Khamis, 31 Mei 2012

Dalam kesibukkanku sempat Bershopping

Assalamualaikum. First sekali ckj bersyukur sangat-sangat. Report ckj da berjaya juga ckj siapkan untuk bab terakhir tu. hehe. So sekarang tinggal nak edit dia punya muka surat dan lain-lain yang berkaitan. Alhamdulillah. Thanks yeah korang yang ada bagi tips macam mana nak buat bila da buntu. >_< Jadi untuk dua tiga hari sebelum ni ckj agak busy la sikit sebab menyiapkan report tu. Sebab tu ckj juz sempat post entry je. tak sempat mau blogwalking. hehe. 
Alhamdulillah hari ni baru lapang.  :) hehe. 

Dalam sibuk-sibuk ckj menyiapkan report, ckj sempat lagi online shopping. hehe. Ckj beli sarung tangan dari blog Hijab For Muslimah  dan beli key pouch dari blog Bear  Bear. Dua-dua barang sampai minggu ni. 

Ni la dia sarung tangan tu atau orang panggil handsock ea? 
Ni pula key pouch tu. ckj tempah designnyer.. comel kan? hehe..
Itulah al kisahnya. Buat report sampai online shopping. Ckj pandai shopping online ni masa first time beli pencil case felt tu. Kali ni ckj puas hati dengan key pouch tu dan report ckj yang tinggal lagi 15 % siap. >_<

Spontaneous Thursday*28

Selasa, 29 Mei 2012

Solat Sambil Mendukung Bayi

Assalamualaikum. Ckj terjumpa cara ni di facebook page  Mencari Redha Ilahi. Baru ckj tau ada cara solat yang begini untuk memudahkan semua ibu mengalami masalah susah hendak solat bila anak asyik memerap/menangis. 
Agama Islam memberikan kemudahan yang dibolehkan Syarak untuk ibu dan bapa. Syukur, betapa indahnya agama Islam ni. kan? >_<

Isnin, 28 Mei 2012

macam-macam hal

Assalamualaikum. huh... penat betul la.. ckj baru je  balik dari Melaka beberapa jam yang lalu. Ckj temankan mak ckj hantarkan DlaDola mendaftar. DlaDola dapat tawaran sambung belajar di Matrikulasi Melaka. hu.. Ramai betul orang. Jenuh berdiri menunggu. Proses pendaftaran jadi lambat sebab ada sesetengah orang yang suka buat kerja last minute. Data itu tak cukup. Data ini tak cukup. Ada yang tak bayar yuran lagi pun ada. adeh... apa la dorang ni. Yuran bukan sepatutnya bayar bank in ke? huhu.. macam-macam hal.
Syukur Alhamdulillah segala-galanya da berakhir / settle tadi. Ckj mau rehat dulu ea. penat. insya Allah esok ckj reply komen-komen korang dan kunjungan korang. :) 


Ahad, 27 Mei 2012

Makan Nasi beralaskan kuali

Assalamualaikum. Alright. Kisahnya begini. Siang tadi aku teman kawan aku pergi KLCC. Ambil contoh report daripada senior. Sampai je kite orang kat KLCC, senior tu text kat kawan aku kata dia tak jadi datang. adeh... ada ke patut baru beritahu sekarang? ni da kira kes menyusahkan kami. huhu. Apa boleh buat.huh.. Dah alang-alang da kat KLCC ni, kawan aku pun ajak la aku pergi makan. 

Kiteorang pergi makan kat food court. Aku first time makan nasi dalam kuali. Tak de ar kuali yang besar tu. Kuali yang sama saiz macam pinggan makan korang tu. May be ada yang da pernah makan, it's ok. Aku newbies untuk tu. hahaha. huh? tak percaya ea? tengok ni..

Maaf la aku da gaul nasi tu dengan lauk baru teringat nak capture picture. huhu.  Aku makan Black Pepper Chicken. Hehehe rasa macam pelik pun ada. Macam sambil masak kita makan. haha. 

*p/s : korang pernah makan macam ni tak? 

Sabtu, 26 Mei 2012

Kebuntuan...

Syukur alhamdulillah tadi aku berjaya juga complete kan satu bab untuk report aku. Sekarang tinggal satu bab je lagi. huh... chaiyok! >_< adeh.. kat mana pula aku nak gali isi untuk bab terakhir ni. huhu...buntu-buntu. 
Aku nak tanya korang ni. kalau korang buntukan, apa yang korang buat? kasi la tips sikit dengan aku. mana tau dengan pendapat korang tu sikit sebanyak dapat bantu aku.. :)  harap ada la yang sudi nyata pendapat. Assalamualaikum. >___<


*p/s : untuk korang yang baru habis praktikal macam aku ni, apa ceita pula dengan korang punya report? da siap? 

Jumaat, 25 Mei 2012

My Id Card..

Assalamualaikum. huhu.. ini pun kira entry terlupa nak view.. huhu.. beberapa minggu yang lepas ckj ada join lebih kurang macam segmen kot. Kat fb. Group We Love Art. kalau korang nak join group tu boleh klik sini. best. Reka ID card sendiri.  Ini dia ID card yang ckj reka..
huhu serius! ckj punya paling tak lawa. Mereka-mereka punya semua hebat! timbul pula rasa malu nak post arts ckj kat group tu. Ckj suka lepak kat group ni bila on fb. :) best.. dapat tengok atrs mereka yang otai arts.. :)

Bayi Lahir Bersama Senaskah Al-Quran kecil

Assalamualaikum. Banyak pula info yang menarik yang ckj jumpa masa blogwalking semalam. Ok ckj kongsikan hari ni. ckj terjumpa info ni di blog Hacker iaitu pemilik blog terowonginformasi.blogspot.com. 
Seorang ibu melahirkan bayinya bersama sebuah Al-Quran kecil. Bayi ini yang bernama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo adalah pemberian oleh ulama yang dikenali Ustaz Adbul Rahman.

Bayi ini telah dilahirkan pada 7 Mei 2012, baru-baru ini. Para ulama di sana telah menasihati ibunya bahawa bayinya adalah bukan seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang senaskah Al-Quran kecil. Ia merupakan kehendak Allah S.W.T yang mana bayi tersebut dilahirkan dengan keadaan yang menakjubkan. Selain Ustaz Abdul Rahman Hadir, terdapat juga ulama lain yang hadir iaitu Sheikh Adbulraman Sulaiman Adangba, ketua dari komuniti Nasrulifathi, Ustaz Alhaji Abdulahi Akinbode dan Dr Ramoni Tijani dari komuniti Islam Alifathiquareeb. Difahamkan bahawa ibu bayi ini baru memeluk islam pada 13 Mei 2012 dan kini ibunya baru berusia 32 tahun dan juga telah menukar nama beliau dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

*p/s : Subhanallah! segala yang berlaku semuanya atas kehendakNya.
*nak tahu info menarik lagi klik sini

Rabu, 23 Mei 2012

Helah tak Siap Kerja sekolah!

Assalamualaikum. Korang pernah tak siap kerja sekolah tak? mesti pernah kan? Aku teringat pula masa sekolah  rendah dulu. Aku ni jenis yang agak malas juga mau buat kerja sekolah. Terutamanya kerja sekolah yang jenis macam ni..
Tulis benda yang sama banyak kali. huh.. bosan. Aku pernah tak siap dua muka surat benda ni. Lepas tu kerja bertambah la jadi banyak. Bila nak hantar kat cikgu, aku buat helah.. Aku ambil gam then lekatkan dua-dua muka surat kerja yang tak siap tu. Settle. Nakal betul. Bila cikgu aku tengah duk tanda buku aku, dia tanya kat aku...

"kenapa muka surat ni tak boleh buka. Ish! susah nak buka ni."

Aku pula buat-buat tak tau. lepas cikgu pulangkan buku tu kat aku, aku pun buat-buat pelik cuba buka muka surat yang melekat tu. hahaha. Nakal betul aku masa tu. adeh... Malu + serbe salah pula rasanya bila aku ingatkan balik peristiwa tu. huhu. Maafkan saya cikgu. :P 

Itu masa aku sempat buat helah. kes kali ni aku terlupa yang aku tak buat kerja tu. Kerja yang sama. tapi kali ni subjek khat. da berkurun kot aku tinggalkan dua muka surat tu kosong. kerja yang lepas-lepas kerja tu semuanya clear je.. cantik aku buat sampai habis. hui.. ni memang aku da kantoi. aku dapat ni kat buku aku..
Adeh rasa macam kena lempang weh. Aku tunduk je.. Takut nak pandang Cikgu tu.huhu. Kenangan yang paling menakutkan dan mengerikan masa sekolah rendah. huh... 

*p/s : korang ada buat helah macam aku tak? meh la story mory dengan aku. teringin nak tau.. hehe.. :P

Awak punya

Assalamualaikum. Sebenarnya ckj da lama nak view order dari Hani Shaa ni. Tapi asyik terlupa dan bertangguh-tungguh. Pada bulan april yang lepas. Hani pm ckj katanya mau order sticker untuk di hadiahkan kepada follower bertuahnya. Blog Hani ni da mencecah 1000 orang followers. Tahniah ya hani. (adeh terlambat wish hehe maaf ya hani. :P ) . Inilah dia sticker untuk follower bertuah Hani.
Ckj ingat mau suruh Hani tunggu masa ckj buat acara Siapa Nak part 2 nanti. Tapi katanya tak pe la untuk follower ke 1000 biar speacial sikit. hehehe.  Alhamdulillah berjaya juga ckj siapkan dalam masa sehari. :) Thanks hani sebab sudi tempah sticker ni. =)

Wordless Wednesday*28

Selasa, 22 Mei 2012

Part ni yang tension!

Yeay! dapat tawaran belajar...! Ok sekarang kena isi borang pula. Isi secara online? huh... ini yang problem. Bukan tak nak isi tapi Error server la... busy la.. hish macam-macam. Susah betul nak print out borang daripada internet. Bikin tension je. Tarikh nak daftar da makin dekat. hish..  Agak menyusahkan la.. katanya borang dah dipos ke rumah.. Tapi tak sampai-sampai. hish... 
Hah... siapa pernah alami situasi kat atas ni? Ckj pernah. Masa mula-mula nak daftar sambung belajar lepas SPM. huh.. Part ni la yang buat ckj tension. Borang-borang tu dah la nak kena ada cop pengesahan. Proses dia pula lambat. Huhu.. Ada tu, kawan ckj esok da nak pergi daftar da tapi borang kemasukkan tu baru sampai. huh... Dugaan sebelum masuk IPT.
Kali ni bende ni terjadi pada DlaDola pula. Alhamdulillah dia dapat tawaran sambung belajar.  Tapi tu la.. jenuh menunggu sistem nya.. down la.. busy la.. sampai kul 2 3 pagi juga la tunggu. Berharap masa jam 3 pagi sistem ok.. tapi sia-sia je.. sama je.. Alhamdulillah tadi baru dapat print out kesemua borangnya. Sekarang boleh la buat persediaan kat benda-benda lain pula. huh... 

Kadang-kadang penggunaan teknologi ni pun bukan menyenangkan manusia. Tapi sebaliknya.. Itu la ciptaan manusia, mana ada yang perfect macam ciptaan Allah kan? =)

*p/s : Korang ada pengalaman macam ni? meh la share.. :)
*DlaDola tu adek kepada Cik Kay Jue. >_<

Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Datang :)




tak de apa yang best pun

Assalamualaikum. Biasanya pada waktu macam ni aku da ada kat office da. Tapi hari ni aku ada kat rumah dan tak kan ke office lagi. Iya la praktikal da habis bah. hehe. 

Masa hari terakhir tu, hu.. tak de apa yang best pun. Kakak-kakak yang biasa tolong aku tu, semuanya tak de kat office masa tu. Sedih rasanya tak dapat jumpa dorang untuk hari terakhir tu. huhu.. =(  May be mereka da balik atau ada hal. huhu. Tak pe la tak de rezeki kot. Insya Allah ada jodoh dapat jumpa lagi. Terima Kasih kakak-kakak semua. Tak lupa juga kat abang-abang yang tolong dan tegur-tegur aku yang pendiam ni. :)
Masa praktikal ni waktu yang paling bosan bila tak de kerja langsung. satu hari tu memang tak buat apa pun. huh.. part ni aku agak stress. Masa praktikal ni juga aku dapat tengok kerenah-kerenah orang dewasa. huh.. macam-macam.. Dalam hati aku " la.. ingatkan orang yang sebaya aku je yang perangai macam tu.. rupanya dorang pun sama juga hahaha" 

Kalau kerja kat luar office, kalau kau perempuan memang kau la perempuan  tunggal yang ada kat kawasan tu. Sebab tu masa aku ada kat bahagian pelaksaan aku tak boleh nak pakai baju kurung. Kena jumpa dengan banyak pihak, meeting dan macam-macamlah yang berkaitan. Kadang-kadang takut juga. Nak buat macam mana dah kerja kan? aku pun memang ambil kos ni. redha je la. :)Kalau kerja dalam office pula, memang tiap-tiap hari tak de kerja lain la. Mengadap komputer je. Duduk dalam aircorn. Kadang-kadang mengantuk juga. Sejukkan. hehe.
So sekarang kena mengadap report pula. Memang cuti semester lama. Kena start buat daripada sekarang kan? nanti payah dah last minute. Aku nak bersusah-susah dulu,  bersenang-senang nanti. :)


Ahad, 20 Mei 2012

Yeay Doodle Cik Kay Jue da ada teman..!

Assalamualaikum. Petang tadi bosan-bosan aku pun try la buat doodle lagi. Asyik buat doodle perempuan je kan? Aku try pula buat doodle lelaki. hehehe. Tengok ni..
Acam ? ok tak? aku buntu da mau lukis muka dia. hehe. agak senget sikitkan badan dia.. iya dak?

Pada saat kita berputus asa Dia menyebarkan rahmatNya

Assalamualaikum. Rasa macam da lama tak berkongsi ilmu/ info islamic. Jadi hari ckj mau share lagi sebuah riwayat dalam buku Jangan Bersedih. =)

Diriwayatkan Al-'Ala' bin Al-Hadhrami tersesat dengan para sahabatnya di tengah padang pasir. Bekalan air mereka telah habis dan hampir saja mati kehausanAl-'Ala' pun menyeru kepada Tuhannya dan Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa : "Wahai Zat Yang Maha Tinggi, Yang Maha Agung, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tabah......," dan Tiba-tiba turunlah hujan. Mereka pun minum dan berwuduk, mandi dan memberi minum pada haiwan tunggangan mereka.
Dan Dialah Yang menurukan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya.Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. (Asy-Syu'ra : 28)


*p/s : Bila kita dalam keadaan putus asa, doa kita kepada Allah tu lebih telus dan ikhlas kan? 

Jem

Assalamualaikum. Sebenarnya banyak benda yang aku mau cerita di Kay Jue Blog ni. Tapi entah la aku punya otak macam terkena kejutan pula  lepas habis LI ni.. macam kena kejutan elektrik gitu.. hahaha..
rasanya kena break kejap... kot. kasi dia relax dulu. Macam jem. huh... 

*p/s: Korang pernah rasa macam ni tak?


Sabtu, 19 Mei 2012

Tak sangka betul la.. sebab tak pasti..

Adeh... terlambat sudah aku ni mau post entry hari ni. Ini semua gara-gara adik angkat aku dan kawan dia tadi nih. Pengaruh aku main games! games nyer tu games budak-budak yang sesuai dimain oleh budak2 yang berumur 12 tahun. hish! aku ni dah la jenis yang jarang nak main games, bila aku da main.. hish.. of cause ar mau main sampai habis level. adeh... budak2 ni.. huhu..

Alright. Hari ni aku pergi Melaka. Ikut mak aku pergi survey tempat study DlaDola. Iya la hari pendaftaran dah nak dekat, kena buat persediaan awal takut nanti terlewat sampai. Kawan mak aku jadi penunjuk jalan. Alhamdulillah. Sampai juga la ke tempat yang nak di tuju. Insya Allah aku dan mak aku ingat kot jalan nak pergi tempat belajar DlaDola tu. Tapi kena pergi sekali lagi, biar betul-betul ingat. urm.. Korang ada tak buat macam ni sebelum pergi daftar ke tempat yang tak pernah pergi? masa aku nak daftar dulu pun family aku buat macam ni. Pergi survey tempat supaya tak sesat. :)
Kebetulan pula rumah Cik Payung kat Melaka. Aku pun memang ada beritahu dia yang aku nak pergi Melaka. Tapi aku tak pasti la dapat jumpa dia ke tidak. Aku takut tak sempat je. Dalam hati aku ni memang da excited gile nakjumpa. Iya da  hampir 4 atau 5 tahun tak jumpa dia! huhu..  Akhirnya dapat juga jumpa dia! hehehe..  Tak sangka betul. Serius aku ingat tak sempat jumpa. wah dia siap pakai tudung bawal yang aku bagi kat dia. adeh.. kembang aku sekejap. hahaha. (syuuhhh dia tak tau aku buat entry ni.. :P korang diam-diam jangan kasi tau dia.. hahaha) 
Aku lak pakai selekeh je.. adeh.. iya la tak sangka dan tak rancang pun mau jumpa. Kalau tau aku pakai comey-comey.  Tak pe la yang penting jumpa... kan? terubat sikit rindu aku kat Cik Payung. hehehe. :P Insya Allah lain kali aku akan bermalam pula kat rumah Cik Payung. =)  Mudah-mudahan persahabatan aku dengan Cik Payung berkekalan hingga ke Syurga.. >_< assalamualaikum.

*p/s : Macam mimpi je... hehe.. :P nak tau siapa Cik Payung tu? boleh klik sini 

Jumaat, 18 Mei 2012

Saya seorang pekerja dan Saya seorang pelajar

Assalamualaikum. Huh.. jenuh mau habiskan 1 hari je lagi praktikal ni. Rasa sedih sikit la pula.. huhu. Tak pe la da adat alam.. setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kan? :) Insya Allah panjang umur ada jodoh dapat jumpa lagi. :) banyak sangat benda yang aku dapat belajar .
Serius, memang berbeza bergaulan orang da bekerja dengan orang yang belum bekerja macam student ni. Bila kita bekerja kita bergaul dan bekerjasama dengan semua peringkat umur. Pemikiran pun lebih terbuka dan matang. Bila kat tempat belajar,  lain. Kebanyakkannya fasal study, duit, dan hal-hal yang remeh temeh. Itu la perbezaaan yang paling ketara yang aku nampak. Lagi satu, time study boleh lagi kalau kita duk sambil lewa dan main-main. Time kerja uih.. tak boleh bah..  semua yang kita buat tu melibatkan banyak aspek. Real life. Terutamanya kerja-kerja yang ada kaitan dengan orang ramai. Kadang-kadang risiko pun lebih tinggi. Betul tak?
Fasal duit pula. Time study  boleh dikatakan kita di support sepenuhnya oleh ibu bapa kita. Jadi kita tak rasa beban susah cari duit tu. Tau nak habiskan duit je. Huh.. walaupun macam tu, aku takut-takut mau guna duit yang parents aku bagi walaupun duit yang mereka bagi tu memang khas diperuntukkan untuk aku.  Time kerja, yang aku perasan la bagi mereka yang masih bujang tu, memang bebas dan mewah juga la belanja. Iya la siapa mau kisah, duit gaji kita sendiri kan? Boleh beli apa je yang kita nak. Tapi kena pandai la berjimat cermat. Betul tak? Ini salah satu part yang paling aku suka bila aku da kerja nanti.. hehe.. :P
Sampai situ dulu yang dapat aku ulaskan mengenai praktikal secara umum. Secara peribadi insya Allah coming soon.. hehehe..

*p/s : lebih kurang 2 jam setengah lagi sisa practical aku. Keadaan sama macam aku mula-mula masuk practical…

Selasa, 15 Mei 2012

Baju Pengantin Islamik


Tengok Imam muda Hassan dan Isterinya punya baju pengantin. Bercirikan islamikkan? Tak semestinya baju pengantin perempuan mesti baju yang mengikut bentuk badan dan menampakkan bentuk leher. Bila ckj tengok gambar ni dalam hati ckj kata"ea eh.. cantik la baju dia. tak pernah pula terfikir nak buat macam ni"   Nice! cantik kan?  Kita pun boleh buat macam ni cuma kena kreatif untuk gabungkan islamik dan fesyen. betul tak?

Assalamualaikum. 

*p/s : ckj lambat lagi ea mau kahwin! jangan fikir bukan-bukan. just sharing sesuatu yang menarik dan islamic. :)

Isnin, 14 Mei 2012

Kedai Tudung Aidijuma

Assalamualaikum. ok aku terus start je ea. Semalam kawan aku, Ezzaty ajak aku teman dia pergi Majid Jamek. Dia mau beli hadiah untuk staf-staf kat tempat praktikal dia sebagai penghargaan. Aku pun memang bosan dan tak buat apa-apa kat rumah ok je la nak kuar.  Dah alang-alang keluar ni. Aku pun ajak la kawan aku ni cari kedai tudung Aidijuma yang aku tengok kat facebook.
Akhirnya dapat juga aku pergi kedai tu semalam. Kedai dia kat Pasar Seni a.k.a Central Market. Selama ni aku asyik duk tengok kat facebook dan website dia je tudung-tudung yang ada. Tapi kali aku pergi sendiri tempat dia. Hehehe.  Ini semua dek kerana cerita cekarama kat tv 3 sabtu lepas. Cerita Teratak Shamsiah. Tudung pokodot yang Rita Rudaini pakai dalam cerita tu, Tudung Aidijuma yang sponsor.  Cantik la pula tengok Rita Rudaini pakai. Tu yang aku lagi sibuk duk cari kedai Aidijuma tu. Aku tengok kat website, ada cawagan dia kat Pasar Seni. 


Rasanya cawangan Aidijuma kat Pasar Seni ni macam baru je lagi,  sebab kedai dia banyak lagi ruang kosong. Ada tu memang la ada tudung. Haha. Tudung pokodot tu pun ada kat sana. Huh.. tapi aku tak beli la. Tak de yang warna yang aku berkenan.
Hah, apa-apa pun aku da puas hati sebab da tau da kedai tu kat situ. Nanti boleh la borong tudung bawal yang cantik-cantik kat situ. Hehe.


 *p/s : kalau korang nak tengok tudung-tudung dia boleh picit SINI

Keampunan

Assalamualaikum. Hari ckj mau share lagi kandungan yang ada dalam buku yang hampir ckj nak habis baca ni. 
Alright.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Ya'Ia, Al-Bazzar dan Imam At-Tabrani, tentang seorang yang sudah tua, bertelekan pada sebatang tongkat, datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata :  "Wahai Nabi Allah, Sesungguhnya saya telah melakukan banyak perbuatan keji dan mungkar, apakah saya masih boleh mendapatkan keampunan?" Rasulullah S.A.W. pun bertanya balik : " (Apakah) engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah!" Orang itu menjawab:  " Ya wahai Rasulullah."  Rasulullah S.A.W. bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mengampunkan semua perbuatan keji dan mungkar yang engkau lakukan." Orang itu pun pergi dengan menyatakan " Allahu Akbar, Allahu Akbar."

*P/s: Allah Maha Pengampun. 

Ahad, 13 Mei 2012

Tersilap sebut


Assalamualaikum. huh.. aku agak busy sikit dekat-dekat nak habis praktikal ni. Alright. back to the topic.

Aku cukup malu betul kalau aku tersalah sebut satu satu perkataan. terutamanya perkataan bahasa inggeris. iya la ejaan lain, sebutan lain. huh... serik aku mau speaking english ni. huhu. contohnya hacker. aku sebut 'hak ker' yang betulnya 'hec ker' kan? lagi-lagi kalau ada orang yang tegur. "weh bukan macam tu la sebutan dia macam ni. hish kau ni"  dalam hati aku. huhu.. "malu malu.tak suke.... =_=  " aku diam je la.. down sekejap. huhu..
 Aku juga pernah  kena gelak dengan kawan-kawan aku sebab aku tak tau sky jus tu apa. huhu.. rasa malu sangat masa tu. macam nak menangis. huhu. Dah aku tak tau aku tanya la. alih-alih kena gelak pula. huhu. Biasa la masa tu aku lepak dengan budak-budak pandai. Bak kata kawan-kawan aku budak-budak kelas A.  huhu.
 
Hah itulah aku dulu. Sekarang ni, masih sama juga aku memang lemah dalam bab-bab sebutan perkataan selain daripada perkataan Bahasa Melayu. (urm..kadang-kadang bahasa Melayu pun sama juga!)  sebagai cover malu dan juga untuk protect diri aku yang memang tak tahu ni, aku cakap macam ni "owh salah sebut ea.. it's ok.. sekurang-kurangnya aku tau. daripada tak tau." secara automatiknya rasa malu itu hilang. Serius aku dapat rasakannya. (macam ada aura dalaman hahaha)

Kesimpulannya disini jangan malu kalau kita da tersalah cakap /sebut. Biarlah  kita kena marah dan kena gelak sekarang. Daripada kita tak tau langsung. betul tak? 

*p/s : maaf sendainya entry ini tidak mencapai mesej yang hendak di sampaikan.

Sabtu, 12 Mei 2012

Jangan Bersedih

Assalamualaikum. Hari ni aku mau review buku yang aku hampir nak habis baca. hehe. Dah lama da nak review tapi aku tunggu sampai aku habis baca dulu. Buku ni ada 940 muka surat. Alright buku ni.
Mungkin ramai yang da pernah baca buku. Aku baru dapat membacanya. Bagus la buku ni. Padat dengan motivasi dan tak bosan bila aku baca. Banyak memberikan kesan positive dalam diri aku dan berjaya membuatkan minda aku terbuka. Memang patut pun buku ni jadi buku yang terlaris di Malaysia. Kepada korang yang nak merasai perubahan dalam diri, cuba dapatkan buku ni. Insya Allah ia membantu. :) 


Jumaat, 11 Mei 2012

Sepetang bersama Bos

Assalamualaikum. Sebenarnya benda ni tak dirancang pun. Tiba-tiba je. Ceritanya begini..

Memandangkan tinggal lagi seminggu je nak habis praktikal, minggu ni kitaorang da sibuk-sibuk la mau minta cop borang-borang yang poli nak. Termasuk borang pengesahan tamat praktikal. Alright semua borang yang ada kat aku semuanya da siap cop. Terima Kasih sangat2 kat Kak Yatie sebab sudi nilai aku melalui borang-borang yang aku minta Kak Yatie isi. :) tinggal satu borang je lagi tak cop. Dalam 3 hari ni, aku dan kawan2 praktikal aku duk cari bos. Alhamdulillah petang semalam dapat juga cop dan tanda tangan beliau. 
Tak semena-mena kitaorang  kena 'mini interview' dengan bos. Nasib baik semuanya boleh jawab. :) Tiba-tiba bos ajak kuar minum pula petang semalam. Katanya takut tak sempat jumpa next week. Apa lagi kita orang on je. hehe. Lama juga duk kat cafe tu berbual-bual dengan bos. Bagi aku bos ni supporting orangnya, cuma bila bekerja tu kena la tegaskan. hehe. :)

Alhamdulillah settle sudah bab cop mengecop ni. Sekarang tinggal mau siapkan report dan habiskan lagi seminggu je praktikal. huhu.. sedih la pula.. 

Logo Halal yang Diiktiraf JAKIM

Assalamualaikum. Hari tu ckj pergi pasaraya Giant. Ternampak banner ni di pamerkan kat pintu masuk. 
pic credit to : http://www.eyriqazz.com
logo halal yang di iktiraf JAKIM

Untuk maklumat lanjut boleh tekan SINI

*p/s : memang kena peka kat benda-benda macam ni. selalu je terlepas pandang. 

Khamis, 10 Mei 2012

Siapa punya karangan tu?

Tahun 2003. Peperiksaan PertengahanTahun. Kertas Bahasa Melayu 2 (Penulisan). Darjah 5. 

Soalan :-
 a) surat kiriman tak rasmi
b) laporan
c) syarahan
d) dialog
e) mulakan karangan anda dengan "Tiba-tiba..."

Aku dah buntu masa ni. Buntu tak tau mau jawab soalan yang mana. Sebab semuanya susah! huhu last2 aku pilih soalan e.
 (perenggan pertama) Tiba-tiba aku terdengar tangisan dari semak di belakang sekolah............
(perenggan isi)............rupa-rupanya tangis itu tangis bayi............ aku pun mendukung bayi tersebut........
(perenggan penutup) Aku kembalikan bayi itu kepada emaknya dan bertanya sebab kenapa dia tinggalkan bayi tu dalam semak.........

huh! siap! titik. 

Beberapa minggu selepas cuti peperiksaan. Masa mata pelajaran Bahasa Melayu.

 "Cikgu, kertas karangan kami cikgu da tanda da?" tanya salah seorang pelajar dalam kelas aku.
"Da. Saya tergelak baca satu karangan. Dia cerita fasal bayi dalam semak.. siapa punya karangan tu? Klakar la karangan dia."

Dalam hati aku " Adeh! karangan aku tu! huh... macam mana ni.. macam mana ni...huh... " aku duduk diam-diam kat tempat aku berlagak cool... dalam hati punya la risau ni.. malu aku seh! 

"Tapi saya minta maaf saya tertinggal la kertas karangan awak semua di kampung. saya tanda kertas awak semua di kampung alih-alih tertinggal pula. " 

"fuh.... selamat aku"

Aku punya serius buat karangan tu. Cikgu boleh gelak pula baca. adeh... Maklum karangan budak 11 tahun. of cause melalut entah apa-apa kan? hehe.. Maaf sangat aku tak ingat karangan penuh untuk cerita yang aku karang tu.. huhu. 

*p/s : kenangan aku dan karangan darjah lima.. huhu

Spontaneous Thursday*25


Sakit itu penghapus dosa.
Jadi bersyukurlah kepada Allah apabila Dia memberikan kita penyakit  =)

Selasa, 8 Mei 2012

CRaYoN

Assalamualaikum. Korang ada / pernah tengok tak cerita crayon? Kalau tak silap aku cerita ni movie kot. Aku tengok cerita ni minggu lepas. Masa astro bagi 10 hari tengok 130 channel. Cerita ni kat Disney Channel. Best cerita dia. Ni dia sinopsis cerita crayon.

Cerita mengisahkan tentang dua orang pelajar universiti, Adam dan Rafaat  yang diminta untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan semasa cuti penggal sebagai salah satu syarat untuk kursus mereka. Kedua-dua pelajar universiti ini memilih untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan, membantu Mak Engku (atau Kak Engku khusus untuk Adam sahaja) di sebuah rumah anak yatim di Malaysia. 
Kerja-kerja sukarelawan mereka walau bagaimana pun tidak seindah yang disangka, apabila terdapat sebuah syarikat besar lintah darat yang menjadi dalang dalam usaha untuk merampas dan memajukan tanah tempat tinggal anak-anak yatim tersebut, untuk dijadikan pusat pelancongan. Syarikat tersebut juga memaksa Mak Engku supaya membayar hutang tertunggak selama tiga bulan dalam tempoh yang terdekat. 
Adam dan Rafaat merancang untuk mengadakan konsert amal bagi mengutip derma dan mengadakan lelong jualan lukisan yang dilukis oleh anak-anak yatim sebagai salah satu cara lagi untuk mengutip tabung bagi menyara anak-anak yatim tersebut.

Isnin, 7 Mei 2012

Broken??

Assalamualaikum. Thanks kepada mereka yang sudi nyatakan maksud yang tersirat di sebalik gambar pensel patah tu. hehe..  Alright. ckj mau ulas secara ringkas apa yang maksud tersirat gambar tu dari segi pemikiran dan pandangan ckj. 
Bila gambar macam ni secara jelas dan nyatanya kita nampak ia patah. Sangat berkait rapat dengan hati dan perasaan. Banyak yang kata patah hati. ya memang betul :) stress pun betul. Yang paling jelas, ckj nampak kemurungan.  

Semua orang pernah rasa kecewa, patah hati, semangat, harapan dan sebagainya. kalau tak pernah rasa sah! memang kau gila. haha. Setiap orang ada tindak tanduknya yang tersendiri dalam menghadapi kemurungan. Ada juga yang masih terkurung dalam kemurungan. Macam da tak de jalan keluar. Macam pensel tu, da putus/ patah. Dah tak boleh nak sambungkan balik dan jadi macam biasa. Itu pensel. Objek. memang sifatnya  begitu. Dan kita manusia, ada akal, ada cara, dan yang paling peting kita ada Allah. Memohon dan seru la namaNya sebanyak yang boleh sekuat yang mungkin biar setimpal dengan sakitnya hati kita. Insya Allah semua itu akan reda. Walaupun kita memerlukan masa untuk pulih. Jika perlu, menangislah.  Ingat, bukan bahagia je yang ada kat dunia ni. :)

Broken...

Assalamualaikum wahai penduduk bumi sekalian.. haha. Selamat pagi bloggers... pagi-pagi ni meh kita asah daya pemikiran kita yang tengah fresh ni. jum-jum.
Broken... perkataan pertama yang muncul di minda aku bila tengok gambar. Rasa-rasanya ada banyak maksud tersirat yang boleh kita ungkapkan/ ulas di sebalik gambar ni kan? 

urm.. ok aku biarkan persoalan  tu. harap ada yang sudi ungkaikan maksud di sebalik gambar ni dengan pandangan dan pemikiran anda. Bak kata Yuna dalam iklan kamera "Setiap gambar ada lagu nya.. " Bak kata Cik Kay Jue "Setiap gambar ada maksud tersiratnya.. haha" 


*p/s : apa ye? ;)

Ahad, 6 Mei 2012

Tasbih Jari Jemari

 Assalamualaikum. Hari ni ckj mau share tentang tasbih menggunakan jari jemari kita. Selama ni ckj jenuh duk fikir macam mana caranya mau tasbih guna jari. Lepas da tengok gambar ni baru ckj tau. 
owh begitu caranya. Insya Allah boleh la diamalkan lepas ni. :)

Sabtu, 5 Mei 2012

Cik Kay Jue Doodle Version

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah setelah gigih berlatih dengan tekun dan penuh minat beserta fokus yang mendalam, ckj akhirnya dapat juga hasilkan doodle khas untuk diri ckj. Iaitu ckj version doodle yang menggantikan diri ckj yang real life version dalam dunia maya ni. hehehe. Tak tau la pula kalau ada tersama juga dengan orang lain ckj minta maaf secara kebetulan pula sama. Alright ini la muka ckj doodle version.
Boleh pula macam tu ea? haha. Selama ni ckj pinjam gambar dari id kawanimut sebagai gambar profile. Kali ni ckj akan guna gambar karton ckj sendiri. huh! puas hati rasanya. Terima Kasih sangat-sangat pada Wan Hazel dan alieff . Ckj banyak rujuk pada tutorial mereka berdua untuk buat doodle ni. :) 

Kay Jue's Dairies

Assalamualaikum. Hari ni mau story fasal aku dan dairiku. Sebelum ni aku asyik luarkan apa yang aku rasa dengan menulis dairi di buku. Hah.. bukan buku biasa ya. Buku berkunci. Lebih kurang macam ni..
Kalau tak silap aku, aku start ada dairi ni masa aku umur 11 tahun kot. hahaha. Mula-mula je semangat mau tulis dairi, muka surat pertama tulisan wah.. lawa kemain. Bila da lama-lama, tulisanku makin lama semakin buruk. Akhirnya langsung aku tak tulis dairi tu. hahaha. Masa ni aku da mula rasa macam membebankan pula mau tulis dairi ni.

Al kisah dairiku ini tidak terkubur di situ ja. Aku start balik tulis dairi masa aku 17 tahun. Dari sini memang nekad tulis dairi sampai habis muka surat buku tu. Aku siap bagi nama lagi kat dairi aku tu. Nama dia Beb. haha. Macam-macam cerita yang aku tulis kat dalam dairi tu. bila aku baca balik, ada juga peristiwa yang aku da hampir lupa. 
Bila dah sampai masa yang sesuai, aku kumpulkan dairi-dairi aku dan aku bakar semuanya. Aku sendiri pun tak tau apa motif aku bakar dairi-dairi tu. Dan sekarang aku beralih arah pula daripada private dairy kepada public dairi. Iaitu blogging. Blog ini juga merupakan dairi kan? siapa setuju dengan kenyataan tu? 

Pada pandangan aku  : Public dairy ni ada batasannya dan banyak perkara yang kita kena jaga. Tak macam private dairy. Kita boleh tulis apa saja yang kita nak dengan riang rianya tanpa batasan. 

*p/s : korang pernah ada private dairy tak?