Selasa, 26 Ogos 2014

Giat

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share atau lebih kepada mengimbau kembali kenangan / apa yang berlaku sepanjang 7 bulan ckj menyepi.
 
Lepas je habis poli haritu ckj apply giatmara. Sebenarnya memang dah lama dah ckj nak masuk giatmara. Tapi asyik tertangguh je. Sementara tunggu respon daripada giatmara tu ckj kerja part time sebagai guru tadika selama 4 bulan. Alhamdulillah awal bulan januari ckj dapat surat temuduga. Alhamdulillah ckj diterima masuk untuk kos teknologi sistem komputer selama 6 bulan.

 
Macam biasalah seminggu yang pertama tu ada orentasi, kat giat ni dorang panggil para pelajar sebagai pelatih dan tenaga pengajar sebagai cikgu. Masa batch ckj yang paling berumur dalam 40 tahun dan yang paling muda 16 tahun. Oh ya lupa nak bagitau ckj belajar kat giatmara di Perak.

Dipendekkan cerita, dengan tak disangka-sangka masa hari pelantikan jawatankuasa ahli perwakilan pelatih nama ckj dicalonkan oleh salah seorang pelatih dalam dewan tu. Ckj ingat lagi ckj dicalonkan oleh  Juju dari kos confectionary bakery and pastry. Terkejut ckj masa tu. Iye la dengan tak semena-mena nama tercalon di satu tempat yang baru dan kita baru je kenal orang-orang kat situ.
Oklah ckj sambung nanti ea. Hehehe..


*kalau korang la berada ditempat ckj apa yang korang rasa? 

1 ulasan :

  1. Salam CKJ..
    selamat kembali ke dunia blog.ehe..
    kalau ada yang mencalonkan, itu tandanya CKJ ada ciri-ciri kepimpinan
    kadang kita sendiri tidak sedar, tapi orang sekeliling yang akan nampak

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)