Sabtu, 22 Oktober 2011

Nama Allah Di Tapak Kaki???

Assalamualaikum. seharian aku study hari ni sambil dengan radio i luv islam. Hehe. Nak dengar juga? Klik sini. Alright, da study menipu la kalau aku tak boring kan? Aku pun online la fesbuk. Terjumpa satu Communityname community ni “~awak~. tadI mAsA AwAkglak. GigI awAk tERjaToh. ~niEW~ saya bg BalIk.”  Klakar kan? Aku pun klik la. belik-belik pic community tu. Terjumpa pic ni. 

tapak seliper

mungkin ramai yang da tau. Tapi aku baru tau. Tak salahkan mau share. So, lepas ni kalau korang beli seliper ke kasut ke atau apa2 je la hati-hati ea. That’s all.

*p/s : Adakah ni salah satu cara orang yahudi nak memperdayakan umat islam atau satu kebetulan? Wa’ wahua’lam.. 

Khamis, 20 Oktober 2011

Spontaneous Thursday*11



Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan~

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday *11

Nak tapi tak boleh

Hari ni di poli aku ada kempen derma darah dan kempen derma organ. Da dua sem 2 da kempen ni diadakan kat poli aku. Aku pun teringin juga la nak merasa macam mana rasanya derma darah. Sem lepas aku tak sempat nak derma. Sem ni la peluangnya. Kebetulan pula kelas aku hari ni ada satu kelas je, memang ada masa la untuk aku join kempen ni.
Lepas da ambil borang pendaftaran dan isi, aku terus la pergi cek. Alhamdulillah stage pertama lulus. Aku boleh derma darah. Darah dalam badan aku ni ada lebih dan pekat. Ada harapan ni. ok seterusnya Stage kedua. Cek tekanan darah. Tang ni yang aku tak lepas. Tekanan darah aku rendah. Huhu.. Ya Allah aku mau derma darah gak. cemburu aku tengok orang derma berbeg-beg darah. Mungkin sebab semalam aku tido lewat la rasanya.hmm..
It’s ok la. aku da check da. Tapi tak de rezeki lagi nak buat pahala dengan darah yang aku ada ni untuk semester ni. aku akan cuba lagi untuk semester yang akan datang.  Allah itu Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. .. assalamualaikum.
*p/s : korang da derma ka? :)

Jumaat, 14 Oktober 2011

Dia da dekat dan semakin hampir!

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua yang sudi membaca isi kandungan blog aku yang tak seberapa ni. terima kasih ya! :D alhamdulillah dengan nikmat dan kurniaan Allah s.w.t aku masih diberi peluang untuk hidup dan menjalani rutin seharian aku yang penuh dengan pelbagai konflik dan cabaran ini... alhamdulillah syukur pada yang Esa. :D
Ceh wah! Bermadah-madah lak.. hehe.. acam ok tak? Hebat tak? Huhu. baiklah. siapa yang dah dekat tu? Hish memang da hampir. Lagi beberapa minggu je tinggal. FINAL EXAM. Aku start exam 16 november 2011 , hari rabu kalau tak silap aku (nak tgk jadual exam aku tak? Klik sini). Paper eng.math. tu kira ok la lagi. Yang membuatkan aku terkaku masa tengok jadual exam tu,ada dua subjek dalam satu hari. dah la dua-duanya killer subjek. Berkait-kait lak tu. Huh... teruk ni. kena stduy betul2 ni. kalau tak boleh tertukar fakta .
walaupun aku punya final hanya empat paper je, bukan senang nak jamin yang aku boleh jawab apatah lagi boleh dapat 3 pointer above. Tapi untuk sem 3 ni aku memang berhajat dan berharap sangat dapat 3 pointer. Kalau dapat 3.00 pun tak pe. Janji dapat 3 pointer. Aku tak pernah dapat 3 pointer. Sedih n teruk kan? Huhu..  so, aku berharap dengan berkat usaha dan tawakal aku pada Allah s.w.t  aku dapat la 3 pointer  tu. Amin~~~


*p/s : good luck untuk semua yang bakal mengambil final macam aku. Buat sehabis baik dan terbaik selagi kita mampu. Selamat belajar! :D

Isnin, 3 Oktober 2011

Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

  Assalamualaikum.. alhamdulillah dengan cancel nyer class aku jam 8 pagi tadi membuatkan aku tak dapat nak sambung tidur balik. Sebab da pakai siap2 nak g class. Muka pun da pakai bedak segala bagai (aku tak make up ea) last2 di pertengahan jalan. Aku menerima satu SMS. “Pls inform to everyone class is cancelled today, thanks ~miss Vaina~"  geram seh. Kenapa tak bagi tau awal2. Nasib baik tak jauh lagi daripada blok. Nak tau betapa jauhnya asrama aku dengan tempat kuliah aku. Klik sini.
Alright, oleh asbab tu. Aku sempat la luangkan masa blogwalking. Aku terjumpa satu entry  menarik di blog fara myra.

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Selanjutnya boleh baca di sini.
Mudah-mudahan entry daripada fara myra ni dapat memberikan kita serba sedikit pengetahuan apa bila berhadapan dengan persoalan yang  sebegini rupa. Ada logiknya jawapan pendakwah tu. Ok happy reading. 

Ahad, 2 Oktober 2011

Kecelakaan


Assalamualaikum. minggu ni aku balik rumah. Dengar2nya mak aku excident. Tapi alhamdulillah tak teruk sangat cederanya. Tapi kereta je la teruk sikit. Masa nak membelok tu tiba-tiba ada motor melintas. Then excident.  



Risau gak aku. alhamdullilah semuanya tak apa-apa. Semuanya da settle. Mudah-mudahan apa yang berlaku ni memberikan peringatan dan pengajaran buat aku dan family aku.

*p/s: kadang-kadang pengalaman menjadi guru yang paling terbaik buat kita, tapi kadang-kala pengalaman juga memberikan kesan buruk terhadap kita. Seperti trauma yang mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Betul tak?