Jumaat, 21 Julai 2017

Matang

Alhamdulillah da setahun berada di Ipoh, Perak, Malaysia. Banyak yang aku lalui. Ada yang baik, ada yang buruk, ada yang seronok, dan ada yang tak berapa nak seronok. Biasa la hidup kan? Mesti ada berubahan. Terpulang la pada kita sama ada nak terima atau tak berubahan yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kehidupan kita sehari-hari.

Banyak yang berubah dalam kehidupan aku sekarang. Ada yang atas tindakkan aku sendiri. Ada yang berlaku dengan mengejut yang aku sendiri tak sangka. Mungkin atas sebab kata hati dan kemahuan yang kuat untuk aku keluar dari situasa yang tak menyenangkan hati. Mungkin. Ada yang menyebabkan aku menyesal atas apa yang aku dah buat, dan aku masih tak boleh nak 'move on' .

Harapkan aku lebih baik dari segala sudut lepas ni. Lebih matang mungkin.

Related image

Rabu, 3 Februari 2016

susahnya!

Assalamualaikum. Hampir sebulan aku berada di Ipoh ni. Ini juga bermakna da hampir sebulan juga aku meninggalkan Kuala Lumpur. Aku baru je berpindah disini. Al maklum la tempat baru memang asing la bagi aku. Nak pergi mana-mana pun tak tahu jalan. 

 Disebabkan aku baru disini, Memang tak de kawan la. Dah tempat yang bukan kita membesar dan menghabiskan zaman sekolah. hurm.. Banyak juga la jemputan pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan aku yang aku dah tak dapat nak pergi atas dasar jarak yang jauh dan aku pun belum punya aset sendiri. Redha je la. huh..
Aku juga dah behenti kerja. Nak mencari kerja disekitar Ipoh ni... uih.... punya susah! siapa yang senasib dengan aku akan faham betapa perit dan susah sangat. Sesak nafas. hufff...  aku kalau boleh nak office hour, sebab dah serik sangat kerja shift. Tak de life! huhu... :'( hari cuti pun kena kerja tu yang tak sanggup tu, Tapi kalau dah tak ada pilihan terpaksa aku rela juga kerja shift. huh..


Selasa, 19 Januari 2016

Setahun ++... hish...

Assalamualaikum. 

err.. urm.. apa ea...

hai.. hello.. 

Janggal pula. 

lama sangat da kan? Setahun ++ tak update blog. teruknya! aku da agak da benda ni akan jadi punya. Nasib baik niat nak beli domain sendiri tak jadi. kalau tak... ish membazir. 

Iye. aku bukan blogger tegar. blogger kejap ada lepastu lebuh... hilang entah kemana dengan cerita hari- hari aku yang agak.. agak.. sibuk mungkin? entah. iye la kot. 

Sekarang. Jam 12. 13 pagi. entah apa mimpi nak catat beberapa patah perkataan di sini. kenapa? aku tak tahu. Mungkin sebab mood nak ber "perkataan" di alam maya muncul kembali. 

2016. Kita masih dalam mood tahun baru? kan? ok. mungkin ini salah satu azam tahun baru aku. Nak blogging semula. siapa tahu kan? 


Rabu, 27 Ogos 2014

Tanggungjawab 6 bulan

Assalamualaikum.

Okay ckj sambung cerita yang tertangguh di entry yang lepas. J
Macam biasalah pelantikkan ikut ujian majoriti. I say man! Dah kenapa ramai pula yang undi aku. Hish! Korang pun dah tau kan jawapannya. 

Bila nama da tercalon kena la ke depan naik pentas kenalkan diri pada semua yang ada dalam dewan tu. Pakai microfon kau! Ckj boleh dengar semua ckj kat speaker yang ada dalam dewan tu. Last ckj cakap guna microfon masa ckj jadi pengerusi majlis paling teruk di majlis malam kejuruteraan elektrik kat poli dulu. Ckj ada share kat entry ini
 Aku pun dengan agak gementar cakap dimulakan dengan bismilah dan salam. Lalu aku perkenalkan diri. Masa tu dalam hati aku serius aku rasa takut dan agak berat nak pegang tanggungjawab ni sebab ini pun dikira sebagai amanah. Kan? Semua orang dalam dewan tu pilih kita untuk laksanakan tanggungjawab untuk pimpin meraka. Aku risau aku tak mampu. Tak apalah terdetik di hati, aku nak rasa nak cuba dan ambil pengalaman. 

Ya Allah Permudahkanlah. 


Selasa, 26 Ogos 2014

Giat

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share atau lebih kepada mengimbau kembali kenangan / apa yang berlaku sepanjang 7 bulan ckj menyepi.
 
Lepas je habis poli haritu ckj apply giatmara. Sebenarnya memang dah lama dah ckj nak masuk giatmara. Tapi asyik tertangguh je. Sementara tunggu respon daripada giatmara tu ckj kerja part time sebagai guru tadika selama 4 bulan. Alhamdulillah awal bulan januari ckj dapat surat temuduga. Alhamdulillah ckj diterima masuk untuk kos teknologi sistem komputer selama 6 bulan.

 
Macam biasalah seminggu yang pertama tu ada orentasi, kat giat ni dorang panggil para pelajar sebagai pelatih dan tenaga pengajar sebagai cikgu. Masa batch ckj yang paling berumur dalam 40 tahun dan yang paling muda 16 tahun. Oh ya lupa nak bagitau ckj belajar kat giatmara di Perak.

Dipendekkan cerita, dengan tak disangka-sangka masa hari pelantikan jawatankuasa ahli perwakilan pelatih nama ckj dicalonkan oleh salah seorang pelatih dalam dewan tu. Ckj ingat lagi ckj dicalonkan oleh  Juju dari kos confectionary bakery and pastry. Terkejut ckj masa tu. Iye la dengan tak semena-mena nama tercalon di satu tempat yang baru dan kita baru je kenal orang-orang kat situ.
Oklah ckj sambung nanti ea. Hehehe..


*kalau korang la berada ditempat ckj apa yang korang rasa? 

Isnin, 25 Ogos 2014

Mulakan balik...

Assalamualaikum. Hai saya Cik Kay Jue. Ini blog saya. Kay Jue Blog. Saya lebih selesa bahasakan diri saya sebagai ckj atau aku dalam blog ni. Setelah hampir 7 bulan menyepikan diri di blog ckj dengan ini terbuka hati nak hidupkan kembali blog ni. Nak update balik. Insya Allah diberi nyawa baru kot. Entah la kita tengok la macam mana nanti.

Alright. Perkembangan terbaru ckj, sekarang ni ckj baru je bulan lepas habis belajar di Giatmara. Alhamdulillah dah berjaya dapatkan sijil SKM tahap 2  bagi pembantu juruteknik teknologi sistem komputer. Insya Allah bulan 12 ni rasanya konvo untuk giatmara ni. Masih dalam perancangan.

Sekarang ni ckj kerja full time di guardian dekat dengan rumah ckj. Jenuh da ckj cari kerja hantar resume untuk cari kerja yang betul-betul kena dengan diploma ckj, tapi susahlah nak dapat. Betul la kata orang sekarang ni memang susah nak dapat kerja. Tak pe la kerja je la kerja yang ada ni. Betul tak?


Okay lah sampai sini dulu. Insya Allah nanti ckj share lagi. J

Khamis, 30 Januari 2014

Tak sambung kot.. Entah

assalamualaikum.. lama betul x update blog ni.. al maklumla sejak ckj da buat instagram ni habis mood blogging ckj ditarik ke sana.. hu...  so masih boleh lagi kan kalau ckj nak wish happy new untuk tahun 2014? heee...

alright., ckj sekarang ni join giatmara ambil krusus komputer... may be terus stay dengan giat je kot.. sebab ckj tak de rasa macam nak sambung degree, memandangkan ekonomi hidup sekarang ni semakin meningkat. Malas nak mulakan berhutang dengan ptptn..  tapi kalau da tak de pilihan lain baru ckj akan bertimbangkan balik untuk sambung degree. insyallah... :-)

Selasa, 19 November 2013

Hari Anugerah Cemerlang..

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share tentang peristiwa yang berlaku pada hari anugerah cemerlang kat tadika yang ckj kerja. 

Seriously, memang kelam kabut Ckj dan dua orang lagi cikgu untuk uruskan murid-murid. Yang buat kelam kabutnya masa nak tukar-tukar baju. Murid 6 tahun kena tukar baju sampai 3 kali. Grap pula tak panjang. Memang kabut. 

Lain yang dibuat masa latihan, lain pula yang dipersembahkan masa konsert... hadui.. Haru dibuatnya. 

Lagi pun ckj akui budak-budak ni start latihan pun da lewat. Sebulan sebelum konsert. dan.. ada juga la cerita belakang tabir yang menyakitkan hati.. hohoho..

Disebabkan kekelam kabutan yang melanda pada hari kejadian, Ckj tak dapatlah nak snap snap picture dan video dorang tengah buat persembahan.. huhu.. hampa... :(

Ni je la yang ada untuk di share di Kay Jue Blog.. 
Kad Jemputan.. Ckj computermade.. haha...

tempat berlakunya kejadian..

piala-piala kemenangan.. yang macam gelas tu untuk pelajar terbaik..
budak comel empat tahun.. (ini je la satu pic yang ckj curi-curi tangkap. perasan tak ada kembar? hehe)
murid lima tahun. (pic sumbangan parents.. huhu)
ini pula antara watak utama sketsa murid 6 tahun. Gambar ni masa dorang latihan. Hampa sangat sebab tak dapat capture video and gambar dorang masa konsert sebenar. huuhu..
Alright.. Sampai sini dulu yang dapat ckj kongsikan hari ni. Thanks for reading. Maaf banyak gambar.

>_<  have a great day yeah.. 

Ahad, 17 November 2013

Lama...

Assalamualaikum. Lama tak buat catatan disini. Ckj.. Alhamdulillah sihat. Cuba mood nak berblogging hilang secara drastik entah ke mana..

Maafkan aku ya Kay Jue Blog kerana lama menyepi membiarkan kau sepi tak bertunggu...

Perrgghh lama giler tak on blog ni! hadui!

Thanks ea Lady Bird bertanya khabar.. 

Alhamdulillah mood da ada nak berblogging. Insya Allah banyak story yang ckj nak share pada next post. hehe. 

Ok sampai sini dulu. >_<

Khamis, 10 Oktober 2013

Mohon..

Assalamualaikum. Baru-baru ni UiTM da buka permohonan Kemasukkan Pelajar untuk sesi 2 nya pada 30 september yang lalu...

Memang ckj tertunggu-tunggu permohonan tu buka dan Alhamdulillah ckj da selesai pun beli no pin, isi borang online dan pos dokumen yang diperlukan. Tapi kos yang ckj nak tak berapa nak ada la.. cipi cipi je.. huh.. mohon je la. dapat tak dapat belakang kira.

Bulan november ni dengar-dengar UPU punya pula buka. Ckj tunggu juga yang UPU ni. Nak cuba nasib juga. hehe.. 


Siapa-siapa yang masih ada minat nak sambung belajar tu, cepat-cepat la mohon sebelum tarikh tutup. grap je apa yang ada kalau dapat ambil. tak dapat cari jalan lain. Nak seribu usaha malas buat tak tahu cukup. hehe.. 

Rabu, 9 Oktober 2013

Tak perlu fikir apa-apa pun.. happy je..

Assalamualaikum. Hari ni ckj nak share gambar  kat blog ni. jum tengok..





Bestnyer jadi budak-budak.. Happy je.. >_< seronok tengok dorang main..




Isnin, 7 Oktober 2013

Kertas..

Assalamualaikum. huh.. lama tak tengok blog ni. Ckj busy sikit buat draf paper exam. Lepas raya haji ni, dorang da nak periksa akhir tahun da. Ckj pula kena buat paper exam untuk subjek BM 4 tahun, Math 4 tahun,  English 4 tahun, dan Asas Jawi / Asas agama Islam  5 & 6 tahun. 

Huh.. Banyak juga kan? Paper exam yang agak mencabar (ceh mencabar ar sangat kan?) ckj buat paper exam untuk murid 4 tahun. Iya la budak 4 tahun.. mereka ni lebih tertarik pada gambar daripada tulisan. So, pening juga la nak cari gambar yang sesuai kat google tu. hehe..
ini la hasilnya masa draf paper math. Ckj memang tak reti lukis free hand. huhu..
Disebabkan ckj kena buat paper Asas Jawi / Asas agama Islam, sekarang ni ckj punya keyboard perlu ada apps untuk huruf-huruf jawi. Alhamdulillah ada. Segalanya di hujung jari anda! kita google je la.. hah.. kan da ada ni.. 


Alhamdulillah semua paper exam da siap. Cuma tinggal paper English je nak kena tunggu Guru Besar check then baru boleh taip dalam komputer. >_<

*Rasa macam da jadi cikgu betul pula. Padahal juz sambilan je. 

Jumaat, 20 September 2013

Merak~~

Assalamualaikum.. Salam jumaat semua. Alright. Hari jumaat ni Ckj tak mahu taip panjang-panjang. jum layan gambar hasil kerja budak-budak 5 tahun yang masih suci hatinya daripada dosa. hehehe...


 






Hah.. acam lawa tak? hehehe.. macam-macam warna merak ada.. Yang sakit hati + geram ada yang still tak boleh nak sambungkan titik-titik tu dengan betul.. hish.. sabor je la.. tersenyum je ckj tengok hasil kerja dorang. Tengok cara mewarna je da  boleh agak da  perangai macam mana. hihi.. >__< 

*maaf sangat entry ni banyak gambar. 

Khamis, 19 September 2013

Ambil je apa yang ada dulu..

Assalamualaikum. entry kali ni ckj nak suarakan pendapat ckj mengenai entry semalam.

Bagi ckj, kita tak perlulah nak terlampau memilih... Lagi-lagi kita ni lepasan IPT. Baru lepas grade. Baru je dapatkan title diploma yang tak sampai setahun lagi pun. So tak payah la nak memilih sangat bab-bab kerja ni kalau da dapat restu parents.
Bukan tak boleh memilih boleh. Tapi berpada-padalah. Lagi-lagi kita ni bukanlah pelajar lepasan luar negara. Bukan pelajar yang dapat dekan tiap-tiap semester. Sementara menunggu kerja yang bagus-bagus dan yang sesuai dengan kita punya kelulusan, apa kata kerja je apa jua kerja yang dirasakan sesuai untuk sambilan. Sementara menunggu, dapat juga kumpul duit kan? tak de la duduk rumah tak dapat apa. >_<  
Lagi-lagi kebanyakkan kerja sekarang ni yang ckj da reseacrh, ada yang memerlukan pengalaman kerja. So kerja sambilan begini la yang akan membantu kita untuk jawap interview dan sebagai pengalaman kita untuk diisi dalam resume nanti. Secara tak langsung kerja sambilan yang kita buat ni boleh jadi satu kelebihan pula nanti bila nak apply kerja. Siapa tahu kan? 

Alright. Ini cuma pendapat ckj. Maaf seandainya ada yang kurang setuju, tidak puas hati dan terasa hati dengan pendapat yang ckj nyatakan dalam blog ckj ni. Ok. Thanks for reading yeah! >___<

Rabu, 18 September 2013

Apa kata anda?

Assalamualaikum. Alright tak payah nak cerita panjang mari kita ikuti perbualan sosial cik lopez dan cik kesuie.. jum..




Then, Cik Lopez terus xreply walaupun masih online...
Ckj perlukan pendapat dan respon anda semua tentang situasi diatas... sila suarakannya di ruangan komen ea.. thanks.. >_<

Ahad, 15 September 2013

Lego time!

Assalamualaikum. Alhamdulillah ckj da sihat da. Cuma suara je tinggal lagi 10% nak baik. Alhamdulillah. 

Ok balik pada tajuk kita. hehehe.. Ckj kat tadika tu  paling pening nak handle budak 4 tahun. Sebab mereka ni hyper aktif sangat-sangat dan cepat boring. Yang bagusnya, bila kita suruh mereka buat kerja, mereka buat. Cepat je siap kerjanyer. adeh.. memang tak bagi ckj rehat budak-budak ni. Dah la comel!

Kebiasaannya lepas habis buat kerja yang diberi, tak nak mereka ni terlampau aktif cikgu-cikgu kat sini biasa bagi mereka lego seorang sikit untuk habiskan masa mereka. Budak-budak ni pun leka la main lego. Sambung-sambungkan blok-blok lego jadi benda yang macam-macam ikut kreativiti mereka. Tengok ni..


Ckj : Awak buat apa dengan lego tu?
Budak comel : saya buat kuda teacher..
Ckj : kuda ada 5 kaki??
Budak comel : (tersengih)

Hehehe may be yang kelima tu ekor kuda kot.. tapi nampak macam kaki.. imaginasi dorang tinggi kan? kadang-kadang benda yang kita tak terfikir nak buat dorang buat. hehehe..

Alright that's all. Nanti ckj share lagi.. Thanks for reading.. :)

Selasa, 10 September 2013

Cubaan suara, 1.. uhuukk uhhuukk.. 2.. tiiii... uhuukk ga..

Assalamualaikum. Dah dekat 3 minggu lebih rasanya ckj kerja. Alhamdulillah segala-galanya baik. Cuma, biasa la budak-budak. Kita cakap sekali, dua kali, bukan dengar. Nak kena memekik, menjerit baru nak dengar. Itu pun sekejap je diamnya. Lepas tu, bising balik...

Bila sampai hari jumaat, Setakat ni, ckj mesti tak sihat. minggu lepas demam sekali dengan package batuk dan selesema. Yang ckj cerita pada entry lepas tu.. Kali ni, Suara ckj pula tak berapa nak keluar. Adeh.. Lepas tu, tekak baru nak elok hari isnin datang tadika kena memekik balik. Bila nak sembuhnya...  Sampai sekarang ni suara ckj keluar tak keluar je. adeh.. Dugaan~~ 

Tawakal.. Mudah-mudahan dengan ini, Allah pulihkan tekak aku dan kembalikan suaraku. Amin..

Rabu, 4 September 2013

Selasa, 3 September 2013

Tak sihat , Teruk , Sweet & Sweat...

Assalamualaikum. Start je hari jumaat minggu lepas, balik je dari tadika, ckj dijangkiti demam. huh.. Punca demam sebab tekak sakit. Adeh.. baru empat hari keje kot. Sampai demam-demam aku. hahaha. Lawak la.
Ckj ni pendiam orangnya. Orang pendiam ni dia dalam sehari berapa puluh patah  perkataan sangat ar yang kuar dari mulut dia. Sekali bila ckj jadi cikgu ni. Cikgu Tadika pula tu. Tak sah la kan kalau tak keluarkan suara. Memekik. adeh.. Mungkin inilah sebabnya ckj sakit tekak.

Nasib baik ckj demam teruk hari Sabtu, hari Ahad da sembuh, Alhamdulillah. Serius tekak luka. Ada darah beku. adeh.. Insya Allah lepas ni ok la kot. Mungkin cik tekak tak biasa lagi. Tak pe akan dilatih supaya ia tak luka lagi ya.. hehehe..

Fasal murid-murid a.k.a budak-budak comel dan kecik. Hari kedua, ckj kena handle 3 kelas. (memang ada 3 kelas je pun kat tadika tu.) Perrrggh! ckj rasa sangat teruk! mesti mereka tak faham apa yang ckj cuba ajar dan sampaikan. Teknik tu tak de. Ke laut. lebih kurang macam tu la. 
Bagi murid yang 4 tahun. Serius memang lasak. Lepas dorang da siap kerja, dorang main. Ada yang jenis sepahkan pensel, ada yang baring bawah kerusi, ada yang keluar masuk kelas dan macam-macam kerenah la! adeh.. nasib baik ckj ni muda lagi.

Sweet moment hari kedua ni, masa nak balik ada sorang murid kata kat ckj "bye teacher jue" (jue hanya nama maya)  ohh.. so sweet.. walaupun ckj hari ni so sweat! hahahaa..


Alright sampai sini dulu. Nanti ckj share lagi. ^^