Assalamualaikum. Start je hari jumaat minggu lepas, balik je dari tadika, ckj dijangkiti demam. huh.. Punca demam sebab tekak sakit. Adeh.. baru
empat hari keje kot. Sampai demam-demam aku. hahaha. Lawak la.
Ckj ni
pendiam orangnya. Orang pendiam ni dia dalam sehari berapa puluh patah perkataan sangat ar yang kuar dari mulut dia. Sekali bila ckj jadi cikgu ni. Cikgu Tadika pula tu. Tak sah la kan kalau tak keluarkan suara. Memekik. adeh.. Mungkin inilah sebabnya ckj sakit tekak.
Nasib baik ckj demam teruk hari Sabtu, hari Ahad da sembuh, Alhamdulillah. Serius tekak luka. Ada darah beku. adeh.. Insya Allah lepas ni ok la kot. Mungkin cik tekak tak biasa lagi. Tak pe akan dilatih supaya ia tak luka lagi ya.. hehehe..
Fasal murid-murid a.k.a budak-budak comel dan kecik. Hari kedua, ckj kena handle 3 kelas. (memang ada 3 kelas je pun kat tadika tu.) Perrrggh! ckj rasa sangat teruk! mesti mereka tak faham apa yang ckj cuba ajar dan sampaikan. Teknik tu tak de. Ke laut. lebih kurang macam tu la.
Bagi murid yang 4 tahun. Serius memang lasak. Lepas dorang da siap kerja, dorang main. Ada yang jenis sepahkan pensel, ada yang baring bawah kerusi, ada yang keluar masuk kelas dan macam-macam kerenah la! adeh.. nasib baik ckj ni muda lagi.
Sweet moment hari kedua ni, masa nak balik ada sorang murid kata kat ckj "bye teacher jue" (jue hanya nama maya) ohh.. so sweet.. walaupun ckj hari ni so sweat! hahahaa..
Alright sampai sini dulu. Nanti ckj share lagi. ^^