Assalamualaikum.Haei.. penat seh.. fuh..(mengelap peluh di dahi.. haha..) akhirnyer sampai juga aq dan family ku di rumah setelah hampir 5 hari di kampung. Tak sangka balik kampung kali ni sambil bercuti di negeriku sendiri. Perak Darul Rizduan. Thank you so much to Nur Aqilah, adik angkat aq. Gara-gara dia ikut family aq ke kampung kite orang dapat berjalan di sekitar Negeri Perak sepanjang 5 hari ni. :P
Banyak bende yang aq nak share. So hope u all enjoy to read my post. (entah betul ke tak BI aq ni. Sorry kalau silap.. hihi :P)
4 JUN 2011, Sabtu
Jam 7.45 pagi da bertolak dari KL à Highway à Perak. Then singgah kat ‘Kellie’s Castle’. Melawat dan capture the pic sebagai kenang-kenangan yang kite orang pernah menjejakkan kaki di istana tak sempat siap ni. Hihi. Tiket masuk dewasa RM 4.00 dan kanak2 RM 3.00.
dari pandangan depan
|
dari pandangan sisi
|
ni la bahagian istana yang tak sempat siap.kalau nak tau knp tak siap, buka wikipedia. :)
|
pemandangan daripada atas castle |
Da puas melawat ‘Kellie’s Castle’ kite orang pergi ‘Pasir Salak’.. kat pasir salak kite orang tak melawat. Juz lalu je sebab udah penat jalan-jalan kat KC tadi. Hihi. So juz tengok cuci mata. Hati mau pergi tapi badan da loteh.. hm.. sampai betul2 kat kampung dalam pukul 11 pagi. Haaa.. letih..
Lepas da lunch dan puas rehat, petang tu kite orang jalan2 kat Bota. Sambil2 pergi beli air bergas. Air Bota best. Air ni hanya ada di Bota je. Satu-satunye air bergas yang dibuat oleh orang perak. Hihi. Aq tak tau la ada cawangannyew kat tempat lain ke tak. >_<
Bota Best |
5 JUN 2011, Ahad
Rancangan hari ni adalah untuk melawat ke ‘Menara Condong’. Pagi dalam jam 7 lebih da bertolak da. Aq baru tau kat perak pun ada Menara Condong. Ingatkan hanya kat luar negara je. :P (kesian aq baru tau. Biasa la name je orang perak tapi tak pernah lagi jalan2 satu negeri.. hm..) Menara ni condong sebab di bina atas tanah lembut. Hm.. memang condong kan?
Menara ni gak sebenarnya adalah tangki air pada zaman dulu. Tak de apa pun kat dalam tu. Tapi pemandangan kat luar menara memang cantik. >_<
Setelah puas bergambar dengan ‘Menara Condong’, kite orang pusing2 di ‘Kuala Kangsar’ (bandar diraja bagi negeri perak). Memang cantik tempat ni. Macam kat Putrajaya.
peerrrrgghhh!! besar nyer.. bende ni yang paling menarik perhatian aq dalam perjalanke Kuala Kangsar! kalau la durian ni bukan batu perhiasan jalan..da lame da bawa balik umah. nak makan! haha. |
Petang tu Mak Cik aq petik pokok inai. Cadangnya malam ni nak pakai inai. Bukan ada apa2 pun. Saje je suke-suke. Aq pun da lama tak pakai. Merah inainye. Al maklumlah, inai pokok tanam kat belakang umah Opah aq.
Hihi. Gara-gara tak nak kotorkan tilam, malam tu sanggup tidur lambat tunggu inai kering. Hish.. macam seh.. :P
6 JUN 2011, Isnin
Destinasi seterusnya pagi ni ialah ‘Teluk Batik’. Kat sini ada pantai, tapi kite orang tak mandi pun... sebab pertama, da biasa sangat menghantar aq g tempat belajar. Kat PD. Kedua malas nak tukar baju. Hihi... kite orang juz bergambar je. Tempat ni lawa la. Luas lak tu. >_<
Sampai sakit2 kite orang berjalan. Ada yang sakit kepala, ada yang sakit perut. Bak kata my dad dalam lorat perak nyer.. “da muntah monggek da berjalannye’ “ hihi. Mungkin sebab semalam tidur lambat. Mungkin juga penangan Air Bota Best. Haha.
7 JUN 2011, Selasa
Masing-masing da penat. Da 3 hari berturut-turut berjalan je kojenyer’ hihi. Bak kata my mum, “hati nak jalan, badan penat. kalau tak berjalan bosan..“ itu la kenyataannyer. Kali ni kiteorang jalan tapi tak turun pun dari kereta. Jalan di bandar Ipoh ( ibu negeri Perak), mahu cari rumah familyku. Rumah yang akan kite orang duduk selepas ayah aq pencen. Kira rumah sendiri la, di Taman Seri Sayang. Jalan punya jalan, pusing punya pusing. Tak jumpe2 Taman Seri Sayangnyer. Huh.. sampai da sesat-sesat lare’t (lorat perak) hihi. Lama juga la asyik 'ter' lalu kat tempat yang sama je. Huh.. sampai si Aqilah mengomel “ da sakit da bontot ni..” haha. Klakar la budak ni. Rambut dia pun da serabai da. Macam orang baru bngn tidur. Mane tak nyer panas. Da berapa jam berpusing-pusing. Kite orang pun balik. Penat seh hari ni. Sampai kite orang tanya “ lepas ni ada pergi mane2 tak?” haha.
8 JUN 2011, Rabu
Hari ni dalam jam 7.45 pagi. Barang-barang semua da siap kemas. Tinggal nak angkat masuk dalam bonet kereta. Lepas sarapan kite orang bertolak dari Kampung à Highway à KL. Tiba masanya untuk balik rumah. Empat jam lepas tu sampai la di KL. Lega.. alhamdulillah.. segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat. Aq harap Aqilah tak serik untuk ikut kite orang balik kampung lagi. Semuanya kerana dia, kite orang dapat berjalan-jalan selama 5 hari 4 malam di kampung. Thanks Aqilah! >_< Satu lagi kenangan manis yang aq dapat untuk cuti semester ni. Mudah-mudahan dapat bercuti lagi. Insyallah.
Special Thanks to:
My Mum : memandu kereta bawa kite orang sekeluarga berjalan-jalan. Aq tu memang penat memandu. Love u so much. Much much much! >_<
My Dad : cadangankan tempat-tempat yang hendak dituju dan sponser perjalan kami.tak lupe jugak mum pun ada sponser gak. Love u so much. Much much much! >_<
Kereta Kancil : walaupun kecik, dia banyak berjasa pada kami dan itulah satu2nya kenderaan yang kami ada utk ke sana ke sini. >_<
wah agak panjang lebar cerita aq kali ni. sebenarnye banyak lagi pic yang aq nak share kat blog ni. tapi tak dapat la korang. nanti berat lak blog aq ni. hihi. Meh la bercuti di negeriku Perak. Best.
>_< best.. hihi..
BalasPadam