Khamis, 30 Jun 2011

Tirai ditutup bagi bulan JUN...


Sisa-sisa cutiku da hampir habis. Ayat standard yang selalu digunakan “cepatnyer masa berlalu.. pejam celik, pejam celik dah sampai sini..” hehehe.

 Banyak jugak rupenya entry yang da aku post sepanjang bulan Jun. Tiap-tiap hari ada je bende yang nak di ‘post’. Huh.. masa cuti ni boleh la update blog tiap2 hari, nanti bila da start study... mungkin tak sekerap ni aku akan update blog. Walau apa pun aku tetap akan curi masa untuk berblogging.(betul ke aku eja ni?).  ^_^ Mudah-mudahan wireless kat poli aku ok dan laju.
Selama lima bulan aku dalam dunia blog ni, banyak tentang blog yang aku dapat tahu. Ternyata blog bukan sekadar dairi, tapi tempat untuk menyatakan pendapat, untuk berniaga online, beramal, sebarkan berita dan info-info terkini,  berdakwah dan macam2 la. >_< wow.. besor rupanya skop blogger ni. tapi aku punya blog ni hanya blog peribadi je. :P
Dikesempatan ini (ai ceh ceh ayat buku lagi meh..) CKJ memohon maafandai ada di antara entry CKJ yang tak best ke salah eja ke, entah apa-apa ke.. yang menyinggung perasaan mane2 pihak ke.. dan semua la yang berkaitan. Saya budak baru belajar dalam dunia blog ni. sebab itu la CKJ selalu skodeng2 blog senior yang da lame dalam dunia blog ni..hihi.


Terima kasih kepada muz pemilik http://komputer-milikku.blogspot.com/ , atas penghargaan anda pada Cik Kay Jue sebagai pengomen setia di blog anda. Cik Kay Jue memang agak teruja dengan info2 yang berkaitan dengan komputer. Thanks sebab sudi buat entry khas tu ea muz.



Wow.. panjangnya entry ni.terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.

Zone VIPku da 3 angka!



Assalamualaikum.. haei. Jumpe lagi. Al Maklum la may be hari ni last entry aku yang berturut-turut, berderet-deret dan tiap-tiap hari sebelum aku kembali ke Poli. Hehe. Tadi aku online.. wow.. Macam kebetulan pula, da alang-alang hujung bulan JUN ni pula genap VIP ZONE aku da ada 3 angka.. Hihi... macam tahu-tahu je...

thanks yeah sebab sudi follow blog CKJ yang tak seberapa ni. :P


Yeh berjaya juga!


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur aku pada Allah s.w.t. kerana hari ni aku telah berjaya menghabiskan pembacaan aku pada buku ‘Uswatun Hasanah’ ni, sebelum aku start study. Ini pun disebabkan elektrik tak de. Tu yang aku berjaya habiskan baca tu. Hehe.Buku ni aku pinjam daripada Syue. Tapi dia tak baca lagi aku da rasmikan dulu. Hehe.. thanks Syue sebab bagi izin pada aku untuk baca buku ni dulu. Buku ni memang best. Banyak menceritakan tentang keperipadian dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w daripada segala segi yang boleh kita jadikan teladan yang baik. Sama macam maksud tajuk buku ni iaitu teladan yang baik. Nak tau apa keperibadian dan akhlak Baginda yang boleh kita ikut? Dapatkan buku ni.. hihi..


Oh ya.. Salam  Israk Mikraj.


Mane Elektrik ?


Di pagi Khamis yang indah syahdu.. Suasana sunyi sepi.  burung2 berkicauan menyanyi-nyanyi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aik?? Apa fasal ada bunyi burung-burung ni? selalu tak dengar pun? Huh? Kenapa gelap je rumah aku hari ni?? panas pula tu... hish kenapa ni?
Aku pun pasang la kipas. Aik? Kipas, kenapa kau tak berputar-putar macam selalu? Rosak ka? Hello?? Kipas.. huhu.. tak pe la.. aku pasang TV la. bosan pula. Eh.. kenapa ni.. gelap je skrin TV ni.. hish..

 “ oi.. elektrik tak de. tak payah kau nak buka-buka benda elektrik kat ruang tamu tu...” Kata Mak yang menjerit daripada dapur.
“la... patut la. huhu.. bila ada balik ni??” tanya si Anak.
“entah.. malam kot” kata Mak.

Hah.. lebih kurang begitu la gaya aku pagi tadi. Yang telah aku ubah situasinya ke versi story.. haha..
Rumah aku tak de elektrik lorh pagi tadi sampai la jam 5 petang tadi baru ada. So tema hari ni silent mood. Haha. Alhamdulillah da ada da sekarang. Dapat la aku online. Hihi.. 

Rabu, 29 Jun 2011

Nak Shortform boleh tapi jangan terlepas pandang pula ea..

Assalamualaikum. Haei.. tadi aku online FB aku terbaca satu wall post ni. aku rasa benda ni agak penting  kepada kita sebagai umat islam. ni dia wall postnya..

Jika ada orang hantar shortform A’kum, kita ingatkan dia supaya guna As Salam sebab As-Salam ialah dri prktaan Assalamualaikum.
Jangan guna Bye kerana Bye adalah jarum sulit Kristian yang bermksud Di Bawah Naungan Pope. Jangan guna A’kum kerana A’kum bermaksud Binatang dalam bahasa Yahudi. Jangan guna Semekom kerana Semekom brmksud Celaka Kamu.

Gunakan perkataan As Salam sebagai singkatan bagi Assalammualaikum.....
~sebarkan

Thank kepada Sue sebab wall post pasal ni di FB. Kepada yang da baca entry post ni, sebarkanlah kepada mereka yang tak tahu mengenai hal ni. sekian. Terima Kasih. :)

Wordless Wednesday*1


Selasa, 28 Jun 2011

KAY JUE = KEJU ??



Assalamualaikum. Haei. Hihi.. klakar la.. tiap kali 0nline aq selalu check shout box aku. aku ada terjumpe satu messege yang agak menarik daripada kpah k-poh. 


Hihi.. jawapan nya betul la tu.. tapi aq da ubah ejaannya dalam versi moden. Hehehe. Dan disebabkan aq ni muda lagi dan belum kawen aq letak Cik Kay Jue. Hihi. Lepas tu jadi CKJ. Hehehe.



Isnin, 27 Jun 2011

Redah je!

gambar hiasan semata-mata :P
Assalamulaikum. Haei.. hari ni aq just mau kongsi pandang aq je. Aq suka cuba benda yang aq tak tahu. Sebab, bila aq da cuba aq jadi tahu. Hihi. (aq cube benda2 yang positif dan baik okey!) tak salahkan mencuba. Bila da buat silap pada petama kalinya, kita akan buat yang betul untuk kali yang kedua. :)
Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baik dan yang kita nak tahu. Cuma satu je, kita kena berani hadapi risiko sekiranya berlaku apa2 atas apa yang kita cuba tu. Kalau tak tahu kena belajar kena cuba. Da tahu kena buat kena praktikkan. Yang paling penting bila da pandai, jangan pandai seorang2. Share la dengan mereka yang tak tahu. Sebab, ilmu bila kita tak amalkan kita akan lupe.
Dulu masa aq comot-comot, aq pernah dengar kenyataan ni “jangan ajar orang, nanti dia pandai kita bodoh...” hish.. mane ada! Kenyataan tu sama sekali SALAH! Bila kita ajar orang, semakin bertambah dan semakin ingat la kita pada sesuatu yang kita tahu. Betul tak tawan-tawan? hahaha.. (tiru dialog Yus rajalawak 1:p)

Ahad, 26 Jun 2011

Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum. Haei. Blog aq ni asyik cite pasal nyamuk je kan? Tak pe la blog aq bukan blog orang lain, daripada tak de benda nak post.
Hari ni aq pergi melawat sepupu aq yang kena demam denggi kat Klang, Shah Alam. Sampai masuk ICU budak tu. Syukur alhamdulillah dia da keluar hospital da semalam. Kesian dia. Kecik lagi baru dalam 10 tahun kot kalau tak silap aq. Parents dia dua-dua bisu. dia anak tunggal pula tu. Nasib baik tadi aq tengok keadaan dia semakin baik. Tinggal kesan-kesan gatal sebab jarum masuk air , kat tangan dia. Hari rabu ni dia da boleh pergi sekolah. :)  Alhamdulillah... 

Sabtu, 25 Jun 2011

Segmen BFF By Muz

Assalamualaikum. Haei.Hari ni aq otak aq memang beku sikit. Asyik join segmen/contest untuk post entry blog. :P



Aq mau join Segmen tajaan muz ni. haha. Pasal BFF yerk? Alright meh kita reramai join. Klik banner ni ea.


Aq ada BFF yang merangkat kembar aq. Nama dia Elliza Fitri. Name comel dia Cik Intan. Birthday dia selang sehari je daripada birthday aq. sebab tu la kami kembar dua, tapi lain mak dan ayah. Haha.
Aq ingat lagi masa kat sekolah kite orang tukar kek birthday. Hihi. Aq da lama da kawan dengan dia. Daripada darjah 6 sampai sekarang. Aq selalu cubit pipi dia yang tembam tu. :) kiteorang selalu mereka-reka cerita yang mengarut-garut sampai tergelak-gelak. Hish.. macam2 la weh. Hihi.
Tapi.. lepas SPM dia pindah. :’( kite orang hanya contact guna telephone, FB dan bila da rindu sangat kite orang ber web cam. Insyallah kalau ada rezeki dan jodoh kita jumpe ea Elliza. Kau memang slamber, the best, the boom! Aq rindu kau sangat2 beb!

*sorry lambat pos hadiah birthday kau aq malas pergi pejabat pos.. ngee.:P

Bang , jom g jalan jalan

Assalamualaikum. Haei. First time join segmen Ben Ashaari. Mau join. Klik pic kat bawah ni.

" i follow u ... u tak follow me pon tak pe..  i ok jer ..."
sinopsis segmen ni. :)


Khamis, 23 Jun 2011

Mau share juga la

Assalamualaikum. Haei. Semalam aq skodeng banyak blog. Wah.. rupanya ramai juga yang tau guna photoshop ea. Ada yang da pro pun guna photoshop ni. aq pun mau share juga la karya-karya photoshop aq. walaupun tak sehebat,tak sekreatif mereka dan tak semahir mereka. Hihi.. jom tengok.


first time dapat upah sebab buat design ni.


saje je buat bende ni sebagai pembakar semangat. :)

Ni je karya-karya aq yang dah aq pilih untuk share. Kalau korang ada kutukan, komen atau pendapat sila suarakannya di ruang comment. Hihi. Saya budak baru belajar. Sekadar berkongsi apa yang saya tau.http://www.emocutez.com


Rabu, 22 Jun 2011

Jalan sesak, pemandu kurang sopan


Assalamualaikum.. Haei.. aq da benda yang aq terlupa mau share. So? Soley soley... haha. Aq mau share hari ni. Masa aq dalam perjalanan balik kampung tempoh hari, jalan sesak. Kereta bergerak, tapi slow. Macam siput daa.. dalam kesesakkan tersebut ( ai ceh ceh.. ayat macam dalam buku..hihi..) ada sesetengah pemandu yang tak sabar-sabar dan guna lorong kecemasan untuk pecut. Memang la best jalan kat lorong cemasan. Tu kan satu kesalahan? Aq tau semua orang tau lorong kecemasan utk kecemasan. Da tau salah tapi buat. Tu la manusia.
Ramai seh yang tak sabar-sabar. Tak mau pahala lebih yang Allah bagi free tu. Bila da ramai lalu kat lorong tu, lorong tu pun jadi jem juga. Haa.. ni yang paling aq tak suka. Bila da ada polis atau kenderaan yang kemalangan da di alihkan kat lorong tu, mereka-mereka yang tak sabar ni sibuk nak menyempit masuk kat lorong jalan yang sesak tadi.
Ada pemandu tu dia nak masuk depan kereta mak aq. Mak aq tak bagi ar kan.. sape nak bagi..! da macam ni baru nak gelabah. Then korang tau tak betapa kurang ajar dan biadapnya pemandu ni. dia tunjuk jari tengah kat kiteorang. Perrrggh! Geram nyer aq! Mau je aq tunjuk balik jari tu kat pemandu tadi.
Huuu.. da buat salah. Kurang ajar pula. nak memandu ni memang kena banyak sabar. Kalau tak sabar, aq rasa mesti jumlah kemalangan jalan raya meningkat bukan sebab kemalangan. Tapi sebab sikap pemandu yang kurang sopan. Ish ish ish. 


Selasa, 21 Jun 2011

Semuanya lambat


Mau je aq cakap dengan diri aq macam “ weh bukan aq yang lambat la.. masa tu, yang jalan laju sangat..” haha. Tak pun, aq akan kawal masa supaya tunggu aq dengan remote. Haha. Macam boleh je. Tak logik kn? Ape la aq ni.
Hari ni semua benda yang aq buat, semuanya berjalan dengan lambat. Aq pun tak tau kenapa. Tengok la.. da petang baru ada entry yang nak di post. Huhu..
Tadi aq pergi la teman my mum g cuci kereta. Perrgghh.. lambat giler pekerje dia buat kerja. Semuanya lembik je.. biasa menurut pengalaman my mum, dalam 5 minit da siap. Kali ni sejam weh aq tunggu. Baru siap. Adush.. Mungkin cuaca panas kot hari ni, yang menyebabkan kelembapan manusia utk buat kerja hari ni.. hm.. may be.. Assalamualaikum.

*aq rasa entry aq hari ni macam pelik je. Entah la. No point to share. Sorry ar kalau ape yang aq rasa ni betul.*

Isnin, 20 Jun 2011

Nak sembur lagi??!!


Adush! Menyirap http://www.emocutez.com tul aq la dengan acara semburan ubat nyamuk ni. Hei.. berapa kali mau sembur ma?? Itu nyamuk ar sudah lama lali ar.. wa penat ar mau lap lantai.. huhu.. aq ingat da habis da benda2 ni. Rupanya ada lagi. Nak relax2 di petang hari dengan tenang pun tak dapat. Petang isnin ni kot. Ramai orang bekerja. Kenapa tak buat hari minggu.. ok ar aq nak kuar ni.. jap g nak sembur.. k assalamualaikum.. 
huu.. sabor  kay jue..  tarik nafas.. lepas.. tarik nafas.. lepas..http://www.emocutez.com huuu.. ya Allah... 

2 minggu lagi...

Assalamualaikum. Haei.. nampaknya cuti semester aq hanya tinggal 2 minggu je lagi. Huu.. tak perasan pun secepat itu masa bergerak. Syukur alhamdulillah banyak perkara yang menarik yang berlaku dalam cuti semester yang agak panjang ni. >_< (berapa banyak 'yang' da..)  Aq dapat holiday dengan family  dan kawan2 lama aq. Seronok dan beronok-ronok.. haha. :P
kebanyakkannya cuti ni aq habiskan masa kat rumah tolong mak  dan berdating bersama notebook tersayang menjelajahi dunia internet yang segalanya di hujung jari-jemari anda. Hehe.. oh ya, da alang2 cerita pasal internet ni. Sepanjang cuti ni juga aq banyak belajar pasal blog dan komputer. Best juga skodeng2 blog orang ni. Hihi..:P
Entah apa yang akan aq lalu untuk semester tiga nanti. Entah berapa subjek pulak yang kena aq study semster ni. Huu.. tangan aq lak da lama yang pegang pen.. rasa macam pelik menulis. Tulisan aq jadi  buruk seh.. tak pe tangan, kau rehat la lagi 2 minggu. Nanti bile da start study tak behenti-henti kau menulis. :)
Aq harap aq dapat habiskan saki baki cutiku ini dengan benda yang berfaedah. Ok that’s all. Da~~

Ahad, 19 Jun 2011

Al Kisah Hari Daddy!!


Assalamualaikum. Haei. Semua orang tau hari ni hari daddy. So, Kay Jue juga sebagai seorang anak ingin mengucapkan ‘Happy Father’s Day”. Daddy and Mummy kata belum masanya untuk Kay Jue dan Dla Dola give some present to Mum and Dad. Sebab kata mereka “duit beli present tu you all beli pakai duit mummy and daddy juga kan? So apa guna nye? Tu diibaratkan macam Mummy and Daddy bagi duit kat you all then suruh you all belikan something untuk kami pada hari-hari yang semacam ini rupa. Right?” Hm..  yes Mummy, yes Daddy.. i think so. Kata Mummy lagi, “kalau you all mau beli present untuk Mummy and Daddy, you all tunggu masa you all da bekerja nanti. Masa tu boleh la belikan Mummy emas ka..belian ka.. perak ka..” (huu besar betul impian mak aq ni. Alright Mummy demi Mum and Dad yang tersayang, aq akan usahakannya! Yeah!).
Itu la yang Mummy and Daddy aq cakap masa mula2 aq mengenal Hari Daddy dan Hari Mummy. Of cause la kita mau bagi something kan? Tapi kalau itu yang mereka mau. Aq faham.
Teringat pula masa zaman comot-comot dulu. Aq dan Dla Dola sama-sama buat kad untuk bagi pada mereka... buat depan2 mereka lak tu. Macam mau lawan siapa punya kad lagi cantik. >_< hihi. Klakar pula bila dikenang balik.

Lastly, ucapan hari Daddy aq :
Terima Kasih kerana bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kami, mengukupkan keperluan kami, menunaikan kehendak kami, dan banyak lagi. Terima Kasih kerana merotan, memarahi, melarang dan menasihati kami. Dengan semua itu la, kau insan yang bergelar Daddy, Ayah,Bapak, Apok, Walid,Papa, dan Abah berjaya mendidik kami menjadi orang yang berguna dan berakhlak mulia hari. Kay Jue Sayang Daddy!! Sayang Sangat! 

Sabtu, 18 Jun 2011

Zaman comot-comot, memang TERBAIK!


Assalamualaikum. Haei. Hari ni aq berpeluang lepak bersama-sama dengan member lame aq. Member zaman comot2.. hihi. Ann Ika dan Teddy Sue. terubat segala rindu. terkeluar segala kegilaan yang terkurung dalam diri aq selama aq di poli, bila jumpa dorang. Biar pun tak dapat nak jumpe semua, yang penting jumpe.  Macam-macam cerita yang nak dikongsikan. Sampaikan masing-masing macam berebut-rebut mau bercerita.. >_< . kalau dibiarkan mau berlarutan sampai ke malam. aq tertarik dengan story Ann ni. Cerita dia macam ni.. ada satu hari tu dia tertinggal bas untuk pergi praktikal. Dia pun call la member2 dia. Ramai yang tak dapat tolong. Last2 terfikir nak call member lame. Syukur dia dapat tolong. Hah.. lebih kurang macam tu la ceritanya. Lepas dia da cerita macam..  Aq dengan Teddy pun cerita pasal member di tempat belajar kitaorang. Memang tak sama dengan member masa zaman comot2. Kini barulah aq tau kenapa masa aq da nak habis sekolah dulu cikgu2 selalu cakap “ mesti awak akan rasa masa zaman sekolah paling best dan awak akan merinduinya...”. Ye cikgu! Memang betul tu.. saya amat sangat merinduinya.. huhu..http://www.emocutez.com 

"Sesungguhnya kawan masa zaman comot-comot tu memang THE BEST dan TERBAIK kerana kita boleh share apa saja tanpa segan silu."

Jumaat, 17 Jun 2011

Header for my blog part 2

Alhamdulillah dengan lafaz bismillah. Aq meletakkan header ni di Kay Jue Blog. Syukur dapat gak design header. Walaupun tak berapa hebat macam header VIP aq yg lain. Thnks kepada yang prihatin dan pendapat anda semasa pembikinan header ini dijalankan. ( huh.. bukan nye hebat sgt pun. Juz nak buat header da kecoh2 .. ish2.. ) biasa la aq mmg kecoh pun. Kadang2 poyo. Hihi ( aq sedar diri la..) tapi kecoh2 pun aq juz dalam dunia internet je. Kalau realiti aq pendiam org nye.. hihi. Ok that’s all. Maaf sekiranya aq ada salah dan silap yang menyinggung perasaan mana2 pihak tanpa aq sedari. Assalamualaikum >_< 

Khamis, 16 Jun 2011

Tolong.. tolong..

Assalamualaikum. Haei. Thanks kepada korang yang prihatin dan perasan entry Cik Kay Jue ni. Sperti entry yang sebelum ni...(alar baru je beberapa jam lps entry di post) CKJ mau buat header untuk blog CKJ. Then  idea tu da datang! so skrg ni,dalam proses pembikinan CKJ jadi confuse pula . 

Mana satu yang ok. Buat permulaan ni CKJ juz guna dua warna dlu untuk design. Jadi harap korang dapat beri pendapat korang dan bantu CKJ.... thnks. 

Header for my blog part 1

Assalamualaikum. Haei. Aq sekarang ni tengah sibuk duk fikir n cari idea untuk design header blog aq. Al maklumlah blog aq ni still baru lagi. Header pun juz macam yang korang tengok sekarang ni. Masa aq walking kat blog2 VIP aq, aq tengok macam2 header. Jealous pula seh. Aq pun mau juga header! Huhu.  Header impian aq ialah yang nampak simple dan kemas...(kesian dak ni impian ada, idea tak de..) hm... tapi idea ni masih tak muncul2.. bila la mentol dalam kepala aq ni nak menyala... hm.. 

Selasa, 14 Jun 2011

Panduan untuk laptop / notebook / netbook anda

Semenjak cuti semester ni aq asyik mengadap notebook kojenye’.. risau gak aq asyik buka.. tutup.. buka..tutup.. notebook aq ni. Kang rosak kang. Ape pun tak boleh buat. Then aq pun ambil la cari la cara or panduan macam mana jaga notebook aq ni supaya umurnya panjang. Hihi. Aq terjumpe satu blog ni. Dia ada entry pasal Tips menjaga dan menggunakan komputer’.  Aq simple dan mudah je caranya.  Benda baik , kita patut share it together right? Tak de orang pun mau notebook dia rosak. Aq pun macam tu gak. Notebook aq ni da macam laki aq da. Aq tak mau kehilangnya sekali lagi. Huhu. Aq tak mo ar copy paste entry dia. Kalau korang mau gak tips nyer. Klik jer pada tulisan yang aq boldkan tu. Ok sama-sama la kita menjaga notebook / laptop / netbook/ komputer kita daripda rosak. Assalamualaikum.. >_<

Isnin, 13 Jun 2011

Asyik-asyik sembur

Hish.. dalam bulan lepas dah lebih daripada 3 kali dia sembur. Hish.. da la sembur time cite ‘Nikkita’ ngan cite ‘Cinta Melody’. Kacau daun betul la.. huhu.. entah kenapa la sejak akhir-akhir ni ramai yang kena demam denggi. Nak kata tak ambil tindakkan.. tak.. sebab menurut pengiraan aq (ceh ayat buku seh..) dia sembur ubat nyamuk hampir tiap hari. May be sebab kawasan yang kotor kot... lagi pun memang lame da tak buat goto-royong kat tempat aq ni. Memang tak tahan la bau ubat nyamuk yang dia sembur. Pastu ada sesetengah ubat nyamuk kesan dia pada rumah, berminyak lantai. Penat oowh.. nak lap.huhu.Kadang-kadang sampai sesak nafas teman ni.. huh... sabor je ler... diorang buat ni untuk semua juga. Kira bersyukur la aq tak kena demam denggi sekali lagi. Mencegah lebih baik daripada mengubati.K that’s all utk hari yang aq nak kongsi. Assalamualaikum.


Sabtu, 11 Jun 2011

Kay Jue Blog

Assalamualaikum. Haei.. ape yang aq nak kongsikan hari ni hanyalah pendapat dan pandangan aq sebagai blogger baru. Hihi. Hari tu aq saje je blogwalking di blog-blog tutorial. Al maklumlah mau kasi blog ni cantik, kemas, dan menyejukan mata memandang gitu.. hihi.. Bagi aq apa yang ada dlm blog dan rupe blog tu menggambarkan personality yang empunya blogger.
Aq terjumpe satu blog tutorial. Header dier tulis ‘Tutorial Untuk Blog’. Memang bagus ar tutorial dia. Mudah untuk aq faham dan cube. >_< tgh aq leka mencari tajuk2 tutorial aq tertengok shout box kat blog tu. Ramai seh yang promot blog dia orang kt kapet shout box tu. Aq pun pe lagi join dua-dua kaki. Haha.. sejak aq promot blog aq dengan tak tahu malunyer di situ, VIP zone aq da makin meningkat bilangannyer. Syukur Alhamdulillah. Aq juga dapat ramai kenalan baru dalam dunia ber ‘blogger’ ni. Thanks kepada pemilik blog tutorial tu. >_<
Macam-macam blog yang aq singgah. Ada yang pinky. Ada yang cute. Macam2 la! Kebanyakkan blog yang aq singgah, rupenyer ramai gak yang tengok citer sinetron ‘Cinta Melody’ kat astro ria. Macam mane aq tau? Sebab diaorang letak lagu OST sinetron tu sebagai lagu dalam blog diaorang. Hihi.
Kepada yang da follow aq tu, singgah2 la selalu di Kay Jue Blog ni. Thanks sebab sudi follow blogku yang tak seberapa hebat ni. Okay, sampai disini dulu ya. Da~~~ hihi..

Rabu, 8 Jun 2011

Negeriku Percutianku


Assalamualaikum.Haei.. penat seh.. fuh..(mengelap peluh di dahi.. haha..) akhirnyer sampai juga aq dan family ku di rumah setelah hampir 5 hari di kampung. Tak sangka balik kampung kali ni sambil bercuti di negeriku sendiri. Perak Darul Rizduan.  Thank you so much to Nur Aqilah, adik angkat aq. Gara-gara dia ikut family aq ke kampung kite orang dapat berjalan di sekitar Negeri Perak sepanjang 5 hari ni. :P

Banyak bende yang aq nak share. So hope u all enjoy to read my post. (entah betul ke tak BI aq ni. Sorry kalau silap.. hihi :P)


4 JUN 2011, Sabtu
 Jam 7.45 pagi da bertolak dari KL à Highway à Perak. Then singgah kat ‘Kellie’s Castle’. Melawat dan capture the pic sebagai kenang-kenangan yang kite orang pernah menjejakkan kaki di istana tak sempat siap ni. Hihi. Tiket masuk dewasa RM 4.00 dan kanak2 RM 3.00.

dari pandangan depan

dari pandangan sisi

ni la bahagian istana yang tak sempat siap.kalau nak tau knp tak siap, buka wikipedia. :)

pemandangan daripada atas castle

Da puas melawat ‘Kellie’s Castle’ kite orang pergi  ‘Pasir Salak’.. kat pasir salak kite orang tak melawat. Juz lalu je sebab udah penat jalan-jalan kat KC tadi. Hihi. So juz tengok cuci mata. Hati mau pergi tapi badan da loteh.. hm..  sampai betul2 kat kampung dalam pukul 11 pagi. Haaa.. letih.. 


Lepas da lunch dan puas rehat, petang tu kite orang jalan2 kat Bota. Sambil2 pergi beli air bergas. Air Bota best. Air ni hanya ada di Bota je. Satu-satunye air bergas yang dibuat oleh orang perak. Hihi. Aq tak tau la ada cawangannyew kat tempat lain ke tak. >_<
 
Bota Best


5 JUN 2011, Ahad
Rancangan hari ni adalah untuk melawat ke ‘Menara Condong’. Pagi dalam jam 7 lebih da bertolak da. Aq baru tau kat perak pun ada Menara Condong. Ingatkan hanya kat luar negara je. :P (kesian aq baru tau. Biasa la name je orang perak tapi tak pernah lagi jalan2 satu negeri.. hm..) Menara ni condong sebab di bina atas tanah lembut. Hm.. memang condong kan?

senget kan? haha.

Menara ni gak sebenarnya adalah tangki air pada zaman dulu. Tak de apa pun kat dalam tu. Tapi pemandangan kat luar menara memang cantik. >_<

Setelah puas bergambar dengan ‘Menara Condong’, kite orang pusing2 di ‘Kuala Kangsar’ (bandar diraja bagi negeri perak). Memang cantik tempat ni. Macam kat Putrajaya. 

peerrrrgghhh!! besar nyer.. bende ni yang paling menarik perhatian aq dalam perjalanke Kuala Kangsar! kalau la durian ni bukan batu perhiasan jalan..da lame da bawa balik umah. nak makan! haha.
Petang tu Mak Cik aq petik pokok inai. Cadangnya malam ni nak pakai inai. Bukan ada apa2 pun. Saje je suke-suke. Aq pun da lama tak pakai. Merah inainye. Al maklumlah, inai pokok tanam kat belakang umah Opah aq. 

Hihi. Gara-gara tak nak kotorkan tilam, malam tu sanggup tidur lambat tunggu inai kering. Hish.. macam seh.. :P

6 JUN 2011, Isnin
Destinasi seterusnya pagi ni ialah ‘Teluk Batik’. Kat sini ada pantai, tapi kite orang tak mandi pun... sebab pertama, da biasa sangat menghantar aq g tempat belajar. Kat PD. Kedua malas nak tukar baju. Hihi... kite orang juz bergambar je. Tempat ni lawa la. Luas lak tu. >_< 



Sampai sakit2 kite orang berjalan. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit perut. Bak kata my dad dalam lorat perak nyer.. “da muntah monggek da berjalannye’ “ hihi. Mungkin sebab semalam tidur lambat. Mungkin juga penangan Air Bota Best. Haha. 

7 JUN 2011, Selasa
Masing-masing da penat. Da 3 hari berturut-turut berjalan je kojenyer’ hihi. Bak kata my mum, “hati nak jalan, badan penat. kalau tak berjalan bosan..“  itu la kenyataannyer. Kali ni kiteorang jalan tapi tak turun pun dari kereta. Jalan di bandar Ipoh ( ibu negeri Perak), mahu cari rumah familyku. Rumah yang akan kite orang duduk selepas ayah aq pencen. Kira rumah sendiri la, di Taman Seri Sayang. Jalan punya jalan, pusing punya pusing. Tak jumpe2 Taman Seri Sayangnyer. Huh.. sampai da sesat-sesat lare’t (lorat perak) hihi. Lama juga la asyik 'ter' lalu kat tempat yang sama je. Huh.. sampai si Aqilah mengomel “ da sakit da bontot ni..” haha. Klakar la budak ni. Rambut dia pun da serabai da. Macam orang baru bngn tidur. Mane tak nyer panas. Da berapa jam  berpusing-pusing. Kite orang pun balik. Penat seh hari ni. Sampai kite orang tanya “ lepas ni ada pergi mane2 tak?” haha.

8 JUN 2011, Rabu
Hari ni dalam jam 7.45 pagi. Barang-barang semua da siap kemas. Tinggal nak angkat masuk dalam bonet kereta. Lepas sarapan kite orang bertolak dari Kampung à Highway à KL. Tiba masanya untuk balik rumah. Empat jam lepas tu sampai la di KL. Lega.. alhamdulillah.. segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat. Aq harap Aqilah tak serik untuk ikut kite orang balik kampung lagi. Semuanya kerana dia, kite orang dapat berjalan-jalan selama 5 hari 4 malam di kampung. Thanks Aqilah! >_< Satu lagi kenangan manis yang aq dapat untuk cuti semester ni. Mudah-mudahan dapat bercuti lagi. Insyallah.

Special Thanks to:

My Mum : memandu kereta bawa kite orang sekeluarga berjalan-jalan. Aq tu memang penat memandu. Love u so much. Much much much! >_<
My Dad : cadangankan tempat-tempat yang hendak dituju dan sponser perjalan kami.tak lupe jugak mum pun ada sponser gak. Love u so much. Much much much! >_<
Kereta Kancil : walaupun kecik, dia banyak berjasa pada kami dan itulah satu2nya kenderaan yang kami ada utk ke sana ke sini. >_<

 wah agak panjang lebar cerita aq kali ni. sebenarnye banyak lagi pic yang aq nak share kat blog ni. tapi tak dapat la  korang. nanti berat lak blog aq ni. hihi. Meh la bercuti di negeriku Perak. Best.