Khamis, 28 Jun 2012

Sleepwalking

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi cerita fasal mengigau. Bukan cerita dari ckj.. tapi cerita atas, cerita atas cerita. hehehe Faham tak? Macam ni, setiap hari waktu pagi mak ckj biasa dengan radio Sinar.fm. Topik pagi tadi dorang berkisarkan tentang mengigau.Mak ckj cerita kat ckj apa yang dia dengar kat radio. Cerita pengalaman mengigau sambil berjalan dari pendengar radio yang berkongsi ceritanya dalam topik pagi tadi. 
Ceritanya begini. Dia ada seorang kakak yang ada habit ni. Tiap kali tidur, bila jam menunjukkan pukul 3 pagi kakak dia akan start mengigau. Berjalan keluar rumah. Pada kebiasaannya si adik ni akan tidur di rumah tamu untuk menghalang kakaknya dari keluar rumah tanpa sedar. Entah macam mana satu hari tu si adik ni tak perasan yang kakaknya da keluar rumah dalam keadaan yang tidak sedar..(mengigau sambil berjalan)  apabila melihat pintu rumah da terbuka. Lalu terdengar bunyi dentuman yang kuat di luar. Bunyi dentuman tu adalah bunyi kereta yang langgar kakak dia yang tengah mengigau sambil berjalan tu. Yang menyedihkan, kereta tu langgar lari.  Kakak dia meninggal kat situ jam 3 pagi. 

Lebih kurang macam tu la ceritanya..Meninggal dalam mengigau..  huh.. bahaya betul la mengigau sambil berjalan ni. Setakat ni ckj tak pernah lagi jumpa orang yang mengigau sambil jalan. Kalau mengigau sambil bercakap ada la. 

*p/s : mimpi dengan mengigau tak sama ea?

Spontaneous Thursday*31

Aku suka O...li...go.. oh oh... 
kau?

Rabu, 27 Jun 2012

Yeah aku boleh BlogWalking dengan aman..

Assalamualaikum. Alright mula-mula sekali ckj mau tanya korang semua. Terutamanya korang yang letak  shoutbox kat blog korang. Korang selalu tak 'ter'klik link iklan yang di tinggalkan oleh mereka yang sengaja letakkan link iklan tu sebagai link nama mereka? 

Ckj perasaan dah ramai  blogger yang buat entry fasal ni. Ada juga yang siap tulis peringatan kat atas shoutbox mereka. Ckj sebenarnya dah lama da nak meletup naik marah fasal hal ni. Tapi ckj malas nak ambil port buat entry. huh.. Apa yang ckj nak kongsi di sini ialah..

Masa ckj dalam proses mengedit design Kay Jue Blog ni.. Ckj ubah warna shoutbox Kay Jue Blog sekali. Ckj terjumpa cara untuk block link iklan tu daripada di publish dalam shoutbox Kay Jue Blog. Ckj guna busuk.org punya shoutbox. Jadi bila mereka-mereka ni masukkan link iklan mereka di shoutbox ckj, akan keluar macam ni..
Korang pun boleh buat macam ni. Cuma kena cari kat setting korang punya shoutbox. Ckj tak pasti sama ada kat shoutbox lain ada ke tidak benda ni. Sejak ckj da block link iklan ni aman sikit ckj nak blogwalking. Tak de da nak panas-panas hati bila terklik link ni. Tak de da nak juling-juling mata tengok nama link kat penjuru bawah window. >____< 

*p/s : kalau nak earning naik pun, apa salahnye beritahu kat tuan punya blog untuk klik link iklan anda. Tak de siapa pun nak marah. Kan? 

Hari tanpa perkataan.. *31

Selasa, 26 Jun 2012

Ajal Datang Menjemput di Malam Perkahwinannya

Assalamualaikum. Ckj buka facebook tadi. terjumpa kisah ini. May be ada yang dah pernah baca. Tapi tak pe la sekadar berkongsi. 

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air." 
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."

Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!” 

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir! Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya!

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Lega, Tersenyum, dan hm.. ok

Syukur Alhamdulillah. Segala kesibukkan aku yang datang secara tiba-tiba tu, Akhirnya dapat diselesaikan dengan tenang tanpa kelam kabut. Inilah nikmatnya bila kita buat kerja First minute. bukan Last minute. >_<  Syukur kepada Allah s.w.t kerana mempermudahkan segala urusan aku. >_<

Pada 22 hingga 24 Jun lepas aku diberi perlepasan  oleh parents aku untuk pergi ke rumah Cik Payung, best friend aku di  Melaka. >_<  Rasa macam tak percaya je parents aku benarkan aku ke sana seorang.  Aku bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) jam 3 petang. Aku naik bas Transnasional. 
Selama 3 hari 2 malam aku kat rumah Cik Payung. Rasa macam mimpi je weh. 
Aku rasa.. bila aku da makin dewasa ni, kawan-kawan masa aku sekolah dulu banyak yang aku dah lost contact. Walaupun aku dengan dorang duduk dalam kawasan perumahan yang sama. Entah kenapa boleh jadi macam ni. huh.. May be masing-masing sibuk mengejar cita-cita di menara ganding kan? >_< 
Thanks sebab sudi meluangkan masa untuk baca entry ni. Assalamualaikum.

*p/s : maaf entry ni hanya luahan hati ckj huhu.. 

Ahad, 24 Jun 2012

Makin Kurang

Assalamualaikum . huh.. penat ckj tak hilang lagi ni. Pada 22 hingga 24 Jun yang lepas.. ckj ke Melaka. Saje je bermalam di rumah Cik Payung. huh.. tak sempat ckj nak update blog sebab 2, 3 hari sebelum ckj berangkat ke sana ckj sibuk print out dan file kan report praktikal ckj.
Makin lama makin kurang la nampaknya ckj akan update blog, mengikut kesempatan masa yang ada. =) Iya la da sampai masa anak-anak semut sekalian kembali ke sarang nyer.. hehehe.. huh? faham ka? Maksud ckj semua pelajar-pelajar IPT da nak kembali ke pusat pengajian masing-masing menyambung pengajian. (ayat skema hadui... hahaha)

Ok lah ckj mau rehat dulu. Thanks for reading. >__<  dan selamat membuat persediaan untuk kembali ke sarang  ya semut-semut. hehehe.. 
uih.. bestnyer baring...

Khamis, 21 Jun 2012

Spontaneous Thursday*30


Kesibukan melandaku bagaikan tsunami yang melanda... dush! amek kau..secara tiba-tiba tanpa pembuka kata.. huhu..

Selasa, 19 Jun 2012

Ahad, 17 Jun 2012

Tak payah ikut sangat la.. bukan betul pun.

Situasi 1 : Kemarin yang lepas-lepas (ckj tak ingat pula bila huhu).. Tiba-tiba datang pula mood mau masak try masak sesuatu  hehehe :P.  Ckj masak ikut resepi step by step. Tetiba ckj rasa kurang yakin sebab sukatan yang digunakan tu macam tak balance dengan bahan yang ckj ada. Ckj pun tnya mak ckj.

Ckj : Ni kicap ni betul ke letak satu cawan? Banyaknyer...
Mak : Tak payah ikut sangat resepi tu. agak2 je. Mungkin saiz bahan kita tu tak sama macam resepi tu.
Akhirnya , masakkan ckj masin sebab terbanyak letak kicap. huhu. Ckj cuma ikut macam step yang resepi tu nyatakan. 

Situasi 2 : Pagi tadi. Nak keluar ni bawa map tu. Kang senang. huh.. Selama ni kalau kiteorang keluar tak pernah pula Ayah ckj suruh bawa map. Entah kenapa la pagi tadi ayah ckj suruh bawa.
Akhirnya.. Map tadi tu diletakkan kat dashboard kereta je. Sebab kat map tulis belok ke kiri kat signboard tulis belok kanan.. huh? mana betul? of cause la yang kat signboard tu betul kan? hehehe..

Assalamualaikum.

*p/s : Bukan semua perkara boleh dirujuk. Kadang-kadang kita kena belajar dari perkara yang kita tak tahu. Betul tak? 
*maaf la sendainya entry ni tidak mencapai mesej yang hendak disampaikan. 

Sabtu, 16 Jun 2012

Apa nak jadi ni..

Assalamualaikum. Hari ni ckj ke Ibu Negara. (rasa macam lain sikit bunyinya bila tulis Ibu Negara kan? :P) Macam -macam perkara yang ckj nampak , perhati dan fikir dalam-dalam. 
Ckj rasa sedih sangat bila tengok ada perempuan yang hisap rokok. huhu. Muka dorang da lawa da. Umur muda lagi. Tapi di tangan ada sepatang rokok dan mulut keluar asap. huhu. Rokok tu bahaya sangat untuk dorang lagi-lagi perempuan tu akan mengandung. huh... Ckj ada juga terdengar, mereka hisap rokok sebab nak kurus.. sebab tu je ke? Banyak cara lain lagi yang boleh kita buat selain daripada merokok. kan? Bagi ckj orang kurus sebab rokok adalah kurus sebab badan dia da lemah. Kurus sebab sakit. huh..

Ckj ternampak ada seorang perempuan ni jalan dengan buayafren. Bebas betul pergaulan remaja sekarang ni. Dah tau awak tu pakai tudung, yang pi bagi lelaki pegang perut awak buat apa?! Astagfirullah al azim...  Di depan umum pula tu. Ckj yang malu  tengok mereka. Lagi-lagi mereka yang bertudung. huh.. Tak tau la apa nak jadi remaja sekarang ni. Risau ckj dengan kemurkaaan Allah. :'(
*p/s : sedih la dengan apa yang tengah berlaku sekarang ni. Betul apa yang tertulis di dalam Al Quran. :'(

Jumaat, 15 Jun 2012

Champions

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share muzik video la. hehehe. Suka pula ckj dengar lagu ni. First time dengar masa praktikal hari tu. Ada staf tu pakai lagu ni untuk buat presentation video. 
Best lagu ni. Bersemangat gitu. hehe.

Selasa, 12 Jun 2012

Gadgets...

Assalamualaikum. hah... tengok pic kat atas ni.. semuanya gadget kan? boleh dikatakan tiap-tiap hari mesti ada gadget yang dicipta. Tak kisah la gadget tu berupa handphone, laptop, camera, dan macam-macam lagi la. Tak terkejar ckj mau dapatkan semua gadget ni. Tapi dalam hati mau memilikinya. ha.. macam mana tu. Berangan je la... 
Selagi pulus tak de selagi tu aku berangan. hehehe. Selagi barang-barangan gadget yang ckj ada tak rosak. Selagi tu ckj akan pakai barang tu sampai la da tak nampak rupa asal barang tu. Korang pun macam tu kan? 
Orang lain dah puas da pakai blackberry. Ckj baru dapat merasa pakai blackberry. Itu pun bukannya blackberry original. Tapi Blueberry. huh... Jadi la.. Kalau bukan sebab handphone ckj yang 3 sekupang tu rosak tak de maknanya nak tukar phone. Yang penting orang boleh contact kita jadi la. betul tak?
Sekarang ni tengah musim Ipad, galaxy tab dan yang seumpa dengannya. Teringat ckj kata-kata sepupu ckj "Hari ni aku baru beli mp4 esok tengok-tengok da keluar mp5.. adeh... " hehehe...  Ikut mana yang mampu je la. Kalau rasa benda tu penting beli la.. Kalau ckj ada duit sendiri... hui.... korang sendiri pun mesti fikir apa yang ckj fikir.. hehehe..

*p/s : Jadi apa pendapat korang fasal gadget yang makin hari makin hebat dan canggih?

Yeah! lega...

Assalamualaikum. Pertama-tama sekali syukur alhamdulillah.. berjaya. Ceritanya begini.

Ckj buka website poli ckj tadi. Check tarikh untuk masuk poli dan daftar online. Result asrama da keluar da. Alhamdulillah ckj dapat asrama lagi untuk semester kali ni. Kawan-kawan sekelas ckj hanya 4 orang je yang dapat asrama. Syukur sangat ckj tersenarai daripada salah seorang daripada 4 orang tu. =) 
Ckj gembira + lega sangat. Sebab berhari juga la ckj tunggu result asrama tu keluar. Bukan ckj tak mau duduk di luar kawasan poli. Tapi banyak perkara yang perlu ckj fikirkan kalau nak duduk rumah sewa. Ckj da la tak pinjam PTPTN. Dapat asrama ni, kira dapat la mengurangkan kos perbelanjaan ckj sepanjang pengajian. =) lagipun duduk rumah sewa ni banyak keluar duit dan agak bahayalah bagi ckj. huhu. 

Mudah-mudahan semester depan pun ckj still dapat stay duduk di asrama. Biarlah banyak aktiviti sekali pun yang penting ckj rasa lebih selamat berada di kawasan poli. =)

*p/s : maaf la kalau ada yang kurang setuju dengan apa yang ckj nyatakan dalam entry ni. Ianya hanya sekadar pendapat dan perkongsian dari ckj. Thanks. >_____<
* saya adalah salah seorang Pelajar Politeknik. =)

Isnin, 11 Jun 2012

matemetik

Assalamualaikum. ada sesiapa yang suka matematik? ke ramai yang jadikan matematik ni subjek yang paling dibenci? macam ni..
Ckj suka sangat math. Tapi kurang suka Add math. hehehe. Best tau math ni. Nak tau tak apa kaitannya dengan LOVE? hehe may be ramai yang dah tau... tapi tak pe la untuk koleksi menarik di Kay Jue Blog. tengok ni..

acam best tak? hehehehe.. nak lagi bestkan ce search bende ni kat google search

(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2) from -4.5 to 4.5

korang jumpa tak? hehehe.. 
info dari : Coklat Susu

Bagi yang suka math kan ckj nak tanya ni... korang nak tak pakai jam yang macam ni..

*p/s : maaf entry ni banyak gambar. Menarik pula rasa. itu yang ckj share. :) Thanks ea sebab sudi baca dan tengok gambar2 ni.. =)

frost

Di suatu petang yang panas terik. Sekitar tahun 1998-2000 peristiwa ini berlaku. 

huh.. penat betul bila da habis main masak-masak dengan kawan ni. Dahaga la.. hm... 
Aku pun pergi ke dapur buka peti ais. Aku tengok dan aku perhati satu-satu bahagian peti ais tu mencari air sejuk. Namun tak kelihatan. huhu. Aku pun buka kat bahagian frost. Alar kalau peti ais lamakan ada bahagian ais tu.. Masa tu peti ais kat rumah aku lebih kurang macam ni..
Warna pun sama hijau macam ni. Rendah je.Peti ais sekarang tinggi dan besar kan? hehe. 

Alright sambung balik cerita. Aku tenung je frost peti ais yang di saluti ais tu.. tetiba-tiba aku dapat satu idea. nak tau tak apa aku buat? hehe.. Aku jilat frost tu. Nak rasa ais dia. sejuk weh! best. Mana tak nyer masa tu frost peti tu tembal macam ni..
uih... sedapnyer.. aku pun leka kat situ sampai menjengkekkan kaki aku untuk jilat ais yang ada kat frost tu. Jilat punya jilat, tiba-tiba lidah aku macam kena tarik oleh frost tu. Alamak lidah aku da melekat kat peti ais.. huhuhuhu.. jenuh aku tarik lidah aku. Tapi tak berjaya. Aku pula masa tu takut nak tarik kuat sangat. Kang tak fasal-fasal putus lidah aku. Aku dah nak nangis da masa ni.

Aku pun menjerit.. tak lama lepas tu mak aku datang tolong. Istighfar panjang mak aku. Terkejut tengok aku. huhu. "kau ni tak de kerja lain ke. Yang pi jilat forst tu buat apa!" Aku pun pergi dari situ macam tak de apa yang berlaku. hahaha.

Terima Kasih sangat-sangat kat mak aku. Kalau tak mesti aku dah tak de lidah da sekarang. Bila aku kenang-kenangkan balik klakar la.. adeh... boleh pula macam tu.. hehehehe.. biasa la masa tu umur aku baru berapa tahun.. kalau tak silap dalam 6-8 tahun macam tu. haha. Thanks sebab sudi baca. Assalamualaikum.

*p/s : korang ada tak kenangan dengan peti ais macam aku? hehehe.. meh la share. 

Ahad, 10 Jun 2012

Rumah dia kat pokok sana nun..

Assalamualaikum. Cerita fasal ckj ke luar negeri tu tak habis lagi tau. hehehe. ini la intipati entry hari ni. 

Masa ckj di kampung hari tu. Di halaman rumah nenek. Ada sarang burung kat pokok bunga depan rumah nenek ckj. Tak sangka ada burung buat sarang kat pokok yang rendah. Mak ckj la yang perasan ada sarang burung kat pokok bunga tu. Ckj pun apa lagi capture-capture the pic ar.. haha..(broken english) 
bapaku pictures phone
Ckj takut nak capture dekat-dekat sangat. Kang tak fasal-fasal mak burung tu datang, terus serang ckj. huhu. jap-jap ckj zoom lagi.
bapaku pictures phone
huhu.. tak berapa nampak sangat la.. yang ckj bulatkan tu muncung anak burung tu tunggu mak dia bawa ulat kat dia. hehehe.

Maaf la ckj first time tengok sarang burung yang real depan-depan mata. Tu yang macam budak jakon tu. hehe. Serius ckj tak sangka kat pokok yang rendah, yang boleh kita capai pun ada burung buat sarang kat situ.

*p/s : Kredit to my dad sebab pinjamkan handphone beliau untuk ckj ambil gambar ni. hehehe..
 maaf la kalau entry ni entah apa-apa. cuma kejakunan ckj melihat sarang burung yang ada anak burung di dalam nya.. huhu..

Sabtu, 9 Jun 2012

Eksesori kepala

Assalamualaikum. Untuk entry kali ni ckj mau share sesuatu yang menarik. Ckj jumpa masa tengah blogwalking.  

Eksesori kepala Siti Nurhaliza masa Malam Mania. Katanya di twitter "ni hasil kreativiti last minit masa MANIA..pembalut coklat pun jadi eksesori kepala..huhuhu"
Kalau Siti tak cakap memang takkan perasan la yang itu hanya pembalut coklat je. Sebab benda tu nampak macam barang berkualiti! Siti boleh jadi contoh sebagai artis yang so down to earth. Suka dengan sikap Siti yang tak cerewet dan memahami situasi.


Kalau tak silap ckj, Siti Nurhaliza ni banyak recycle baju-baju lama yang da diubah suai oleh adik ipar dia or kakak ipar dia kalau tak siap. ckj tak sure.Ubah suai sikit nampak la macam moden. Memang kreatif kan?

info dari : jennykaleyn

*p/s : Kita pun boleh buat macam ni. Sambil-sambil recycle boleh berjimat kan? 

Siap semuanya untuk kamu :)

Assalamualaikum. huh.. Akhirnya berjaya juga ckj upload sticker-sticker request korang semua. Thanks ea kepada mereka yang sudi bagi request hari tu >_< dengan request korang tu, sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan kebosanan ckj semasa di luar negeri  tempoh hari. Thanks a lot yeah! >_<

Ini dia sticker-stickernya.. >_<



Terima Kasih sekali lagi. >_<

*p/s : request untuk sticker tu ckj tak tutup lagi siapa nak boleh klik sini >_<
may be ini acara siapa nak yang terakhir ckj buat. >_<

Jumaat, 8 Jun 2012

Baik Punyer!

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah sampai juga aku di Kuala Lumpur hari. 
Alright. Dek kerna line internet kat kampung aku langsung tak memberikan respon yang baik, aku postpone entry aku hari ni. Tak salah kan?

6/6/2012 rabu aku, mak dan mak cik aku bersiar-siar ke Kampung Gajah. Dah alang-alang sampai tu, singgah la kat pasar Kampung Gajah. Beli ikan haruan dan jagung.

Klakar pula aku tengok gelagat mak cik yang jual jagung tu dengan sorang pelanggan ni.
googlepunyagambar.com
Penjual jagung :  Sayang.. jagung sayang.. 4 tongkol RM 5.00 sayang.. 
Aku dan mak : Senyum sambil tengok pelanggan yang di sapa oleh penjual jagung tu.
Pelanggan : Kalau sayang bagi la free satu sayang..
Penjual  jagung : huh... tak boleh la sayang ni pun da cukup murah baru je petik dari pokok pagi tadi..

Aku , mak dan mak cik pun berlalu dari situ sambil senyum menahan ketawa dengan situasi yang berlaku. Hahahaha.. Macam-macam hal. =P

googlepunyagambar.com
Jadi, untuk hari tu kami sekeluarga makan ikan Haruan yang baru je mati dalam 2 atau 3 jam yang lalu. Dan jagung yang baru je di petik pagi tadi. Ikan tu mak aku buat ikan bakar haruan dan ikan haruan masak tempoyak. Fuh ! Sedapnya! Memang lain la rasanya makan benda fresh dengan makan benda yang da beberapa hari ada kat pasar. Jagung pula, mak aku buat jagung rebus dan bubur jagung pada petangnya. Lemak je rasa bubur tu. Jagung tu isinya gemuk-gemuk  je. Memang puas hati la beli. Ini baru baik punyer kan?

*p/s : sesekali dapat makan makanan yang fresh, terasa betapa nikmat hasil alam tu kan?

Segmen saya nak Doodle FREE dari Nieza!

Assalamualaikum.hehe. Tetiba pula terasa mau join segmen hehe. 

saya nak doodle free dari Nieza sebab :-

ckj suka benda yang comel lagi-lagi bercirikan islamik.  >_<

ckj baru je belajar buat doodle jadi nak jadikan doodle nieza ni sebagai contoh. boleh?

Nak buat koleksi. hehe.

Siapa-siapa yang terbaca entry ni, rasa mau join klik banner tu ea. >_<

ok da~~ 

Selasa, 5 Jun 2012

Suasana hijau

Assalamualaikum. yeay! ada line internet.. hehehehe...  gumbira rasanya tak terluah hahaha. Alright.sekarang ckj tgh buat sticker ketiga. Dua sticker da siap.. siapa la yang empunya sticker tu ea? hehehe.

Adeh... Panasnyer kat sini... Melampau-melampau panasnya. Cuaca kat sini lain sikit la dengan cuaca kat Kuala Lumpur. Duduk kat dalam rumah rasa macam duduk kat tempat mandi wap. huhu. Tapi waktu malam best. Sejuk sebab banyak pokok-pokok. =) 
gambar hiasan :P
Kat kampung ni juga tak macam kat KL tu. Udara kat sini segar-bugar. Oksigen daripada pokok-pokok hijau pun banyak . Suasana tenang je.. tapi bosan sikit. huhu. Dalam pada tu juga ckj rasa bersyukur sangat-sangat sebab kat Malaysia ni masih ada tumbuh-tumbuhan hijau dan masih ada kampung-kampung. Ckj sedih tengok ada kawasan-kawasan yang da gondol sebab nak wujudkan pembangunan. huh..  

*p/s : dunia makin maju, Bumi makin kehausan. :'(
*rasa macam buat karangan sayangilah bumi kita pula.. hehehe...

Isnin, 4 Jun 2012

Aku ke luar negeri lagi..

Assalamualaikum. huh.. kejap lagi aku da nak gerak ke luar negeri lagi. hehehe. Kali ni aku ke Perak pula. Parents aku la pagi tadi teitba je mengejut beri tau mau balik kampung lepas zohor ni. Adeh.. kelam- kabut aku paking barang semua. huhu. 

Aku tak tau la kat sana ada line internet ke tak. Kalau tak de rasanya Kay Jue Blog ni akan terbiar seketika la nampaknya. huhu. harap-harap ada la line kan?  Aku minta maaf sangat pada yang request sticker tu aku send lambat sikit ea kalau line internet tak de kat sana. huhu..

Ok lah korang aku ni pun curi-curi post entry ni..hehehe.  Doakan aku selamat sampai dan selamat balik. adios...

Ahad, 3 Jun 2012

Jalan ceritanya yang penting.

Assalamualaikum. Korang pernah tengok tak cerita karton ni? hehe. 

First impression ckj bila tengok cerita ni , ckj tengok dia punya lukisan karton tu. Nampak macam cincai je. huhu. Macam pelukis dia main lukis bersaje. Asal ada rupa mak. anak. dan ayah siap karton. Tapi itulah.. ckj suka tengok cerita karton ni sebab ckj suka jalan cerita dia. Santai. Klakar. Walaupun rupa karton tu macam ala-kadar je pelukis dia lukis. betul tak? lagi-lagi mak dia. hehe. 

Macam tu juga dengan blog kan? nampak tak masud tersirat yang boleh kita kaitkan? cara penyampaian dan cerita entry yang penting dalam sesuatu blog tu. Tengoklah blog-blog popular mereka ada pembaca setia yang tersendiri. Tengok la dorang punya blog macam mana. Kebanyakannya yang ckj jumpa design biasa je. Bahagian entry tu yang hebat. huh.. ckj pun tak mampu lagi nak jadi macam mereka. =) 

Satu lagi maksud tersirat yang ckj nampak berdasarkan cerita karton atashini ni. hehe. Kadang-kadang orang tu kita nampak macam low profile. Dia pun memang berperwatakkan macam orang emo je. Padahal di satu sudut lain dialah orang yang serba tau tentang hal yang kita tak tau dan dia orang yang hebat sebenarnya. Ckj pernah jumpa orang yang macam ni.  =)
*p/s : Biarlah biasa je di luaran asalkan luar biasa pada dalaman. >_<

Siapa Nak...

Assalamualaikum. Seperti yang pernah ckj beritahu di entry bulan april yang lalu, ckj akan buat acara ni sekali lagi. So da tiba masanya. :) huh.. lamanya tak buat sticker. Jadi ckj nak buatkan sticker free untuk korang kalau ada yang sudi tinggalkan request korang kat bahagian komen entry ni. Cuma tulis korang punya request macam ni :

1. warna ( kalau boleh bagi code warna)
2. bentuk
3. nak tulis apa kat sticker tu
4. contact korang (email/ fb atau apa2 yang berkaitan)
5.nak letak karton apa dekat sticker tu. lagi cun kalau korang ada link/ contoh karton tu. =)

Harap ada yang sudi tinggalkan request >_<. Kali ni ckj akan limitkan sampai.. urm.. tengok la takat mana ckj nak. hehe.. akan di beritahu kemudian.. :)

*NEW UPDATE 15 JUN 2012 REQUEST TAMMAT*
THANKS U ALL >_<


Sabtu, 2 Jun 2012

Simple tapi Sweet la!

Assalamualaikum. huh.. Penat betul berjalan ke luar negeri. hehe. Aku baru je balik dari Melaka dan Negeri Sembilan. Baru sampai Kuala Lumpur jam 5 petang tadi. Wah-wah bila aku nyatakan nama negeri tu macam jauh sangat je kan? hehe.. Pada hal tak la jauh mana pun. Sebelah menyebelah je kan? saje-saje suke kata AKU PERGI LUAR NEGERI. :P
Alright. Tetiba pula aku teringat kat satu lagu yang sweet. Kalau tak silap aku la kan, hanya mereka yang pernah join  Kem PLKN Tawau, Sabah je kot yang tau lagu ni. Tak pun semua yang join PLKN. Tak pun siapa-siapalah je la yang memang tau lagu ni. hehehe.. :P

Ingat, ingat itu Remember...
Jangan lupa itu Don't forget..
Saya sayang, kamu! I love you!
Hanya engkau Only you...

Lagu yang simple tapi Sweet la. >_< Rasa sedih dan sayang kat budak-budak PLKN Tawau lagi berganda masa kiteorang nyanyi lagu ni pada malam terakhir kem. huhu. Rindu sangat masa tu. hehe.

*p/s : sorry la kualiti lagu very-very the low...(haha broken english) dan entah apa-apa tapi nak share juga tak pe kan? >_<

Jumaat, 1 Jun 2012

Masa Lalu, Masa Depan, dan Hari Ini...

Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tengelamlah seperti mataharimu.Aku tidak akan pernah menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi.
Wahai  masa depan engkau masih dalam keghaiban! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khalayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.

Hari ini milik anda, adalah ungkapan yang paling indah dalam 'kamus kebahagian', kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan. =)

-La Tah zan-