Sabtu, 17 Disember 2011

.........

Huh.. lame tak update blog.. (itu je la yang mampu aku katakan setiap kali aku updata blog hm..  ) lepas je aku habis final exam yang lepas aku dapat tau opah aku masuk ICU kat hospital taiping, perak. Agak terkejut jugak la bila dapat tau. Nampaknye Allah lebih sayangkan opah aku. Pada 30 november 2011 bersamaan dengan hari rabu opah  aku menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tanpa ditemani oleh sesiapa pun. (aku tau nurse mesti ada kat situ kan? Kan? Kan?)  kesian opah aku. Meninggal sorang2.. :’( aku pun tak sempat nak jumpe dia buat kali terakhir..  sepi… pilu..
masa aku tau dapat tau berita sedih ni, reaksi aku.. biasa..kosong.. tak tau nak kata apa2.. aku bangun je solat subuh terus mak aku kata “opah da xde.. sedekahkan yassin kat opah. “ opah… semoga opah  selamat di alam sana.. mudah-mudah roh opah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh… yassinku hadiahkan buat opah di sana.. 
aku hanya sempat ziarah kubur  opah setelah 4 hari kemudian. Al fatihah ku sedekahkan untuk opah sebaik saja sampai di depan kubur opah… hanya batu nisan sebagai tanda bahawa jasad opah dikebumikan di sungai galah, perak. ai sedih bercampur sayu pula aku nak menulis entry ni.. ok that’s all.. thanks for reading. Assalamualaikum.

Sabtu, 26 November 2011

Yeah selesai sudah..


Alhamdulillah pada 24 november 2011 (khamis) hari last aku final exam… dan sekarang aku da ada kat rumah. Lega rasanya.. J penat betul la aku sepanjang minggu peperiksaa ni. First time aku rasa study sampai sakit2 kepala, tak boleh tidur, nak muntah dan tak de selera nak makan. Huh.. dahsyat! Nampaknya untuk final kali ni memang aku berusaha kuat nak dapatkan 3 pointer above. Kalau aku tak dapat nak naikkan pointer aku juga, aku pun tak tau la.. bila Allah nak bagi rezeki tu kat aku. Nak study kuat macam mana lagi.. aku pun tak tahu. Kita tunggu je la result kuar nanti. Apa-apa pun aku ni sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada Nya hanya mampu tawakal dan doa je la setelah aku da bertungkus lumus berusaha dan beriktihar.. mudah-mudahan usaha aku membuahkan hasil. Amin~~


Rabu, 16 November 2011

Sakit tengkok aku!

Assalamualaikum. Saya Cik Kay Jue  pemilik rasmi Kay Jue Blog, dengan ini melaporkan hari ini saya telah menjawab final exam saya yang pertama iaitu kertas Engineering Mathematics 3 pada jam 11.15 pagi hingga jam 1.15 petang. Alhamdulillah.. selesai sudah satu subjek. J
Tapi.. (mesti ada ‘tapi’ ) aku tak cukup masa la nak habiskan soalan yang terakhir. Hm.. tawakal je la Kay Jue nak buat macam mana.. aku da cuba da untuk siapkan hingga ke titisan dakwah(??) pen yang terakhir..  masa tu jalan cepat sangat. Lepas tu lecture yang jaga tu lambat kasi tau yang paper soalan tu ada pembetulan. (patut ar ada beberapa soalan yang pelik :P ) hm..  Alhamdulillah aku dapat jawab semua soalan yang aku sempat jawab dengan lancar dan jayanya..

Lepas da antar kertas soalan.. perrgghh.. sakit seh tengkok aku.. mane tak nyer 2 jam asyik tunduk je fokus kat soalan.  Tak pernah2 aku rasa macam ni. Kepala aku pula sakit + pening = tak boleh study untuk satu hari. ( macam tu pula.. :P) itu al-kisah aku untuk hari pertama aku jawab final exam. Korang pula macam mana? Mai la share dengan aku.. hehe..

*p/s : aku still sakit tengkok lagi ni! Huhu.. tak pe la demi mendapatkan segulung diploma, akanku korbankan segalanya. Yeah! J