Rabu, 26 Disember 2012

ww*39

Assalamualaikum. Ini cubaan pertama ckj buat lukisan ni guna adobe photoshop. Ha.. ini la real face ckj.. hehehe.. agak-agak dapat imagine tak yang betul-betul punya ? hahaha.. biarlah rahsia... >_<

Thanks to Ary sebab ajar ckj macam mana nak buat lukisan ni.. ckj tau warna satu warna je.. tak reti lagi nak warna layer-layer..  acam ok tak?

Selasa, 25 Disember 2012

Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia ...



Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

 Christian : Sekarang......... saya mengerti... 


Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi: "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim) 

SEBARKANLAH utk KEBAIKAN BERSAMA......

Ahad, 16 Disember 2012

Muet!!!


MUET. Hm.. korang da ambil da huh? Ckj da ambil da pada bulan oktober yang lepas. Huh.... entah apa la resultnya nanti.. risau juga ckj menantikannya.

Alright ckj mau share skit pengalaman ckj ambil peperiksaan MUET ni di  Kay Jue Blog. MUET ada 4 paper. Speaking, reading, writing dan listening.  Secara ‘giler’ nya ckj langsung tak ambil apa-apa kelas dan buat apa-apa persediaan untuk ambil exam muet ni. Bukan sebab ckj rasa ckj da pandai English tapi ckj tak sempat nak ambil kelas. Lagi pun masa ckj dapat tau untuk daftar  muet ni pada hari terakhir daftar.

Memang kabut la masa tu. Berbelah bagi nak ambil semester ni, semester depan atau nanti-nanti. Memang stress juga masa ni. Sebab nak daftar muet kena pergi beli nombor PIN dengan bayaran RM 101.00 di BSN. Tanpa berfikir panjang, pada hari terakhir tu ckj dengan kawan ckj berkejar ke pekan PD untuk beli nombor PIN tu dan malam tu juga daftar online.
Masa daftar online tu pula tempat untuk buat exam muet di poli dah penuh. Jadi, untuk sementara ckj dan kawan ckj pilih tempat di KL dulu. Stress juga masa ni. Buntu entah kat mana la tempat exam muet kat KL yang kiteorang pilih tu. Dipendekkan cerita, kawan ckj telefon majlis peperiksaan tanya macam mana nak buat dan dikenakan bayaran RM 25.00 untuk buat pertukaran tempat. Huh.. apa da.. Alhamdulillah dapat tukar di sekolah bukit saujana PD.

Sebelum ambil muet.. ckj ingatkan paper paling senang adalah paper listening.. tapi ternyata lepas ambil exam.. itulah paper yang paling susah bagi ckj.. huhuhu.. Masa ambil paper speaking pula.. nasib baik ckj dapat group dengan kawan ckj, tak de la rasa malu sangat. Ckj pun tak tau apa yang ckj cakap masa exam ni. Huhuhu.. ape la.. tapi kawan ckj kata dia terkejut sebab ckj speaking lon don tak de gagap.. ( huh.. memang la tak gagap tapi asyik ulang point yang sama je..) huhu..

Untuk paper reading bagi ckj la.. ini paper yang paling senang antara 3 paper yang lain. Writing.. urm.. entah la.. dia memang macam kita buat karangan english masa sekolah dulu.. tapi patah perkataan dia banyak. Itu la bezanya dan soalan dia umum perlukan kita berfikir. Berfikir memang boleh tapi fikiranku dalam bahasa melayu. Yang payahnya nak translet apa yang difikirkan itu dalam bahasa inggeris dan tulis perkataan dan ayat yang sesuai dikertas. Huh.. memang payah bagi cki yang english SPM dapat E ni.

Alright itulah sedikit sebanyak pengalaman ckj dalam mengambil exam MUET ni. Doakan ckj dapat keputusan yang ok.... terima kasih sebab sudi membaca entry terpanjang ckj ni.. Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Disember 2012

Mengalir air mata kerana...


Assalamualaikum. Selamat hari jumaat. Agak lama juga ckj tak kongsikan info islamic kat Kay Jue Blog ni. Jum renungkan bersama situasi dibawah:-
SITUASI 1 :
Rindu dia → Baca text dia yang lama lama → Tengok gambar dia → Teringat kenangan dengan dia → Masuk bilik → Baring → Akhirnya mengalir air mata :'(

SITUASI 2 :
Rindu DIA → Baca al-Quran → Teringat dosa-dosa lama → Solat Taubat & Hajat → Berdoa & Sujud akhir lama2 → Akhirnya mengalir air mata :'(
Mana yg pernah anda lakukan??? MUHASABAH..

diambil dan dikongsikan daripada : Mencari REDHA Ilahi

*p/s : sama-samalah kita berbetulkan niat dan amal kita... :')

Isnin, 10 Disember 2012

huhuhu....

hari ni result final exam keluar. result ckj teruk. ada satu paper fail :`( huhu...  sedih rasanya... walaupun ramai dikalangan kawan-kawan ckj ramai yang fail juga, ckj tetap rasa terkilan dengan diri ckj sendiri... :`( mana taknyer satu sem je lagi. hurm.. entah...
apa yang penting sekarang ckj kena kuat kan? tak boleh putus asa.. esok da nak balik poli da... hu... ok la that`s all for today... assalamualaikum...

Ahad, 9 Disember 2012

bedebar-debar la..

Assalamualaikum. dup dap dup dap dup dap.. risau betul la ckj... esok result final exam ckj keluar.. semester lima ni banyak subjek yang killer. Banyak subjek teori. Banyak subjek lisan. subjek praktikal kurang. tu yang membimbangkan ckj. huh... risau takut kantoi! rugi la lagi satu sem da ni mau merdeka.. alih-alih kena tambah satu sem kalau kantoi. tak nak tak nak tak nak... ckj tak mau itu semua terjadi pada ckj. ckj risau + takut = berdebar-debar ni.. huh..

wish me luck ok.. moga-moga result ckj tak de yang kantoi. Amin..
menanti hari esok yang belum pasti...

Saya suka musim buah!

Assalamualaikum. Minggu lepas ckj balik kampung. Biasalah kalau dah hujung tahun ni mesti banyak orang kahwin.  korang pun mesti banyak dapat jemputan kahwin kan? Tak lupa juga tengah musim gugurnya buah daripada pokoknya. Kan? Hehehe.

Alright tujuan asal balik kampung sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu ckj pada 1 disember yang lepas.. Alhamdulillah da selamat da dia jadi diijab kabulkan.. :) ini la pelamin dorang.. simple je.. tema merah pink kalau tak silap ckj.
Alright tutup cerita kahwin tu. Ok kat kampung ckj ada juga pokok buah-buahan. Pokok rambutan, duku dan langsat.Untuk musim buah kali ni ckj berpeluang pelik sendiri buah rambutan bersama mak ckj di pokok rambutan arwah nenek. Tgk ni pokoknya..
 pokok langsat
pokok rambutan
Untuk raja buah pula itu eshan dari pak cik ckj yang ambil dari dusunnya dan juga kiteorang beli je kat tepi jalan. Kalau beli di kampungkan memang sah la buah tu baru pelik dari pokok. Of cause la fresh lagi rasanya.. >_< tak sempat mau capture pic.. hehehe... buah ni paling banyak kiteorang dapat. Entah berapa biji. Tapi lebih dari 10 biji. >_<
Secara jujurnya tulus dari hati (ceh wah!) ckj, ckj bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa suasana musim buah sebenar... ckj harap generasi akan datang dapat merasakannya juga nanti. So, jum la tanam buah! :P

Sabtu, 8 Disember 2012

Serangan makhluk kecil!

Assalamualaikum. Sebelum ckj cerita ckj nak korang tengok gambar-gambar kat bawah ni dulu…
Teruk kan? Ini semua kerja ‘cik anai-anai and the geng’. Dahsyat betul la serangan anai-anai ni. Ini memang boleh dikait dengan peribahasa kecil-kecil cili padi.. hehehe betul tak? Nasib baik ckj sedar awal tentang serangan anai-anai ni. Kalau tidak habis la buku-buku kesayangan dan almari ckj dimakan oleh makhluk kecil ni. Huh.. penat ckj dan mak ckj dibuatnya menghapuskan kawasan serangan dan jajahan si anai-anai ni. Barang-barang yang terkorban dan tercedera terpaksa la dipindahkan ke kawasan pembuangan.. huhu..

*p/s : korang pernah kena serang dengan makhluk kecil ni? Meh la share dengan ckj.. >_<