tergerak pula hati nak cuba lukis gambar tanpa garisan beserta dengan warna banyak ton dan shadow effect sekali. 

Hasilnya.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
urm.. kira ok la ni kan? jadi juga la. Tapi kalau yang pro tengok ni mesti banyak lagi yang kurang. Entah bila pula mood melukis gambar macam ni nak datang lagi. huh... 

acam ok tak korang? 

Isnin, 26 Ogos 2013

memang kerja aku ban orang..

Assalamualaikum. Sejak beberapa hari ni ramai pula yang tinggalkan jejak kat shout box ckj dengan link iklan. Amboi! suke suki je buat macam tu.. ni nak marah ni. Kalau nak orang klik link iklan tu, tak perlu buat macam tu. Banyak lagi cara lain.


Sejak dari tu, siapa je yang tinggalkan jejak guna link iklan, ckj tak de nak tolak ansur. Terus je ban IP dia. Biar sampai bila-bila pun link iklan dia tak boleh nak menapak di shout box ckj. huh.. sabar je la.  Yang ckj tak boleh terima kadang-kadang guna nama artis, puji la, kata da folow  la.. macam-macam lagi la. 

Memang banyak kali da bloggers lain tegur. Tapi itu la.. korang sendiri pun fahamkan.. huh.. 

Sabtu, 24 Ogos 2013

On PC

Assalamualaikum. Baru-baru ni ckj terjumpa software yang membolehkan ckj install instagram,wechat,whatsapp di lappy. tak sangka betul ada software android untuk PC.. Mungkin ada yang da tau. tapi tak pe yang penting ckj excited nak share. tengok ni..

Ckj guna Software BlueStacks. 

Hehehe.. Best pula godek-godek benda ni. :P 
ok tu je nak share hari ni. oh ya nak tau lebih lanjut lagi fasal software ni, boleh  toyoh sini. 

*walaupun henset ckj cikai, ckj masih boleh bersosial dengan apps android sementara menunggu masa untuk bertukar ke henset yang 10G hee.. :D

Jumaat, 23 Ogos 2013

wahai omak kawinkan aku..

Assalamualaikum. Hahahaha.. tak boleh blah tajuk entry. Sebenarnya ckj belum lagi nak kahwin la. Cuma hari ni ckj nak share dengan korang keistimewaan diantara orang bujang dengan orang yang da kahwin.

Ckj nak share sikit apa yang ada dalam  buku yang ckj baru je habis baca beberapa hari yang lepas, '100 Pesanan Terakhir Rasulullah'

Alright kita teruskan, pesanan ke-65 : Berkahwinlah, Itu Sunnahku. Ckj ambil mana yang ckj rasa nak share ea. 

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan, "Apabila seseorang itu berkahwin, maka terselamatlah separuh daripada agamanya." Mereka yang berkahwin akan menyelamatkan separuh daripada agamanya manakala jika dapat mengawal nafsu perut, bermakna mereka dapat mengawal seluruh agamanya. Orang yang berkahwin mempunyai kelebihan iaitu pahala mendidik anak dan isterinya.

Ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis sahih bermaksud, "wahai pemuda-pemuda, barang siapa yang mampu diantara kamu serta berkeinginan hendak berkahwin, hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara maruah. Sesiapa yang tidak mampu, maka dia hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang nafsu."

Ada satu riwayat Ibnu Abbas yang suatu ketika dahulu ketika dia sakit dan isterinya pada masa itu telah mati lebih dahulu. Dia pun berkata kepada sahabat-sahabatnya, "kahwinkan aku kerana aku hendak mati dalam keadaan berkahwin dan tidak mahu mati dalam keadaan bujang."

itulah serba sedikit pesanan yang terdapat dalam buku ni. Nak tau lagi 99 persanan? cubalah dapatkan buku ni. >_____<

Jadi, Banyakkan kelebihan dan kebaikkan berkahwin?

*Siapa nak kahwin angkat kening... wah ramai yang angkat kening.. bagus-bagus. hehehe..
 Siapalah yang tak mahu hidup berpasangan. kan?


Khamis, 22 Ogos 2013

Bergetar, takut dan resah hati bila dengar perkataan tu..

Assalamualaikum. Hari ckj nak share rasa hati ckj.. (ceh... wah! haha) Ckj nak berbual mengenai AMANAH. Berat tu. Secara semulajadinya, bergetar, takut dan resah hati ckj bila dengar perkataan tu. Hah, baru dengar je tau. Belum sanggup dan laksanakannya. Memang dugaan.
Kadang-kadang amanah tu bukan benda yang besar mana pun. Benda yang simple-simple. Ckj cuma nak bualkan perkara yang kecil-kecil je. Kadang-kadang kita je yang tak sedar yang kita da ambil amanah tu. Apatah lagi nak pegang perkara yang besar-besar.

 Ckj nak share dua  situasi yang ckj alami dan jadi depan mata. ckj betul-betul rasa.. haaa... 

Situasi 1: 
Koci minta izin daripada Jue nak pinjam buku.  Jue pun mengizinkannya. Setelah berbulan-bulan selepas tu,  Jue  pelik, kenapa Koci ni tak pulang-pulangkan buku yang telah dipinjam. Lalu dia pun bertanya kepada si peminjam. Koci kata dia bagi buku tu kepada Cakoi kerana Cakoi nak pinjam dan suruh Jue minta pada Cakoi. Ada ke patut? lepas tangan macam tu je. Koci pula rasa dia da tak de kaitan dengan buku yang dipinjam sebab buku tu tak de pada dia.

kalau korang jadi Jue apa perasaan korang? 

Situasi 2 :

Pulut, seorang yang berjawatan setiausaha dalam kelab yang disertainya. Pada hari terakhir semester dia masih tak pulangkan dokumen/ file milik kelab tersebut dan meninggalkan dokumen/file tersebut dalam almari asrama. Berharap  orang semester depan yang akan serahkan dokumen/file tersebut. 

Wajarkah?? 

Apa yang penting, kita juga da diamanahkan oleh Allah s.w.t. sebagai khalifah  di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi. Sama ada kita berjaya atau tidak menunaikan amanah tersebut, segalanya terletak pada diri kita sendiri. Wallahu a’lam.

*May be bila sebut perkataan tanggungjawab orang boleh buat tak endah. Bila sebut perkataan amanah semua orang takut.. Sabar je la. Ckj pun bukan baik sangat. Sekadar menegur dan memperbaiki diri.

Isnin, 19 Ogos 2013

kau kat mana? kau ok tak?

Assalamualaikum. Tempoh hari , ckj mimpi kawan baik ckj meninggal. Bangun je tidur terus terbinga-binga. Keliru sama ada itu Cuma mimpi atau kenyataan. Syukur  Alhamdulillah, Cuma mimpi mainan tidur. Huh.. Tapi petang tu ckj text la juga kawan ckj tu, Tanya dia kat mana, ok ke tidak. Alhamdulillah. Dia ok . Cuma dia pelik je dan ada sedikit terkejut ckj tiba-tiba tanya dia macam tu. Hehe..
Sepanjang ckj hidup, da tiga kali juga la (termasuk yang ni) ckj mimpi kawan meninggal. Tindakan dan rasa yang sama juga menimpa ckj. Terbinga-binga dan berpijak di bumi nyata setelah keadaan ckj betul-betul terjaga dari tidur. 
Ada seorang tu bertanya ckj kenapa tetiba je tanya ‘kau kat mana, kau ok tak’ . Ckj sebolehnya nak mengelak daripada beritahu dia tentang mimpi ckj tu. Tapi da dia betul-betul nak tau.  So ckj pun beritahu la. Respon dia, sama la macam apa yang ckj fikir. Cuma mainan tidur je. Tak de apa la weh..  ckj cume tersengih...


*Korang pernah tak mimpi macam ckj? Apa reaksi korang ea bila dapat mimpi tentang kematian seseorang? Meh la share.. >_<

Sabtu, 17 Ogos 2013

Baju Biru Cop Poli..

Tinggal kenangan.. 

Seingat ckj kan, ckj pakai baju bengkel ni masa sem satu sampai sem tiga atau sem lima kot..  lebih kurang macam tu la.. 

dan sekarang, baju ini telah pergi dari ckj.. telah selamat DIJUAL kepada adik kawan ckj yang baru je memulakan semester baru pada awal Julai yang lepas.. 

Begitulah kisahnyer baju biru cop poli. Tamat la sudah perkhimatannya. 

Assalamualaikum..

*pssstt nak tau rahsia besar baju biru cop poli tak? baju ni jarang dibasuh.. boleh dikira berapa kali je basuh.. hehehe.. syyuuuuhh... (dalam nada berbisik)

Khamis, 15 Ogos 2013

Hari Raya Saya

Assalamualaikum. Macam mana raya ok? Raya ckj.. urm.. bosan. Pagi raya, ckj makan lemang dan ketupat  segera serta dicicah dengan rendang daging. Pakai baju raya pergi solat raya di masjid then bergambar sekeluarga di ruang tamu. Selepas tu suasana kembali seperti hari-hari normal yang biasa. Yang lainnyer cuma rancangan di televisyen lebih menarik daripada biasa. itu je.
Oh ya ckj tak balik ke kampung raya tahun ni. Mungkin sebab tu kot raya ckj tahun ni bosan. Tapi best juga duduk rumah relax-relax bersama keluarga. 

Alright tahun ni ckj memang buat kuih raya wajib ckj, Kuih Konflek Madu. Tapi ada tambahan satu kuih lagi yang handmade, kuih samprit ( tak reti eje la.. hehehe). Lain-lain kuih da siap. Semuanya  jadi snack enak dimakan ketika menonton televisyen oleh kami sekeluarga. Maklumlah, bukan ada orang datang rumah pun. 
googlepunyagambar.com

Itu je la cerita hari raya ckj tahun ni. 

Khamis, 8 Ogos 2013

Dah lama tak buat ni..

Assalamualaikum. Serius ar, da lama ckj tak men'doodle'. Syukur Alhamdulillah ckj masih ingat lagi cara nak lukis nyer.. hehe.. ini la dia ceritanya disebalik pembikinan doodle ckj.. 
Time ni agak berpina juga la mata ckj.. :P
taarraa...! jadi da muka doodle.. ngee~~ >__<
Ni la dia hasilnya yang da siap colour.. taarrraa!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
klik gambar untuk lebih jelas.. :)
>_____________< 
Thanks for reading.. Selamat Hari Raya.. 


Jumaat, 2 Ogos 2013

Keinginan dan kesabaran

Keinginan. Bukan kempunan. hahaha. Sebagai manusia yang berjantina perempuan, serius ckj memang banyak benda yang ckj nak. Especially dalam bab-bab membeli barang (shopping). hehehe. Tapi ckj tak de la macam mak-mak. Nak beli pingan mangkuk, langsir semua tu.. -_-! 

Ckj paling teringin nak beli ialah gadget yang comel-comel terutamanya handphone. Sebab ckj masih lagi menggunakan handphone yang 3 sekupang tu. Itu pun baterinya cepat mati. Tipu la ckj tak jealous tengok kawan-kawan ckj semuanya guna handphone smart phone masa ckj join reunion tempoh hari. Tapi ckj pujuk hati ni, supaya sabar. hehehe.
Sebab ckj masih tak punya duit sendiri. Duit yang hasil daripada titik peluh ckj sendiri. Ckj belum bekerja. Apa yang merisaukan ckj, bila da bekerja dan punya gaji sendiri ckj takut ckj akan jadi boros. Iya la apa yang ckj nak sebelum ni di tahan-tahan. Jadi bila da ada duit habis semua benda ckj beli. hee.. takut juga tu kalau tak dapat kawal diri. huh..

Sudah jadi kebiasaan bagi ckj, apa yang ckj nak hanya jadi angan-angan. Lama kelamaan keinginan nak sesuatu tu hilang.. Sebab benda tu da ditelan zaman, atau da tak diperlukan lagi. Jauh di sudu hati ckj, ckj lega benda tu terjadi. >___<
Assalamualaikum.
*Tapi keinginan untuk berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat tak pernah lenyap dalam cita-cita ckj. Insya Allah. >_<