Ahad, 28 Ogos 2011

Terkejut setibanya di rumah


Tah ape-apa la tajuk entry ni kan? Biar la.. blog aku. Haha. Alhamdulillah setelah hampir sebulan aku terkurung di poli dan kamsis, akhirnya aku balik rumah juga hari jumaat kemarin. Dugaan betul la masa nak balik tu. Hampir 3 kali aku ulang alik dan turun naik daripada tingkat 3 blok aku ke pusat islam, gara2 mengangkut baju sidaian aku yang basah akibat hujan, ke pusat islam (tempat tunggu bas).  Mula2 beg baju basah tu bocor, sebab aku letak dalam beg kertas. Sebab terlalu basah beg tu pun koyak. aku pun terpaksa la jinjing beg tadi ke blok dan naik tingkat 3 ambil beg lain.  Pastu aku da tunggu bas ni.. bas tu tak sampai2. Bajet jam 11.30 pagi, tapi da nak jam 1 petang tak sampai2 lagi. Tak lama lagi orang da nak solat jumaat. Mak aku da bising2 da lama sebab lambat nak bas. Risau jalan sibuk sebab hari jumaat kemarin memang semua budak2  balik raya. Last2 mak aku kata nak ambil aku. Aku pun patahlah balik ke blok dan naik tingkat 3 bawa segala bagai beg yang berat tu. Huh.. da ar aku puasa seh masa tu. Sabar je la. dalam jam 4 petang baru aku balik. Mak aku yang ambil. Huh..
Hah ni yang aku mau cerita ni. hehe. Setibanya di rumah.. ya Allah.. terkejut aku tengok kawasan perumahan aku. Cube korang tengok gambar ni. 


sabar je la weh... mereka buat macam ni sebab ada pertandingan menghias blok dengan jalur gemilang.. hm.. serabut dan pening pale aku tengok. Bukan tak boleh nak buat macam ni. bagus.. tapi agak2 ar.. huhu. ni baru sebulan aku tak balik rumah.. kalau setahun entah macam mana agak nyer. Huhu.. sabar je la.. aku dengar mak cik – mak cik kat kawasan perumahan aku ni berlawan2.
Hai... macam2 la kerenah manusia ni. siapa lah agaknya yang menang kan? . apa-apa pun selamat menyambut hari merdeka dan selamat berpuasa yang tinggal lagi beberapa hari saja lagi. assalamualaikum. 

Khamis, 25 Ogos 2011

Spontaneous Thursday*6



Serba tak kenalah hari ni..

Sabar...

Huu.. jenuh seh.. aku da tak boleh nak fokus kat study. Jiwa dan raga aku da terlebih dahulu balik rumah. Jasad je still ada kat sini. TAK SABAR NYE MAU BALIK!!! Huhuhu..  sakit hati aku tengok mereka yang da tak de kelas esok. Hari ni da angkat beg, balik. Huhu. tapi aku still di sini menanti esok then pergi kelas menghabiskan waktu kuliah yang masih berbaki. Siap ada kuiz lagi tu. Memang TERBAIK..
Tak cukup dengan itu kiteorang belum bercuti lagi dah diberi segala bagai assignment dan presentiation untuk stok lepas raya. So, lepas cuti seminggu ni kerja2 da beratur da tunggu giliran untuk disiapkan. Perggghh.. aku rasa kurang enak ea disitu. Huhu. balik bercuti dengan meninggalkan stok kerja2 yang berlambak. Aiseyman.. mana best macam ni. hati mau beraya, otak duk fikir kerja mana mau disiapkan dulu sebaik saja da balik poli nanti. Huhu.. (tak boleh blah)..  sabar je la..  assalamulaikum.

“Belajar ni susah tau tak?”

Selasa, 23 Ogos 2011

Aku nak balik! Nak balik!


Huhu.. nak balik! Da lame tak balik rumah. Aku belum sempat lagi merasa sahur dan berbuka bersama keluarga tersayang. Dek kerna kerja2 yang terlalu banyak membantutkan niat aku untuk balik rumah pada tiap2 hujung minggu sepanjang ramadhan ni. aku redha semua tu. Lumrah orang menuntut ilmu.banyak perkara yang terpaksa dikorbankan demi kejayaan di masa depan.
Ni baru study dalam Malaysia. Belum study kat luar negara macam sepupu aku. Raya ni pun dia tak balik. Raya kat luar negara. Lagi sedih. Kalau macam tu tak mau la study jauh2. Rindu~~ hehehe. Arrgghh! Apa-apa je la! yang penting aku akan balik rumah juga JUMAAT INI!
K that’s all. Assalamualaikum. >_<



*p/s : korang lak macam mane? Da ada kat rumah bersama famliy ka? Ataupun korang pun sama macam aku? Hehe.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tolonglah jangan PAKSA!



Paksaan. Salah satu perkara yang aku kurang suka kalau ia terjadi dalam rutin harian aku. Kadang-kadang paksaan itu baik. Kadang-kadang tak baik untuk emosi dan konsentrasi aku. Yang tak baik ni, yang aku tak suka. Aku tak suka paksaan sebab ia buat aku jadi muddy, semua kerja yang aku tengah buat akan jadi tak perfect, hati memberontak, marah, dan muka masam je. Kalau senyum pun, tak nampak macam senyum. Ini memang negetive. Tak best. Betul tak? Setiap orang ada hak dan kehendaknya sendiri untuk menolak dan menerima sesuatu perkara...
 Assalamualaikum.
p/s : . Korang suka ke kena paksa, kalau korang boleh katakan tak nak, ataupun tidak?


Khamis, 18 Ogos 2011

Huh... jenuh seh!


Huh... alhamdulillah.. habis juga aku baca buku ni dalam sibuk2 aku dengan assignment dan macam-macam kerja lagi. Iya bila da baca kena habiskan.. kalau tak, nanti kat akhirat nanti buku tu tuntut macam mana? Risau gak kan? Buku ni tak tebal mana pun..  144 muka surat jer... baru hari ni dapat habiskan. Hehehe.. :P
Buku ni cerita pasal seorang adik yang benci sangat2 kat kakak dia. Then bila semuanya da terlambat, barulah si adik menyesal. So, kalau berminat nak tau cerita selanjutnya, dapatkan buku ni. hehe. Sayang kakak! Hehe tapi aku tak de kakak. Aku lah kakak.. hahaha.. ok. Assalamualaikum. :)

Kategori Orang yang Berpuasa


Assalamualaikum. Haie.. Syukur Alhamdulillah kerna kita dipanjangkan umur oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang untuk meneruskan amal ibadah kita pada hari ke 18 Ramadhan 1432 Hijrah. Ok.. perkongsian ilmu hari ni tentang kategori orang yang berpuasa. Jum baca.

Kategori Orang yang Berpuasa

1. Puasa Orang Awam : Puasa mengelakkan daripada batal puasa. Hanya menahan lapar dan dahaga tapi boros untuk membeli makanan berbuka.
2. Puasa Khas : Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah menahan segala pancarindera daripada melakukan dosa.
3. Puasa Qhawatul Khas : Puasa para nabi, wali-wali. Menggandakan pahala puasa dengan memperingati Allah dan menjaga batas-batas pergaulan dan aurat.

Insyallah, apa yang di baca ini dapat kita jadikan sebagai rujukan untuk kita mempertingkatkan pahala puasa kita dan sampaikannya kepada saudara seislam kita.

*p/s : korang rasa korang kategori puasa yang mana? Tepuk dada, tanya iman. :)

Ahad, 14 Ogos 2011

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum. Wah.. lame tak update blog. Alright. Hari ni aku mau share info tentang puasa.  Aku rasa still sempat lagi kan ? jum baca.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bulan Ramadhan
1. Ramai yang puasa tapi tak solat.
2. Pada malam pertama Ramadhan, ramai orang yang datang solat terawih. Pada penghujung bulan Ramadhan, bilangan makmum berkurangan dan boleh dikira bilangan.
3. Berbalah semasa sendiri mengenai raakat solat terawih. (sunat 8 raakat pada 3 hari awal Ramadhan)
4. Mementingkan yang sunat, tidak menunaikan yang wajib.
5. Tidak mengetahui mengenai hukum hakam berpuasa. (Banyakkan ilmu di bulan syaaban sebagai persediaan Ramadhan)
6. Tidak menjaga kehormatan bulan Ramadhan. (tidak menjagan perkara yang mensyawatkan)
7. Meninggalkan sahur dan sahur bukan pada waktunya.
8. Melambat-lambatkan berbuka. (mulakan berbuka dengan 3 perkara. 1. Buah kurma/ air masak. 2.solat dulu baru makan yang berat2. 3. Makan dengan tangan.)
9. Berlebihan ketika berbuka
10. Bertambah-tambah malas
11. Mengaut keuntungan dunia daripada akhirat.
12. Gagal mengawal kemarahan.

Insyallah pada yang dibaca ini dapat kita amalkan dan sampai pada mereka yang tidak tahu.



Selasa, 9 Ogos 2011

Eiii rasa macam nak menjerit je!!


Arrrggghhhh! Tension! Banyak kerja. Berlambak. Bertimbun2.. nota tak de. Sebab subjek baru. Kena search sendiri. Tu pasal kerja banyak yang terbengkalai. Yang paling tension da dua subjek kena rujuk notes sem 1. Adush.... huhu.. da la minggu ni tak boleh balik rumah. Tiba-tiba pula ada aktiviti sampai 4 jam. Ambil kedatangan lak tu. Kalau tak datang dapat surat amaran.Baru je nak merasa berbuka dan bersahur bersama family. Huhu.. :’( nak cari tempat praktikal lagi. Kalau lambat tak dapat tempat. Minggu depan ada dua subjek yang ada kuiz. Huhuhu.. meletop pale otak aku macam ni. huh... dugaan bulan ramadhan.

~Jeritan nurani Cik Kay Jue~

Assalamulaikum.

Ahad, 7 Ogos 2011

Cara nak kejutkan orang bersahur


assalamualaikum. aku ada benda menarik mau share ni. sedang aku tengah kodek2 folder kat dalam external, aku terjumpa benda ni. aku tak  berapa ingatlah kat mana aku ambil benda ni. sebab da lama sangat aku simpan. may be ada diantara korang yang penah baca benda ni. it's ok. baca je la.

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur, cara-caranya..

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil panggil nama dia perlahan lahan
2. sentuh bahu orang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
3. renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia
4. tampar tampar manja pipi dia sambil panggil nama dia
5. tutup kipas/air cond


(tapi kalau still tak ada effect)
1. jerit nama dia kuat kuat
2. gigit ibu jari kaki dia macam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi, kalau boleh air rendaman baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
6. jerit api! api! api! 
7. letak kfc ke mcd ke tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambil bau sikit

(tapi kalau still tak ada effect gak)
1. pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali
 
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

(tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir)
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan, kerana tuhan lebih menyayanginya...



Sabtu, 6 Ogos 2011

huhu.. aku kena ulser lidah..



gambar perhiasan semata-mata
Dah dua, tiga hari kot aku kena ulser lidah ni. first time aku kena ulser kat lidah.Sakit woooo..! nak makan susah, nak cakap susah. Aku ngadu kat mak aku huhu.. (ceh anak mak betul la dia ni) last2 kantoi.. aku minum ais. Mak aku kata ais tu bila masuk je dalam badan dia jadi panas. Tu la pasal kena ulser. Aku minta tips kat mak aku macam mana buat.. sebab da sakit sangat ni. makin teruk. Huhu. mak aku cakap minum air soya panas. Harap2 berkesan. Huhu.. dugaan agaknya untuk bulan ramadhan ni. ok. Aku nak buat persiapan berbuka ni. nampaknya kena makan slow slow. selamat berbuka semua. Assalamualaikum.

Blog List Lepak Bersama Muz


Assalamualaikum .hari ni sebelum aku mau buat semua assignment aku yang berlambak tu aku mau join segmen ni dulu. kepada yang sesiapa yang mau join klik banner ea.

ok done. now time for assginment! yeah...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Wahai diriku tolong la jangan terlampau memilih kawan!


Assalamualaikum. Hai. Hari ni baru ada kelapangan sikit untuk update blog. Pada yang selalu folow or terjah Kay Jue ini (ada ke?) maaf sangat sebab asyik tengok post yang same je. Untuk masa busy ni CKJ just sempat update wordless Wednesday dengan Spontaneous Thursday untuk blog ni. (kira ok la tu kan daripada tak update langsung?  Kan kan?) kepada yang tinggalkan jejak di shout box, CKJ akan jejaki korang bila ada kelapangan. Macam hari ni. ok? Hehe..
Alright tentang tajuk entry. Itu kesedaran dan peringatan pada diri aku sendiri. Entah kenapa la sejak kebelakangan ni aku asyik kurang senang dengan kawan-kawan aku. Itu yang  aku muskil ni. may be aku ni yang terlalu memilih kawan. Dengan orang ni aku tak kena, dengan orang tu aku tak suka. Habis tu aku nak kawan dengan siapa kalau aku terus bersikap macam ni. huhu.. tolong la Kay Jue. Jangan macam ni. ikhlaskan persahabatan tu. Huhu.. mereka semua ok je. Kamu yang bermasalah. (pesan kat diri sendiri)  ohh.. what happened to me..

Khamis, 4 Ogos 2011

Spontaneous Thursday*5



Dulu masa lapang untuk rehat, Kini masa lapang untuk kertas-kertas dan pen