Khamis, 15 Ogos 2013

Hari Raya Saya

Assalamualaikum. Macam mana raya ok? Raya ckj.. urm.. bosan. Pagi raya, ckj makan lemang dan ketupat  segera serta dicicah dengan rendang daging. Pakai baju raya pergi solat raya di masjid then bergambar sekeluarga di ruang tamu. Selepas tu suasana kembali seperti hari-hari normal yang biasa. Yang lainnyer cuma rancangan di televisyen lebih menarik daripada biasa. itu je.
Oh ya ckj tak balik ke kampung raya tahun ni. Mungkin sebab tu kot raya ckj tahun ni bosan. Tapi best juga duduk rumah relax-relax bersama keluarga. 

Alright tahun ni ckj memang buat kuih raya wajib ckj, Kuih Konflek Madu. Tapi ada tambahan satu kuih lagi yang handmade, kuih samprit ( tak reti eje la.. hehehe). Lain-lain kuih da siap. Semuanya  jadi snack enak dimakan ketika menonton televisyen oleh kami sekeluarga. Maklumlah, bukan ada orang datang rumah pun. 
googlepunyagambar.com

Itu je la cerita hari raya ckj tahun ni. 

19 ulasan :

  1. Teena pulak tahun ni tak tolong mak pun buat kuih sebab busy ngn kerja, tp nasib baik ada adik yg tolongkan.

    #selamat hari raya juga

    BalasPadam
  2. he3..xbest la kalu melepak je kt rumah..

    BalasPadam
  3. salam perkenalan dan salam aidilfitri buat CKJ :)

    BalasPadam
  4. hehehhe tak pe :) tapi jomlah beraya .. saling bermaafan dan eratkan ukhwah.. selamat hati raya

    BalasPadam
  5. sedap pulak kuih cornflakes tu hehe

    BalasPadam
  6. selamat hari raya ckj. sory sis kurang aktif dah blog sekarang. Update lepastu teros tinggal. hahaha.
    Blog ni pun dah bukan main cantik :D

    BalasPadam
  7. tahun ni raya saya cuma duk rumah sambil kunyahh nasi impit+rendang ayamm hihi :)

    BalasPadam
  8. salam..

    kuih yg senang dibuat tu..hehe
    ehh ingtkan pic kuih wat sdri..upenyer amik kt google la..huuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. maaf la.. tak sempat nak snap pic sendiri.. :P

      Padam
  9. Salam.

    Raya pertama akak..akk tak braya kemana.

    Sampai2 kmpg kul 3, baring2, terus tertido,hahaha. Penat sgt kjue, drive dlm jem..kita bawak keta manual plak tu..fengsan. Bangun2 je, tinggl bbrpa org je dlm rumah, yg lain suma gi beraya. Mak kata tak smpai hati nak kejut,hahaha

    Raya kedua plak, pun tak gi mana, melawat pakcik yg eksiden kt hospital.. raya ketiga baru beraya..hehe

    BalasPadam
  10. akak yang drive sampai kampng? wah.. memang penat ar kak. kira ok la kak beraya juga pada raya ketiga.. :) dpt duit raya x kak? :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah..ayah akk tak leh mandu..pndgn mata dia, sblh kanan mcm kabur skit. Mmg penat pun, tahun ni teruk jem..

      Dapat..tpi tak bnyk la,hehehe :p

      Padam
    2. tu la mmg teruk. Tengok kat berita mmg sesak sgt..

      wah kira ok la tu dpt duit raya.. :)

      Padam
  11. kat rumah wajib buat samperit sbb abah suka sangat makan.. hehe.. cornflakes madu la faveret Hana ^^

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)