Syukur alhamdulillah kerana Allah telah
panjangkan umurku dan ada rezeki aku untuk berada dalam bulan ramadhan yang
mulia ini. Dapat juga aku menunaikan ibadah puasa untuk tahun ini.
Penghayatan dan kehangatan bulan ramadhan
kian terasa bila aku solat terawih. Tenang dan gembira aku rasa... walaupun
pada ramadhan kali ini aku tak dapat merasa sahur dan berbuka bersama keluarga
tersayang pada 1 ramadhan seperti yang selalunya.
Insyallah moga ramadhan pada kali ini akan
memberikan aku manfaat dan keberkatan dengan amal dan ibadah yang aku kerjakan
demi mendapat rahmat dan keredhanMu, ya Allah. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W
telah mengaminkan doa malaikat Jibril “ celakalah barang siapa yang tidak
mendapat apa –apa manfaat setelah berlalunya ramadhan.”
Selamat mengerjakan ibadah puasa. Assalamualaikum.
Catatan Ramadhan –Cik Kay Jue-