Sabtu, 31 Mac 2012

Ayuh Betulkan Pergerakkan Anda

Alright. perkongsian ilmu hari ini. solat. semua orang solat. tapi betulkah setiap pergerakkan kita dalam solat tu? jum check kalau salah ayuh betulkan.
klik gambar untuk lebih jelas
Semoga solat kita diterima oleh Allah s.w.t. assalamualaikum.

Something New will be here

Assalamualaikum. Maaf la tajuk english entry malay. hehehe.. Alright. Sempena bulan April yang akan datang esok, aku akan buat/letak/adakan sesuatu kat blog ni. Benda baru tu juga langsung tak de kena mengena dengan design atau layout blog ni. tunggu dan lihat je la esok ea. harap ada la yang sudi dan suka. kalau tanya aku of cause aku suke. blog aku kan? hehehe.

*p/s : mungkin benda tu tak de ar gempak dan hebat mana. aku je yang kecoh. orang tak kecoh-kecoh pun. 

Jumaat, 30 Mac 2012

Super Spontan

Assalamualaikum.Hai jumpa lagi. Disebabkan tadi blogger ada masalah dimana post comment tak boleh post, mood aku nak blog walking pun hilang. terus aku tutup lappy dan layan TV channel Warna (astro). Mula-mula tengok info untuk channel Ceria (astro). Tak de cerita yang aku minat, jadi aku layan rancangan SUPER SPONTAN tadi. hehehe. Baru minggu pertama. Ok nak cerita sikit la  tentang rancangan tu untuk minggu pertama. (macam la pro sangat) hehehe. tak salahkan? kita kan penonton. :) 
ada dua kumpulan. Angsa (kalau tak silap) Ganas dan Beruang Comel. hehe..
first, sedih la Johan dan Zizan tak satu kumpulan. huhu.. aku paling suka game beku. klakar. memang kreatif la orang yang reka games tu menarik. si pemain kena gunakan kreativiti dorang untuk lakonkan pergerakkan yang beku tadi. (aku tak tau nak terangkan fasal games ni. kalau korang tengok mesti korang tau) 

aku kurang suka games, demonstrasi. kesian kat orang yang jadi bahagian kepala. kotor teruk kena bahan-bahan yang ada untuk game tu, yang dikenakan oleh orang yang jadi  tangan. ish ish ish.

tapi untuk keseluruhannya. memang menghiburkan. aku suka kumpulan Beruang Comel. >_<

*p/s : korang tengok tak rancangan ni? apa pula kata korang tentangnya? meh share meh dengan CKJ :)

En.Zack Excident!

Petang tadi macam biasa di office tak de kerja. aku mengadap lappy aku la blogging. tiba-tiba Hannan Putra Luchador bersuara 

" Weh Zack excident! nak ikut tak pergi tengok dia.."
"huh? excident?!"

terus keluar dengan tergesa-gesa dan muka yang sangat risau. aku pun apa lagi... tutup lappy terus keluar  sampai kat lobi office, aku tengok hanan ada lagi kat situ tengah tunggu Janggut Emas. aku tak puas hati lagi, blur-blur sebenarnya tentang status keadaan En.Zack. aku pun tanya.

"Zack sekarang ada kat ner?"
"kat rumah.."
"teruk ke weh?"
"tak tau la. aku call dia tadi. tapi tak dapat.."

terus masuk balik dalam office. may be dia pergi kat tempat Janggut Emas kot.
tak lame lepastu dorang pun muncul dengan bawa beg En.Zack dan kita orang gerak pergi rumah En.Zack.

Sampai kat rumah En.Zack, aku tengok dia da terlentang baring kat ruang tamu dengan kaki dan tangan yang berbalut. huh.. teruk juga ar. buat sementara ini Allah ambil nikmat tangan yang Dia beri pada En.Zack. dia tak boleh nak gunakan kedua-dua belah tangan dia sebab jari dan tangan luka-luka. Kaki dia pula lulut sebelah kiri dia berbalut. seksa aku tengok dia tadi. Tapi Janggut Emas dan Hannan Putra Luchador boleh gelak tengok dia. ish.ish. ish.

ish,ish, ish, sabar je la aku dengan zack ni. sakit2 pun boleh on9 fb. tadi punya  parkinson tangan dia aku tengok. 
Syukur Alhamdulillah dia tak apa-apa. cuma motor dia teruk juga ar dengarnya.Mudah-mudahan En.Zack dapat pengingatan daripada apa yang da terjadi pada dia. Jangan bawa motor laju-laju ya En.Zack. Semoga  cepat sembuh dan boleh kembali teruskan praktikal. ok.Assalamualaikum.

*p/s : Janggut Emas, Hannan Putra Luchador dan En.Zack, mereka adalah kawan-kawan yang praktikal bersama Cik Kay Jue di ANDKL Bukit Anggerik. :)

Video Dakwah Lukis-Lukis :)

Assalamualaikum. Just nak share benda menarik. Semalam CKJ macam biasa blogwalking. entah macam mana lepas tengok video 'My Generasi' kat blog Syarafi, terjumpa video ni. kreatif la cara empunya video sampaikan ilmu. jum tengok. :)


*p/s : simple je kan? best la tengok. >_< sambil-sambil tu dapat ilmu.

Khamis, 29 Mac 2012

Cik Kay Jue terima email

Hah? Email apa yang aku dapat? Ugutan ka? Kritikan ka? Cacian ka? Atau pujian ka? Hehehe.. aku dapat email dari senior aku, Kak Arma. Dia baru je lepas konvo 23 mac lepas. Sedih la Kak Arma konvo tapi aku tak dapat datang tengok. 

Alright. Berbalik pada topik. Kak Arma email minta aku editkan gambar-gambar konvo beliau. Hm.. dah lama sebenarnya aku tak mengedit gambar. Last masa form 5 aku ambil upah mengedit. Kali ini baru ada balik tempahan. Alright. Meh tengok hasil kerja aku mengedit. 




Hah.. macam mana ok tak? huh.. bergerak juga kekreatifan otak aku setelah beberapa tahun tak ambil upah mengedt gambar. Syukur Alhamdulillah kak karma suka dengan hasil kerja aku. Aku tak de ar  kreatif sangat. Tapi .. Hm.. kalau korang nak minta aku editkan pic korang boleh je. tempahan dibuka bila-bila masa daripada sekarang. Hehe promot sikit. Assalamualaikum.

Spontaneous Thursday*19

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda, 
kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik.
-La Tahzan-

Rabu, 28 Mac 2012

Kisah Cecair Pemutih Kasut

Assalamulaikum.  Hari ni menjelma satu perkataan dalam kepala aku. KAPUR KASUT. Hm..
Fasal kapur kasut. Mesti ada kaitannya dengan sekolah. KASUT SEKOLAH. Betul tak?

Mengimbau kembali zaman sekolah. Paling malas betul aku nak basuh kasut. Tapi aku suke kapur kasut. Macam kita buat kerja seni. Aku kapur kasut pakai berus warna. alar berus water colour tu.  Baru ada feel membuat karya seni. Hehehe. (kononnyer) Aku tuang kapur dalam bekas lepastu celup dan warnakan pada kasut yang dibasuh tapi nampak kotor tu. Hm.. memang best. Dengan teliti aku mewarna kasut. Hehe.
Hah, yang paling sakit hati hari isnin masa balik sekolah, hujan… agak-agak korang apa perasaan aku terhadap kasut sekolah yang dah di kapur dengan terliti dan penuh kasih sayang? Huhuhu..

Tapi agenda kapur kasut aku berakhir bila aku da form 5. Masa ni aku pakai kasut sekolah warna hitam. Aku jadi PRS. Perosak Rakan Sebaya. Hehe.. tak la.. mane ada jawatan tu kat sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya, sebetulnya. Ngee~~  bila da pakai kasut hitam aku jarang atau langsung tak basuh kasut. Iya la warna hitam kan, bukan nampak kotor pun. aku sembur je febrez. then jemur. Da siap. Hehehe teruk kan?

*p/s : korang pula, ada cara yang tersendiri tak mengapur kasut? Meh la share. CKJ setia membaca dan membalasnya. >_<

Wordless Wednesday*20


10 Tanda Penyakit Alzheimer (lupa)

tanda 1 - Mudah lupa. Contohnya, benda yang baru je kita belajar pagi tadi, tapi tut tut kita dah lupa dah malam ni. Lepas tu, lupa tarikh, lupa events apa yang kena attend dan terlalu bergantung pada alat elektronik untuk remind kita.

tanda 2 - Mengalami masalah dalam menyelesaikan masalah harian. Contohnya, kalau kena buat kerja yang agak complicated, mula lah pening-pening kepala, lepas tu mengambil masa yang lama untuk siapkan kerja tu.

tanda 3 - Mengalami masalah untuk selesaikan tugas mencabar samaada kat rumah atau office. Dia tak tahu macam mana nak buat kerja tu sebab bagi dia sangat susah.

tanda 4 - Susah nak ingat masa dan tempat. Lupa macam mana boleh berada kat sesuatu tempat dan kat mana tempat tu.

tanda 5 - Alami masalah memahami imej visual. Contohnya, bila tengok cermin sisi, dia susah nak agak jarak kereta di belakang.

tanda 6 - Alami masalah komunikasi. Susah nak ikut serta dalam sesuatu perbincangan. Mungkin boleh tiba-tiba berhenti masa bercakap dan keliru macam mana nak sambung apa yang dia cakap tadi.

tanda 7 - Suka letak barang-barang di tempat yang bukan-bukan. Lepas tu dah tak ingat nak cari kat mana. Mula la nak tuduh orang curi barang dia. Benda macam ni akan kerap berlaku. 

tanda 8 - Susah nak kenalpasti yang mana baik atau buruk. Contohnya dari aspek nak uruskan duit.

tanda 9 - Akan mula menyendiri, tak suka dah nak bersosial dengan kawan-kawan sekerja. Dah tak minat nak main sukan lagi, dah tak minat nak layan hobi dah.

tanda 10 - Mood dan personaliti berubah-ubah. Orang yang ada penyakit ni boleh menjadi keliru, tension, sedih, penat dan takut. Tiba-tiba jer boleh menangis kat tempat kerja, rumah dan mana-mana tempat.

*p/s : korang yang mana? hehe.. gurau je. semoga bermanfaat. 

Sumber bernas : casablander

Selasa, 27 Mac 2012

Tukar lagi

Assalamualaikum. Ok story fasal praktikal aku.  Hari ni baru aku dapat ambil cop bos untuk buku log aku. Hari ni juga aku tukar bos lain pula. Lagi 2 minggu aku tukar bahagian lain. Huh.. harap-harap ada la kerja yang aku buat. Jenuh da aku selongkar nota untuk catat sesuatu dalam buku log. Sampai aku sendiri pun kurang  faham tentang apa yang aku catat. Huh.. rasa macam praktikal ni tak de maknanye da. Entah apa-apa. Huhu. Sabar je la. Penat macam ni weh. 


Anda ditag

Assalamualaikum. Jumpa lagi. Hehe.. rajin pula aku nak join segmen. Segmen ni bagi aku macam pelik sikit. Aku blur-blur macam mana nak buat entry fasal segmen ni.Thanks to Alynn Nyzaa sebab tag. Alright. Start.
Syarat-Syarat: 
  • Tak boleh tag orang yang sama
  • Pastikan orang yang ditag tahu
  • Ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri
  • Jawab soalan yang diberikan kepada anda
  • buat soalan untuk orang yang anda tag

    11 perkara tentang CIK KAY JUE
    1. Seorang yang pendiam
    2. Paling suka warna biru
    3. Sukakan benda-benda yang comel
    4. Kurang suka menunggu
    5. Buku itu penghiburku ketika bosan
    6. Suka berimagenasi
    7. Suke dengar lagu
    8. Tak suke dikongkong
    9. Sukakan gadget tapi tak de la keterlaluan
    10. Pemalu (hahaha)
    11. Suka makan keju :p



    Soalan yang perlu jawab
    1. Apa pandangan anda tentang nikah gantung? Apa kebaikan & keburukannya pada pandangan anda.
    kebaikkan dapat elak maksiat berleluasa. keburukkan urm.. tak dapat difikirkan. (hahaha)

    2. Biasanya kalau rasa stress, apa yang anda buat untuk hilangkan rasa stress tu?
    dengar lagu kuat-kuat pakai earphone dan tengok lawak kat youtube.

    3. Pandai memasak tak? Kalau pandai, bagi satu menu terbaik yg anda pernah masak.
    masak? boleh rasanya.. cuba tengok entry ini untuk lebih lanjut :P

    4.Siapa anda 10 tahun akan datang?
    urm.. bukan Cik Kay Jue. tapi Madam Kay Jue. :P

    5. Kalau diberi pilihan untuk melancong luar negara, dan ditaja sepenuhnya untuk 1 minggu, ke manakah anda mahu pergi? Pilih 1 tempat je ^^
    Tokyo, Jepun  >_<

    6.Pernah kena tikam belakang tak? Apa perasaan anda?
    urm rasanya setakat ni tak pernah lagi. 

    7. Apa hadiah paling bermakna yang anda pernah terima sepanjang hidup anda?
    Jam Tangan Polo Club BRITANNIA ^_^

    8. Suka layan citer Korea tak? Bagi satu tajuk citer Korea yang paling best pernah anda tonton.
    tak layan lorh korea. huhuhu.

    9.Antara Ustaz Don dengan Ustaz Azhar Idrus, mana anda lagi minat? Kenapa?
    urm dua-dua kot. sebab mereka best. dan apa yang mereka sampaikan mudah difahami dan diterima.

    10.Minat tengok kartun x? Apa citer kartun yang korang paling minat?
    minat. Karton Spongebob dan Ceita Detective Conan. :P

    11.Kalau diberi kesempatan untuk buat satu je permintaan/hajat, apa yang anda nak minta? 
    nak hidup bahagia di dunia dan akhirat. :)



    Soalan untuk mereka yang ditag
    1. Apa yang korang nak dalam dunia blog ni?
    2. Barang apa yang paling korang suke? (nak dua)
    3. Apa perkara yang paling best pernah berlaku dalam hidup korang?
    4. Harapan korang untuk diri sendiri dan masa depan korang.

    alright mereka yang kena jawab soalan Cik Kay Jue
    dan mereka yang sudi menjawab soalan Cik Kay Jue




    Pesanana dari  penaja:
    • mangsa2 tag sekalian, sila jawab dengan jujur yer soalan2 yang I bagi kat U tuu 
    •  korang perlu buat maksimum 11 soalan baru utk mangsa tag korang
    • anda bebas untuk mengetag seramai mana yg anda mahu & pastikan diorang tahu

    Satu Situasi dimana...

    Assalamualaikum. Alright. Entry pendek daripada aku.
    Satu situasi dimana... Bila time aku punya la rajin dan bersungguh-sungguh buat sesuatu kerja, tak de sorang pun yang kisah atau ambil tahu apa yang aku buat. Tapi bila time aku malas, sambil lewa dan tak de mood yang ok.. hah! masa ni ramai pula yang datang  menegur dan menyapa. hish! 
     situasi ni juga sama macam ni..
    *p/s : korang mesti pernah mengalaminya juga kan? -.- apa perasaan korang? 

    Isnin, 26 Mac 2012

    15 Kelebihan Kaabah Daripada Sudut Saintifik

    1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

    2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

    3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

    4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

    5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

    6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

    7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

    8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

    9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

    10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

    11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

    12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

    13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

    14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

    15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

    sumber dari : Prince91

    Ahad, 25 Mac 2012

    Alaarr...

    Malas mula la menyelubungi diri ini. Malas nak pergi kerja esok. Malas bukan sebab malas nak buat kerja. Malas sebab tak de kerja. Membuang masa dengan buat benda-benda yang tak berfaedah kat office tu. Kalau nasib baik adalah Abang Hasif ajak kuar pergi site. Kalau tak, duduk je la kat office tanpa sebarang kerja sampai petang. Huh! BOSAN!

    Tapi lagi best duduk rumah. Tolong mak aku uruskan kerja-kerja rumah. Lepastu boleh tengok TV sambil gemokkan badan. Boleh online dengan tenang kat dalam bilik tanpa risau-risau macam kat office. Iya dak?

    Ini yang membuatkan aku merindui saat-saat berada di poli. Busy.. busy dengan assignment yang berlambak yang semuanya nak cepat submit. Busy dengan presentation, kuiz, test, lab dan persatuan rakan pusat islam. Lagi bagus macam tu. Huh.. bila la nak habis praktikal ni. (ea eh terpancul pula soalan tu.. hahaha) huh.. that’s all. Assalamualaikum.

    *p/s : sesungguhnya situasi mempengaruhi emosi seseorang dalam sesuatu pekerjaan. betul tak?


    Kecilnyer!

    Assalamualaikum.hari ni aku mau share something yang da lama da ada dalam simpanan aku. aku tak ingat la dari mana aku dapat benda ni. jum tengok...


    Subhanallah! :)

    hilang tak berganti!

    Assalamualaikum. Korang pernah baca buku ni tak? Buku ni satu-satunya buku yang buat aku tergelak sorang-sorang bila baca. Pandai la penulis buku mencuit hati aku. Klakar cerita dalam buku ni. Fasal 3 orang kawan baik yang tinggal satu rumah. Macam-macam peristiwa lucu berlaku. Best. Sayangnya buku ni dah hilang. Dihilangkan oleh kawan aku. Huhu. Sampai sekarang dia tak ganti. Dia boleh buat tak tau je. Hish.. geram betul. Aku teringin giler mau baca balik buku ni. Huhu…

    Sabtu, 24 Mac 2012

    Cita-cita masa kecilku

    Assalamualaikum.Huh.. pelik betul la hari ni. Apa yang aku buat semuanya aku rasa tak best. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu. Huh.. Lupakan tentang tu. Biar je la.

    Alright. Hari ini tiba-tiba pula aku teringat tentang cita-cita. Cita-cita masa aku kecil-kecil dulu. Hehe. Asal pekerjaan tu Nampak hebat dimata dan gah di sebut, itulah yang menjadi pilihan aku. Mula-mula aku nak jadi nurse. Aku bayangkan masa tu aku dengan seragam nurse, lepas tu bawa kereta yang mahal. Alar kereta yang tak de atap tu. Hakikatnya, bukan senang dek oi.. kena ambil bidang perubatan baru dapat jadi nurse. Masa tu kecil lagi memang tak terfikir langsung macam mana caranya nak jadi nurse pada laluan yang betul.

    Lepastu, bila aku da sekolah, aku tukar cita-cita. Nak jadi pengarah filem pula. Ceh! Kononnya tak de orang yang terfikir mau jadi pengarah filem masa tu. Aku punya bangga sebut cita-cita tu masa cikgu tanya. Pengarah filem tu apa pun aku masih samar-samar sebenarnya ketika tu. Hahaha. Klakar pula bila aku ingat balik. Lepastu tukar lagi cita-cita. Sejak ada radio besar kat rumah, selalu la juga dengar radio. Terus aku pasang cita-cita mau jadi DJ radio pula. Siap berlakon gaya alar-alar DJ radio lagi dengan adik aku. Pilih lagu kat computer lepastu ke udarakan. Hahaha. Memang best masa tu, mengisi masa lapang dengan memekak kat rumah.
    Huh.. bila da meningkat dewasa ni, segala cita-cita tu pun lenyap bersama usia aku yang kian meningkat ni. Aku tak tau apa cita-cita aku sekarang. Masa aku dapat tawaran masuk politeknik dulu, aku sendiri malah mereka juga tak tau apa kerjaya yang bakal aku jawat bila da grade nanti. Sebab kos yang aku ambil tak menampakkan apa sebenarnya kerjaya aku. Huh.. aku hanya berserah dan belajar kos tersebut. Insya Allah mudah-mudahan kerjaya yang bakal aku jawat suatu hari nanti bersesuaian dengan kemampuan dan bakat yang ada pada aku. Amin~~ :)

    *p/s : korang pun masa kecil-kecil mesti ada cita-cita kan? meh la share dengan CKJ. :)

    bosan

    Assalamualaikum. huh.. entah la aku tak tau la apa fasal hari ni bosan semacam. mood pun tak de. semua benda rasa macam boring. tak best. huhu. bila la nak ada mood balik ni. arrrggghh! nak tengok TV ceria channel ar. harap ada cerita best. ok that's all. huhu.


    La Tahzan



    Kadangkala Allah sembunyikan matahari
    Dia datangkan petir dan kilat
    Kita menangis dan tertanya-tanya
    kemana menghilangnya sinar
    Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.


    info dari : Miss Al

    Jumaat, 23 Mac 2012

    Tak terkejor teman!

    Assalamualaikum. Huh.. hari ini CKJ start la balik blog walking. Balas balik la kunjungan kawan-kawan blogger yang sudi komen dan tinggalkan jejak kat Kay Jue Blog ni. Huh… baru beberapa hari break. Macam-macam perubahan da CKJ tengok.  Entry mereka pun da terlepas beberapa hari da. Huhu. (cerita da basi aku baru nak tau apa kes.. huhu) ada yang da tukar header. Ada yang da tukar template. Macam-macam la! Semua cantik-cantik! Hehe.  Memang hiduplah blogger-blogger ni. Hehe. Meriah! Rasa macam aku yang ketinggalan jauh.. huhu sedih pula :’( Huhu.


    Yeh! Alhamdulillah!

    Assalamualaikum. Hari ni aku cuti kerja sebab nak pergi klinik ambil darah. Ini kali yang ke empat darah aku di ambil. Huh.. sakit tau. Huhu. Tak pe la untuk dapat tau result kesihatan aku, aku sanggup. Harap-harap ini kali terakhir aku pergi klinik ni.

    Setelah beberapa jam tunggu.(maklumlah aku pergi klinik kerajaan.) aku pun masuk jumpa doktor.
    Alhamdulillah darah aku semua da stabil da! Lepas ni da tak payah da jumpa doktor. :) yeh!  Hehehe.
    Huh.. memang dugaan.

    Alright. Tutup buku fasal sakit. Sekarang ni CKJ nak mula balik story. Hahaha.

    Semalam lecture aku datang kat office. Buat penilaian. Huh.. aku tak tau la berapa markah yang aku dapat.  Kata lecture tu, “ saya ingat  saya da salah masuk office tadi.” Iya la sebab kat office masa tu tak de orang. Sebab masa tu masa lunch. Huhu. Lepas tu lecture tengok buku log aku. Adush.. habis la.. da la sekarang tengah tak  banyak kerja. Ada juga la komen  yang aku dapat. Huh.. down aku seketika.

    Tak pe la nak buat macam mana. Huhu. Sedih betul. Dugaan..

    *p/s : maaf la entry entah apa-apa. Rasa kekok sikit.

    Khamis, 22 Mac 2012

    back

    Assalamualaikum. Lama juga tak update blog sejak CKJ sakit ni. huh.. Alhamdulillah demam da kebah da. Cuma pening je tak mau hilang. Tak tau la fasal apa. Da penat da CKJ ulang-alik  klinik. Darah pun da ambil sampai 3 kali. Kalau la CKJ ni plastik, habis da berlubang-lubang badan ni.

    Time ni la pula lecture nak datang kat office nak buat pemantauan praktikal. Huh.. dugaan  betul. Da 3 hari da tunggu da datang-datang lagi. Tak pe la tunggu je la. Walaupun badan ni bukannye larat sangat. Huhu.

    Doakan CKJ ea. :) thanks pada korang yang sudi walking kat Kay Jue Blog ni walaupun tak de entry baru di update. Insya Allah lepas ni da boleh update entry tiap-tiaap hari macam sebelum. :) tak sabar nak blog walking kat blog korang. :)

    Ahad, 18 Mac 2012

    dia main kasar la..

    Assalmualaikum. huh.. setelah beberapa hari aku terlantar di atas katil dengan suhu kepansan yang melampau. entah berapa banyak ubat yang aku da makan, aku pun tak tau.nampaknya Mrs. Demam ni main kasar la dengan aku. hari khamis  lepas waktu lunch aku da balik rumah da. itu pun aku macam mamai-mamai je bawa motor. Alhamdulillah aku selamat sampai rumah.

    hari Jumaat lepas, kawan aku hantar surat dari office, menyatakan 20 Mac 2012 pensyarah nak datang melawat aku kat office. adush.. kenapa la time aku demam ni.. huh.. dugaan betul. Alhamdulillah hari ni demam aku da kebah da. cuma pening je tak hilang lagi, mudah-mudahan, esok aku da sembuh. huh.. 
    maaf ya, kepada korang yang selalu blogwalking di Kay Jue Blog, asyik tengok entry yang sama je. hari ni baru larat nak update blog. maaf juga kepada yang follow, kepada yang komen, dan yang tinggal jejak di shoutbox CKJ.  insya Allah semuanya akan di balas kemudian setelah CKJ sembuh. doakan CKJ ea moga sembuh esok.

    Rabu, 14 Mac 2012

    Da lama tak kena akhirnya kena juga!

    Assalamualaikum. Huh.. sejuknya malam ni. Panas pun ada.  Macam-macam suhu da aku rasa. Nampaknya demam datang lagi.. 

    “hello demam, lama tak jupe. Awak sihat? Huh?”
    “………”
    “ Awak tak pernah sihat? Hahaha.. memang la sebab awak demam.awak penyakit. Haha
     Saya manusia. Tapi tiap kali jumpa awak mesti saya sakit. Huhu..”

    Itu dia serba sedikit dialog antara aku dan mrs. demam. (tengok aku da mengarut da sorry)
    Da lama tak kena demam. Hari ni baru kena. May be sebab aku da dua hari kot kena hujan. Iya la aku pergi balik kerja naik kederaan dua roda. Mana ada atap. Hehe.. rasa macam teruk sangat pula demam ni. Padahal tak de ar teruk sangat. Aku siap boleh berlagak macam aku ni sihat macam biasa. Hehe. (saje mengedik)
    Huh.. tak pe la layan je la demam ni. Best jugak kan? Asalkan demam ni tak main kasar dengan aku udah ler.. hehe.. sakit itu kan penghabus dosa. Betul tak? Terima kasih ya Allah sebab bagi aku sakit. :)

    *p/s : korang jaga kesihatan ea. Mesej ikhlas dari budak perasan sihat. :P kecohkan demam pun nak post kat blog.. 

    Wordless Wednesday*19


    Selasa, 13 Mac 2012

    Akibat lama tak bersenam :P


    Assalamualaikum. Semalam aku saje je mengedik kat office, ada lif tapi naik tangga. Aku turun naik, turun naik dari tingkat 1 ke tingkat 4. Dari tingkat 4 ke tingkat 1. Mentang-mentang la bos tak datang, aku dengan suka-ria nya main tangga. Saje cari penyakit . (Hahaha.. perangai macam budak-budak). Sampai hari ni sakit kaki tak hilang lagi.

    Sebenarnya semalam aku bukan saje-saje la kejap naik, kejap turun. Hish..  aku dapat mesej daripada kak yatie di tingkat 4. Katanya kalau bos kat tingkat 1 tak de dan aku bosan duduk kat tingkat 1 meh la naik. Wah-wah.. sambil tersenyum aku baca mesej kak yatie tu. Disebabkan mak aku da bising dan aku pun asyik merungut je baju da tak muat nak pakai, tu yang aku main tangga tu. Lepas geram. Bakar lemak sikit. Haha. Last-last ini la padahnya, terover active. Rasa kaki ni macam nak patah je. Dah lame aku tak bersenam sebenarnya. Ada la lebih kurang beberapa tahun kot. :P (teruk betul hish)

    *p/s : maaf sangat2 entry kali ni merapu dan mengarut. Aku tak tau nak susun ayat untuk situasi kali ni. Huhu.

    Rahsia Cap Jari

    Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:

     Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah, 3-4)

    Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

    Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’ seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.

    Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.

    Info dipetik dari : myibrah.com 

    *p/s : Subhanallah! Allah Maha Hebat! 

    Isnin, 12 Mac 2012

    pilihan?

    Diantara comel atau cantik..
    mana satu yang menjadi pilihan anda??
    agak-agaknya kan, boleh bezakan tak comel dan cantik?


    *p/s : sorry la entry ni macam tak de makna apa-apa, sebenarnya  kadang-kadang CKJ susah nak bezakan benda yang comel atau cantik .. hehe :P

    Kubur Memanggil...


    *p/s: peringatan buat semua. semoga bermanfaat. :) assalamualaikum.

    Ahad, 11 Mac 2012

    LANUN!

    Assalamualaikum. habislah aku lepas ni. aku punya ketagihan anime da kembali. Dulu aku ketagih kat anime Detective Conan. Sampai la aku berjaya dapatkan semua movie dan best episode dia, baru reda. Sekarang da melular ke anime lain. Sejak cerita anime ni ditayangkan kat astro ceria.(aku memang layan channel ni tiap kali tengok TV). Anime One Piece. Semalam aku tengok cerita ni kat you tube, sampai pukul 2 pagi baru aku tidur. Adush... bahaya betul la. Huhu. Tapi cerita ni best ar.. klakar la monkey d luffy ni. watak utama anime ni, yang slamber dan blur-blur tapi dia ni kuat. Bercita-cita nak jadi Raja Lanun. Ei.. ! best la cerita ni. disebabkan cerita ni tak de malay version,aku layan je la yang bahasa jepun punya ada subtitle english. Sambil-sambil tu aku boleh improve english aku kan? (hehe alasan :P) ok la aku nak sambung tengok cerita. Hahahaha. That’s all. :P

    Sabtu, 10 Mac 2012

    Blogwalking


    Assalamualaikum. Semalam aku buat mega blogwalking diam-diam. Aku pernah beritahu pada entry sebelum ni. (tak ingat la entry mana, sebab da..huhuhu). Ok semalam aku tengok balik entry aku tahun  lepas. Lepastu aku tengok kat bahagian komen. Aku walking kat blog-blog yang pernah komen kat blog aku sebelum ni.  huh.. banyak juga la. Jenuh. Baru aku tau macam mana rasanya bagi mereka yang buat contest dan segmen. Kena buka blog orang yang join 1 per satu. Huh.. tabik ar.. :)
    Insya Allah aku akan buat lagi blogwalking macam ni. ok that’s all. thanks for reading. :) happy blogwalking.


    Hangout tak jadi

    Huh.. terkilan sikit ar. Tak jadi pula kuar hari ni. saje je aku lewat sikit post entry hari ni nak kumpul story fasal hangout hari ni cadangnya. Tapi tak jadi pula. Huhu.. tak pe la da biasa da. Selalu jadi macam ni. :P tiba-tiba kawan aku ada hal pula. Huhu.. da lama tak hang out. Entah bila nak hangout dengan kawan-kawan lagi tak tau la. Kali terakhir tahun lepas. Tak pe la may be kalau kiteorang jadi hangout juga hari ni, siapa tau, akan ada sesuatu yang tak elok berlaku. sebab tu Allah tak izinkan. betul tak?  Ok that’s all. assalamualaikum. 

    *p/s: tak tau nak kata apa.. :|

    Jumaat, 9 Mac 2012

    OMG!!

    *p/s : semoga bermanfaat kepada kita semua. :)

    Terbersih dan Ceria

    Assalamualaikum. hari ni tiba-tiba pula teringat kat zaman sekolah-sekolah dulu. Teringat pula kat satu aktiviti ni..  “Pertandingan Kelas terbersih dan ceria”.

    Paling best masa aku form 1. Masa tu sekolah aku ni baru lagi. Baru 3 atau 5 tahun beroperasi. Jadi disebabkan tu, kiteorang hanya ada satu sesi je. Sesi pagi. Kelas pun jadi hak milik sendiri la. Siap kunci mangga lagi pintu kelas. :)

    Aku ingat lagi masa tu ada taman tema mini, ada aquarium dan ada perpustakaan mini dalam kelas. Hehe.. hasil kerja ketua kebersihan dan sumbangan duit kelas daripada ahli-ahli kelas. Setiap hari ada je orang yang bertugas kemas kelas. Ada yang lap tingkat, padam papan hitam, ada yang tukar air aquarim dan macam-macamlah. :) kalau ada yang degil, siaplah dorang kena marah dengan ketua kebersihan.. hehe..
    Setiap minggu keputusan “Pertandingan Kelas terbersih dan ceria” di umumkan masa perhimpunan hari Isnin. Tiap-tiap minggu tak de kelas lain la mesti kelas kiteorang menang. Hehe.. bukan aku nak berlagak, tapi Cuma berkongsi kenangan manis bersama korang yang sudi baca entry ni. memang indah sangat saat tu. 

    hehe.. yang klakarnya, masa guru yang bertugas ambil markah kebersihan dan keceriaan kelas datang nak ambil markah, kelam-kabut diorang.. ada yang dari tadi tengah main kejar-kejar tiba-tiba pegang penyapu. Ada tu sibuk lap tingkat (entah dari macam dia dapat kain lap tingkat tu hehe..) . pastu podek-podek cikgu tu. aduyai... hahaha.. macam-macam kerenah dorang ni. nak menang punya fasal. Tapi cikgu tu buat tak layan. Macam dorang tak wujud kat situ. Hahaha..  

    I really miss that time! ;) huhu.. sekarang ni da susah da nak jumpa mereka semua. Sebab masing-masing bawa haluan kejayaan mereka. Insya Allah satu masa nanti ada jodoh jumpa juga.. kan?

    *p/s : korang pun mesti ada kenangan tentang pertandingan kelas terbersih dan ceria ni kan? Meh la share dengan CKJ.. :P 

    Khamis, 8 Mac 2012

    Spontaneous Thursday*17

    Fakta :
    Apabila kita BERSIN, umpamanya kita mati sesaat. Bila kita BERSIN, semua sudah berhenti. JANTUNG dan NYAWA kita juga sudah berhenti. Jadi, bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut BERSYUKUR dan mengucapkan ‘ALHAMDULILLAH’. Oleh itu, ucapkanlah ‘ALHAMDULILLAH’ apabila kita BERSIN, kerana Allah masih meminjamkan NYAWA kepada kita. :)


    sumber : hamba Allah di facebook.

    Rabu, 7 Mac 2012

    First time :)

    Entry ini  adalah penerangan bagi spontaneous thursday yang ini. :) apa yang first time? Hehe.. bulan lepas aku terjumpa satu facebook. Aku pun tengok la gambar-gambar yang ada kat facebook tersebut. Hm.. ok. Add friend. :) best la gambar-gambar yang ada. Rupa-rupanya owner facebook tersebut ialah seorang craft handmake. Felt craft. Aku suka tengok hasil kerja tangan dia. aku pun tengok-tengok la album hasil craft dia, berminat pula kat pencil case yang dia buat. Then, terus bertanya kepada empunya facebook menyatakan aku berminat nak beli. Ok. Aku create design then bagi kat dia.

    First time aku buat pembelian online. Was-was juga la, tapi bila tengok feedback customer yang ada kat facebook tersebut. Aku beranikan diri untuk buat tempahan. Pembayaran guna bank in. Setelah sekian lama menunggu dalam keadaan sedikit risau, tadi pencil case aku telah selamat tiba di rumah aku yang diterbangkan khas oleh Abang posman. Hehe.. 
    Taaaraa.... ini dia...
    Ok tak? Hehe.. biar pun ada 10% elemen yang tidak mengikut design yang aku bagi, totally i like la.. this pencil case. hehehe..(hancur english aku! :P).  Ok that’s all. assalamualaikum.

    Wordless Wednesday*18


    Bertambah Baik


    Sebenarnya ada  story mau share fasal ini, tapi tak pe la baru 80% berjaya. Tunggu da 100% nanti gerenti aku share punya la! (tak la gempak mana pun benda/perkara tu).

    Petang tadi blog walking nak hilangkan stress buat report. Tiba-tiba terlihat segmen Ben Ashaari fasal kritik-kritik blog. Alright kali ketiga aku join segmen macam tu. pada pertama kali aku join, perrgghh! Banyak kritikan yang membangun yang aku dapat. Masa tu aku newbie lagi. (tapi sekarang ni pun still newbie lagi tau hehehe). Kali kedua aku join suam-suam kuku kritikan yang aku dapat. Kali ketiga Alhamdulillah. Da ok da blog aku menurut kritikan yang aku terima. Ok la Kay Jue Blog ni. aku da tak mau usik apa-apa sampai aku jemu dengan design blog ni. hehehe.  Terima Kasih ea kepada mereka-mereka yang sudi mengkritik dan komen tentang Kay Jue Blog ni. :) aku hargai sangat-sangat. >_< Assalamualaikum. 

    Selasa, 6 Mac 2012

    Sesuaikan Diri

    hari ni tak sama seperti hari-hari lain. Hari ini aku keluar ikut Abang Hasif pergi site bersama 2 orang lagi kawan aku, Jangut Emas dan En. Zack. Thanks juga pada Hannan Putra Luchador sebab tinggal kat office dan bagi aku ikut dorang hari ni. hehe.. banyak juga kawasan ibusawat yang kiteorang pergi. Abang hasif pun banyak bagi maklumat fasal ibusawat dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah aku semakin dapat sesuai diri kat bahagian NI ni. :) (tapi kadang-kadang teringat juga kat akak-akak dan abang-abang kat planner :'( ) Assalamualaikum. 

    *p/s : kat sini susah la nak dapat sehari untuk pakai baju kurung.. huhu.


    Blog Reviewing by Haruno Hana

    segmen kedua aku hari ni.entah apa mood aku tah rajin join segmen hari. ok. thank to SoL sebab tag yeah.
    sekali sekala, ok juga kalau Kay Jue Blog di review. hehe.. 
    aku mau tag.. 


    ok.that's all... assalamualaikum. 

    BEN ASHAARI AJAK KORANG KRITIK BLOG AKU

    Assalamualaikum. kali ketiga aku join segmen ni. 

    aku nak blog aku diktitk sebab aku rasa macam ada yang tak kena la dengan kay jue blog ni. tapi tak tau apa. so apa pandangan korang? silalah  kritik :) 

    "Kritikan anda kebanggaan Cik Kay Jue"


    Isnin, 5 Mac 2012

    Bab 3 : Granite System, siap!

    Assalamualaikum. huh.. Syukur Alhamdulillah siap juga report aku , bab Granite System ni. jenuh juga la nak habiskan satu bab.. dapat la dalam 37 muka surat semuanya. Aku buat sendiri weh! No copy paste tau! Cuma konsep dan format je rujuk senior punya report. Berminggu kerah otak, dengan segala bahan yang aku dapat selama 2 bulan lebih di bahagian Details Planning. Ianya banyak membantu.

     Puas rasanya. Hehehe.. (ele baru satu bab.. ada ber bab-bab lagi tak buat :P)
    Setelah seminggu lebih di bahagian NI ni , aku dapati memang aku tak de kerja dan tak diberi kerja di sana .Jadi.. dengan ini aku ishtiharkan sebulan di bahagian NI adalaha bulan buat report sampai lebam!  Hm.. ok juga kan? Hehe..  nanti tak de la terkejar-kejar buat kerja last minute. Ini la nama nyer tak de kerja buat kerja yang ada. Hehe.. :)

    Ok esok aku nak start buat bab OCTiS System pula. Hehehe.... :D