Isnin, 30 April 2012

Animax Channel

Siapa pakai astro? hah mesti tau kan astro bagi pelanggan dia 130 channel selama 10 hari kan? sempena dia menang award. Wah tak pernah-pernah astro buat macam tu. Dulu masa Channel Animax dalam demo aku suka layan cerita-cerita yang ada dalam channel tu. iya la cerita anime semua. Mana tak gile nya aku.

Lepas da habis channel demo tu. Parents aku tak mau langgan channel animax tu. Mereka kata kalau mereka langgan channel tu jawab nyer aku akan duduk depan TV 24 jam. huhu.. tapi memang betul pun. Aku pernah layan anime sampai pukul 2 atau 3 pagi. Aku layan cerita Doctor Black Jack, Cardcaptor Sakura, The Law of Ueki , Midori Days dan banyak lah cerita anime. hehehe..
Dah ada peluang ni aku pun apa lagi, hehehe.. try la tengok-tengok anime kat channel tu. Sedihnya banyak cerita yang aku tak dapat ikut sebab dah pertengahan cerita. Ada satu je anime yang aku still boleh layan kat channel tu. Cerita Inuyasha. hehehe. Lama tak tengok cerita tu. Lagi-lagi dia buat marathon direct je beberapa episod. wah memang best ar.. hehehe. terubat rindu kat cerita tu. memang best. ok That's all. Assalamualaikum.

*p/s : korang pula layan channel apa? tak kan semua channel kot? hehehe.

Plant vs Zombies

Assalamualaikum. Korang suka main games komputer tak? Aku kurang sikit ar dalam bab-bab main games ni. Sebab aku cepat bosan. hehehe. Satu-satu games yang berjaya aku main sampai habis level games Plant vs Zombie. hehehe. Best pula games ni! 
Games ni sampai level 10 je.. hehehe. Best. Kita kena pasang stategik supaya zombie ni tak masuk dalam rumah kita menggunakan pokok-pokok tu. hehehe. Korang pernah main tak games ni?

Ahad, 29 April 2012

Nak macam ni lah!

Assalamulaikum. Setelah jenuh menjoin segmen dan contest semalam, hari ni kembali seperti biasa. 

Bahagianya... >_< Bestkan dapat bentuk keluarga yang bahagia dengan suasana keagamaan. Nak bentuk keluarga macam gambar diatas perlu banyak persediaan dan ilmu sebelum berkahwin. Betul tak? lagi-lagi dengan cabaran hidup hari ni. 

Masa aku bersama dengan kakak-kakak dari Persatuan Rakan Pusat Islam, ramai diantara mereka yang dah mula baca dan cari ilmu berkaitan dengan kekeluargaan. Kata mereka, usia da meningkat jadi kita sebagai perempuan tak tau bila jodoh kita akan datang. Buatlah persediaan untuk menjadi isteri yang solehah dan bakal membimbing anak-anak kita kelak. Itulah kata-kata mereka.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)

Indahkan kalau satu hari nanti keluarga kita berjaya dibentuk keluarga kita dalam suasana islam? :)

*p/s : maaf seandainya entry ini tak mencapai mesej yang hendak disampaikan. 

Sabtu, 28 April 2012

Mood Join Segmen dan Contest yeah Hari ni

Assalamualaikum.Hari ni ckj akan join segmen dan contest. Entah kenapa ada mood mau join hari ni. First ckj minta maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan blogger yang ada tag ckj tapi ckj tak join pun. Maaf sekali. Terima Kasih sebab tag ckj. Ckj hargainya. :')

Sebenarnya ckj ikut mood ckj la.. rasa-rasa macam senang dan simple cara nak join sesuatu tu, ckj join. Ckj tak suke sangat benda yang complicated. hehehe. Oleh itu, pada entry hari ni akan banyak post segmen dan contest. alright. Siapa-siapa yang nak ajak ckj join  cepat-cepat ckj tengah ada mood ni.. hehe. :D


segmen by Cik Buaya : follow rakan blog sambil menang topup

Klik banner untuk join.


Contest Blog Comel + Oh-Seem by Norsyuhada Binti Johan

Klik Banner untuk join.>_<


Segmen : PENCARIAN BLOGGER SELURUH DUNIA!!


Nama blog : Kay Jue Blog
url blog :  kayjueblog.blogspot.com

1st Contest by Akma , Wany & Mira

Klik banner untuk join :)


Id FB : Cik Kay Jue
Id follower : Cik Kay Jue


Jumaat, 27 April 2012

Sanggup Jasadnya dibakar kerana...

Assalamualaikum. Salam Hari Mulia, Hari Jumaat. Hari dimana, bila kita perbanyakkan  berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, selawat kita akan diperlihatkan kepada Baginda hari jumaat, iaitu hari ni la.. kan?  Di Perbanyakkanlah selawat kita pada hari jumaat. :)

Alright ckj mau share satu kisah yang ckj petik dari buku yang ckj sedang baca sekarang ni. 
Diceritakan dalam sebuah hadis qudsi, bahawa terdapat seorang pemuda yang takut sekali terhadap azab Allah. Sebelum meninggal dunia, dia memerintahkan supaya membakar jasadnya dan menebarkan abunya di tanah, kerana terlalu takut kepada azab di neraka kelak. Tetapi kemudian Allah mengumpulkan abu itu dan bertanya, "Wahai hambaKu, apa yang membuatmu melakukan ini semua?" Orang itu menjawab, "Wahai Tuhanku, aku takut kepadaMu dan takut akan dosa-dosaku." Dan Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.

Khamis, 26 April 2012

Tali Seliparku Ghaib

Assalamualaikum. hahaha. ckj rasa macam nak tergelak bila letak tajuk entry macam tu. haha.. Bukan selipar ckj la.. Juz ckj mau share tentang selipar. Tengok ni.. 


Mana tali dia? Ghaib.. hehe.. ada tapak je. Yang ckj tau selipar ni dibuat daripada getah yang boleh melekat pada tapak kaki. Sebab tu la boleh pakai. tengok ni..


Agak-agaknya ada tak jual selipar ni kat Malaysia? Setakat ni ckj tak pernah jumpa lagi kedai yang ada jual selipar ni.

*p/s : ada yang teringin nak jadikan selipar ni selipar harian? :P

Spontaneous Thursday*23

Allah S.W.T. berfirman :
.... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal dia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. 
(Al-Baqarah : 216)

Selasa, 24 April 2012

Adab-Adab Menghadiri Majlis Ilmu #2

 Assalamualaikum. Hari ni ckj mau sambung tentang adab-adab menghadiri majlis ilmu #2. Sebelum ni ckj da kongsi fasal adab-adab manghadiri majlis ilmu #1 dan  kebaikkan menghadiri majlis ilmu.

Antara adab-adab menghadiri majlis ilmu

5. Kita digalakkan duduk rapat-rapat. lutut bertemu lutut.

 Pada zaman para sahabat mereka membuat majlis ilmu ini dimerata tempat tiap kali mereka berjumpa.. Pada suatu hari mereka buat majlis ilmu dibawah sepohon pokok yang rendang. Daun-daun pokok yang berguguran itu, tiada satu pun yang jatuh ke tanah, tapi daun-daun tersebut jauh di atas ribaan para sahabat. Di sini menunjukkan betapa rapatnya mereka duduk. 

kenapa kena duduk rapat-rapat? 
i. Dapat satukan hati semua yang hadir.
ii. Dalam majlis ilmu ni bukan saja manusia yang menghadirinya, tapi ada dua lagi makhluk Allah yang turut hadir. iaitu maklaikat dan syaitan. 

Kalau kita tak duduk rapat-rapat, ruang-ruang yang kosong itu akan ada syaitan di ruang tu.

Syaitan ni dia datang bawa tiga benda,
i.lipstic -nak bagi orang yang hadir tu bercakap-cakap dan tak dengar apa yang disampaikan dalam majlis.
ii.celak - nak bagi orang yang hadir majlis tersebut mengantuk.
iii. tongkat - nak bagi orang yang ada dalam majlis ilmu tu tak duduk diam dan gelisah dalam majlis tersebut.

Malaikat pula, dia ditugaskan oleh Allah untuk mencari majlis ilmu yang ada di bumi ni. 
Bila Malaikat da jumpa majlis ilmu ni, dia akan datang di majlis tersebut dan panggil kawan-kawan dia sekali untuk join majlis ilmu ni dan akan berhimpit-himpit hingga memenuhi ruang majlis sampai ke A'rash Allah. 
Sifat Malaikat ni ada dua. Taat dan patuh.(maaf ckj tak berapa sure, sama ada dengar dan patut atau taat dan patuh) bila kita duduk rapat-rapat insya Allah kita akan dapat sifat tu.

6. Kita janganlah pandang sifat buruk penyampai ilmu tersebut.tetapi ambil apa yang disampaikan.
7. Setelah selesai majlis, hendaklah kita tutup majlis tersebut dengan Tasbih Kifarah dan surah Al-  Asr.

*p/s : maaf susunan ayat agak berterabur sebab ckj guna ayat ckj sendiri.

Dua bab


Assalamualaikum. Masuk minggu ni tinggal lagi lebih kurang 3 minggu saja lagi aku nak habis praktikal. Kemarin aku saja ler tengok report aku. Adeh... lagi dua bab tak cukup. huhu..pening kepala aku. Kalau sampai habis praktikal pun still tak dapat juga, nampaknya kena pandai-pandai la cari dan ambil bahan-bahan dari mana-mana sumber. huhu.. risau pula jadinya bila aku fikirkan. Payah juga praktikal ni walaupun tak de assignment, presentation, test dan lain-lain yang spesis denganya. Nak tak nak kena buat juga.huh! ok. tak pe aku tau apa nak buat sekiranya itu berlaku walaupun aku masih blur-blur daripada mana aku nak ceduk bahan untuk dua bab tu. hish... Wish me luck tau.. hehe.. :)

Isnin, 23 April 2012

Al-Kisah Jalan dan Pengguna Jalan

Assalamualaikum. Hari ni keadaan jalan raya agak lenggang pagi dan petang. Huh? mana perginya semua orang? cuti ka? Ada satu hari tu, jalan raya uih... busy giler...! entah kenapa dan apa yang berlaku hari tu.. pelik. Abaikanlah. Biasa la keadaan jalan raya kat Malaysia ni.. semua orang makin lama, makin kaya. Ramai yang mampu untuk beli kereta. Tu fasal la kesesakkan jalan raya mengiler sesaknya. Lagi-lagi kalau ada kerja-kerja pembaikpulih jalan. Faham-faham la keadaannyer... huhu.

Itu fasal jalan raya. Ini fasal pengguna jalan raya pula. Hish! aku benci betul orang yang nak membelok tapi tak bagi signal! suka-suka dia ja.. kalau aku terlanggar kereta kau, kau yang salah tahu! huhu... Ini memang biasa sangat berlaku kan? Sama ada dorang lupa nak bagi signal,  lampu signal rosak, atau takut bateri kereta habis sebab guna kuasa bateri untuk bagi signal, tak pun sebab button signal ada kat tempat duduk belakang tak sampai nak tekan button.. huhu.. sabar je la.. 

Macam-macam la ragam manusia kat dunia yang Allah ciptakan ni... layan dan hadapi je la senyuman.. haha..

Alright mari kita bayangkan.. keadaan jalan raya di Malaysia untuk 20 tahun akan datang.. mungkin kah akan jadi begini??
wow.. dahsyat dan menankutkan..Tapi kita perlukan jalan raya bertingkat dan jalan raya bawah tanah untuk elakkan kesesakan.. betul tak? 

Subhanallah! bertuahnya hamba Allah ni!

Assalamualaikum. Hari ckj mau share benda menarik lagi! Mungkin ada yang da pernah tengok. It's okay. sekadar berkongsi kepada mereka yang belum pernah tengok. :) Ckj terjumpa gambar ni di wajah buku, dalam group-group islamic. sayangnya ckj tak ingat kat group mana ckj jumpa gambar ni.
Subhanallah! bertuahnya hamba Allah yang empunya ibu jari ni. Ada nama Allah pada cap jarinya. Lepas ckj tengok gambar, secara automatiknya ckj pun check ibu jari ckj. hehehe..Mana ler tau kot-kot ada ke macam tu... kan? ok da check da. Tak de.. huhu. 

*p/s : Cer korang check.. ada tak pada jari korang? :P

Ahad, 22 April 2012

Tamagotchi

Assalamualaikum.Tiba-tiba pula aku teringat kat benda ni. Tamagotchi ni kalau tak silap aku, macam kita pelihara haiwan kesayangan. Kena bagi dia makan, minum, main dengan dia... kalau dia sakit kita kena rawat dia. kalau dia penat dia tidur. Tapi dia ini haiwan peliharaan dalam bentuk digital. Best jaga dia. Bila dia lapar, tamagotchi ni akan berbunyi macam bunyi jam digital. 

Dulu aku pernah ada tamagotchi ni. Masa tu umur aku baru berapa tahun entah. tak ingat. Aku pun tamagotchi warna ungu. haiwan peliharaan yang aku dapat kalau tak silap aku anjing ke arnab lebih kurang macam tu. Rupa tamagotchi aku hampir serupa macam ni...
Tapi aku punya bentuk segi empat, button dia warna oren. Aku sendiri pun tak tau tamagotchi ada kat mana dalam rumah aku sekarang. entah-entah dah buang da. huhu. 

Teringin pula nak main balik benda ni. hehe. Entah ada ke tak jual lagi sekarang benda ni kat Malaysia? hehe. 

*p/s : korang pernah tak ada/ main tamagotchi ni?

Sabtu, 21 April 2012

Order dari...

Assalamualaikum. Hari Rabu lepas, CKJ dapat order daripada Miss Iera, yang mau CKJ buatkan banner untuk blognya. Syukur Alhamdulillah dengan feedback yang Miss Iera beri, CKJ berjaya menyiapkan bannernya dalam masa 1 hari mengikut cita rasa dan kehendak Miss Iera. Ni la dia banner untuk Blog Miss Iera.
Syukur Alhamdulillah.. CKJ dapat komen yang positif dari Miss Iera selepas dia tengok banner ni >_< . Terima Kasih Miss Iera sebab sudi menggunakan perkhimatan saya. :)
*Tempahan masih dibuka. >_<*
Jangan lupa skodengan blog Miss Iera ea..

Aku ada kuasa

Assalamualaikum. Hahaha. Nak tergelak aku  taip tajuk entry ni. Bukan kuasa apa pun, cuma aku nak berbicara mengenai kuasa pelanggan. Ada kuasa juga tu kan? hehehe.. semua orang ada kuasa tu.

“Customer is always right!”
“ Kepuasan anda, Keutamaan kami”
dan banyak lagi moto-moto syarikat atau firma yang menjadikan aktiviti jual beli ni. Betul tak? Mesti korang pun biasa dengar moto-moto tu.

Aku  nak kongsikan satu situasi ketika membeli. 

Semasa di kedai kain hela.

Penjual : adik, mari-mari masuk tengok kain. Murah-murah.
Pelanggan : murah? Berapa ringgit?
Penjual : murah adik.. 3 helai RM100.
Pelanggan : kalau beli 1 helai saja berapa? Boleh bagi murah tak?
Penjual : ……… untuk adik saya bagi 1 helai rm 35. (sambil berbisik)
Pelanggan : ok. Kain yang corak bunga ni ada warna apa lagi?
Penjual : biru ada, merah ada, coklat ada, pink pun ada, oren… macam-macam.
Pelanggan : kalau macam tu , keluarkan semua warna yang ada untuk kain corak warna ni. Saya nak tengok satu-satu.
Tiba-tiba kawan pelanggan tu berkata kepadanya.dalam keadaan berbisik.

kawan : eh tak apa ka kita suruh dia keluarkan semua kain-kain tu? kesian pula aku tengok dia.
Pelanggan : tak apa la itu hak kita sebagai pelanggan kan? lagipun aku nak beli. bukan nak tengok saja-saja. aku mau pilih warna yang berkenan.
kawan : aku tak berani nak buat macam tu. 
Pelanggan : tak perlu takut. kita pelanggan. dorang kena la layan. betul tak? 
kawan : ......

Alright. Kalau korangkan, ada buat macam ni tak masa membeli? korang setuju tak apa yang berlaku dalam situasi diatas? 

Bagi aku, aku setuju. Kita sebagai pelanggan mesti la mau beli sesuatu yang bagus dan boleh puaskan hati kita kan? tapi jangan la melebih-lebih pula. Penat-penat penjual tu layan korang, tak beli pun. gayanya macam mau beli. Dorang bekerja juga. So, jadi la pelanggan bijak dan gunakan kuasa beli anda sebaik yang mungkin. 

*p/s: maaf la sendainya entry ni tak mencapai mesej yang hendak disampaikan. 

Jumaat, 20 April 2012

Adab-Adab Menghadiri Majlis Ilmu #1

Assalamualaikum. Hari ni ckj mau kongsi tentang adab-adab menghadiri majlis ilmu. Sebelum ni ckj da kongsi fasal kebaikkan menghadiri majlis ilmu. Ada yang ingat majlis ilmu ni hanya tertumpu kepada majlis-majlis keagamaan semata-mata. uih.. tak la. Majlis ilmu ni sama juga macam kita datang sekolah ke, pergi kuliah ke, mesyuarat ke duduk dalam sekumpulan kecik berbincang ke.. dan seumpama dengan tu. semua tu boleh dikatakan majlis ilmu. Asalkan ada perkara baik dalam majlis tu, itu dikira majlis ilmu. :)

Antara adab-adab menghadiri majlis ilmu.

1. Berwuduk.

2. menunaikan solat sunat taubat dua raka'at. (sekiranya mampu)

3. Mulakan majlis dengan membaca surah Al-Fatihah.

4.Sekiranya dalam majlis tersebut ada menyebut : Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W, RA dan seumpama dengannya, hendaklah kita menyahut/ menjawabnya dengan menyebutnya kembali. 

Terdapat suatu kisah ketika Nabi Muhammad S.A.W mahu naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah, Baginda didatangi oleh Malaikat Jibril dan Malaikat Jibril telah mendoakan 3 perkara dan di amin kan oleh Baginda. 3 perkara tersebut : 

1. Celakalah mereka yang tidak berpuasa di bulan ramadhan.
2. Celakalah mereka yang menderhaka kepada kedua ibubapa  mereka.
3. Celakalah mereka yang mendengar namamu disebut tetapi tak menyahutnya. 

Baiklah. 4 adab ni dulu. Nanti ckj sambung lagi beberapa adab lain, sebab dalam proses mengingat semula beberapa adab lain. hehe.  

Khamis, 19 April 2012

Doodleku ku cuba second time!

Assalamualaikum. Hari ini aku try buat doodle untuk second time! Kalau korang nak tengok hasil doodle aku yang first time boleh klik sini. hehe. Untuk doodle yang second time ni, aku buat pakai adobe photoshop version 0.7. (version tuk nenek) . Aku jumpa tutorial buat doodle ni kat blog alieff.com. Mula-mula tu memang susah ar nak faham step yang dia tunjuk tu.. disebabkan aku pakai adobe version lama, ada perubahan la sikit-sikit pada tools dia.. kena seacrhing dan detect yang mana button yang digunakan. Syukur Alhamdulillah dengan semangat berkobar tak kobar sangat ni akhir terhasillah doodle ini.. taaarrraaa...!

ok tak? huhu.. aku tak tau nak buat tangan dengan kaki la.. aku buat bulat-bulat je.. huhu.. kenal belajar lagi ni. Puas hati sangat-sangat akhirnyer berjaya aku buat doodle yang lengkap. hehe..  apa lagi meh la kritik doodle aku ni..



Spontanku di hari Khamis * 22


urm.. Saya...

Rabu, 18 April 2012

laff u

Assalamualaikum. Hari ini CKJ mau huraikan maksud yang tersirat di balik gambar ini pada entry beberapa hari yang lepas mengikut pandangan CKJ. Tak salahkan sekali sekala buka fikiran kita yang jarang berfikir secara serius dalam satu-satu hal? kan?

Banyak feedback yang CKJ dapat, mereka kata gambar tu comel. hehehe. memey comey. :) ckj dapat  1 feedback yang suarakan maksud tersirat di balik gambar tersebut. Terima Kasih atas kesudian anda menyatakan pendapat. ini dia.. 
Memang dahsyat dan meluas pemikiran kanak-kanak zaman sekarang ini. baru tadika, dah pandai da malu-malu dengan kawan yang berlainan jenis. Masa ckj tadika dulu, hah.. tak de malu-malunye.. kau dan aku sama je... pemikiran budak-budak. hehe. ckj terkejut juga dengan budak-budak yang baru sekolah rendah sekarang. Budak perempuan sembang-sembang fasal lelaki yang dorang suka. Pernah ckj terdengar perbualan diantara dua orang budak dalam lingkungan umur 10 tahun ke bawah. " kita rasa tadi si V tu pandang-pandang kita la tadi. Kita rasa dia macam suka kat kita." adeh... apa nak jadi ni.. lepas tu di facebook pula. wah.. budak-budak sekarang umur baru 7 tahun da ada facebook. Ckj pun umur 15 tahun baru buat account facebook. ish ish ish... lepas tu  post kat wall ayat jiwang-jiwang. power-power pula tu. serius! ckj terkejut dan tak sangka.
Kanak-kanak zaman sekarang ni kebanyakkannya semakin matang dalam hal-hal yang sedemikian. Pengaruh media massa banyak memberikan kesan kepada mereka sebab media massa la pengaruh yang paling dekat dengan kanak-kanak. Pengaruh lain, kemudahan IT sekarang. Banyak laman web games di internet sekarang. ini serius memang membahayakan. ckj juga pernah tengok seorang budak ni mengadap komputer main games cium-cium dan seumpanya dengannya.. astaghfirulllah al azim.. dunia zaman sekarang.

Ok lah. ckj pun tak mau la mengulas benda ni panjang lebar kang tersalah tafsir dan pendapat ckj akan jadi lagi mengarut. itu la maksud tersirat yang ckj nampak daripada gambar tersebut. Akhir kata, maaf seandainya pendapat yang ckj nyatakan ini ada menyentuh perasaan mana-mana pihak.

Wordless Wednesday*23


Selasa, 17 April 2012

10 atau 15 atau lebih..??

Assalamualaikum pembuka biaca petang ini hehehe...

Wah-wah.. sejak CKJ buat view  untuk 10+1 sticker hari tu, banyak pula request yang CKJ dapat. Pelik la. Masa CKJ buat acara tu tak pula banyak request. Macam tak de sambut. Huhu.

Baiklah, disebabkan ramai yang da minta-minta.. CKJ berhajat mau buat acara siapa nak tu sekali lagi… ok? Siapa setuju?  (mau pantau-pantau dulu ramai tak?) hehe.. Agak-agak korang,  CKJ nak buka had limit untuk berapa orang dulu? Kalau bagi CKJ dalam 10 orang ok kot.. kalau da over limit may be CKJ akan buka untuk 15 orang.. hm.. still thinking about that.(hahaha speaking kau.. :P)
Memandangkan CKJ memang tengah free sangat untuk beberapa bulan selanjutnyer .. jadi untuk mengisi masa agar tak terluang.. Insya Allah CKJ akan buat acara ni dalam hujung bulan Mei  atau awal bulan Jun. Jadi kena alert la. Sebab acara ni tak memerlukan korang buat entry khas, tag, like dan semua yang berkaitan. Ok terima kasih korang.. CKJ amat-amat menghargainya.. ^^

detim

Assalamualaikum.Selamat pagi bloggers. hehehe. tak de benda pun sebenar  Cuma CKJ saje mau share gambar berdialog ni untuk suka-suka.may be ada yang da pernah tengok. Tapi tak pe just sharing. CKJ terjumpa kat wajah buku. tak ingat bila dan fb mana. huhu.. 


*p/s : agak-agaknya ada maksud tersirat tak disebalik gambar comel ni? hehe..

Isnin, 16 April 2012

Hari ni Hari Isnin

Hari ni Hari Isnin. Hari-hari aku malas. Malas-malas sebab tak de kerja. Huhu.. Saje je aku datang lambat pagi tadi sebab malas nak datang sebenarnya.. Tapi hanya kesabaran yang mampu mengatasi segalanya. Kugagahkan juga hati dan diri ini pergi pejabat juga! Walaupun hati aku da bercampur baur sama ada mau atau tidak. Huu..

Pagi tadi masuk-masuk je pejabat mata aku terus tertumpu pada bilik bos. Syukur Alhamdulillah. Hari ni bos ada kat pejabat. Yeay! Hehe.. gumbira rasanya setelah sekian seminggu menunggu. Dan hari ni aku di tukarkan kat bahagian Fundamental pula kat tingkat 4 lagi hehehe... bestnyer!

Yang lagi best, masuk-masuk je da ada kerja. Wah-wah sukenyer.. da lama aku tak masuk bilik LNMS, tadi duduk kat bilik tu kejap buat kerja yang kak Niza bagi.. tak de ar bosan macam ni kan? Hehe.. huh.. aku betul-betul lega hari ni.
Mudah-mudahan aku dapat belajar banyak benda kat bahagian ni dan dapat sedikit sebanyak maklumat untuk report aku yang tak cukup lagi 2 atau 3 bab selanjutnya.. huhu.. jenuh aku nak menyiapkannya.. mudah-mudahan juga dapat lengkapkan sebelum bulan mei berakhir. Amin~ 

Assalamualaikum. Terima Kasih atas kesudian kalian membacanya.. :) 


*p/s : yeay !aku da boleh pakai baju kurung lepas ini ! hehehe..

Pesan Rasulullah Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :"Ya  Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh. 


Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah… Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : 

BACALAH SURAH AL-IKHLAS tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 

Bismillaahirrohmaan irrohiim, 
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walamyakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x ) 

BACA SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD DAN PARA NABI SEBELUMNYA, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 

Bismillaahirrohmaan irrohiim, 
Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) 


BERISTIGHFARLAH UNTUK PARA MUSLIMIN maka mereka akan meredloi kamu. 

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x ) 


PERBANYAKKANLAH BERTASBIH, BERTAHMID, BERTAHLIL, BERTAKBIR, maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh" 

Bismillaahirrohmaan irrohiim, 
Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

*p/s : dulu masa aku di poli selalu amalkan siap tampal pesanan ni kat dinding katil lagi. huhu.. sekarang kena istiqomah balik nak buat. Insya Allah akan terlaksana. korang juga kena istiqomah juga ea.. :)

Ahad, 15 April 2012

Untuk anda.. :)

Assalamualaikum. First sekali, CKJ tak start blog walking lagi. jadi siapa-siapa yang mau CKJ skodeng blog korang cepat-cepat tinggalkan jejak kat shoutbox atau ruangan komen mana-mana entry CKJ. hehe.. (adeh.. sempat lagi .. macam la ada yang suka ckj skodeng-skodeng blog mereka)

Alright guys, Semalam CKJ da view 5 sticker. Hari mau view lagi 5 +1 sticker lagi. hehe.. Kenapa plus 1? sebab ada masalah penerimaan dan penghantaran email berlaku. Jadi tu yang terlobeh 1. Maaf ya. huhu. Ni dia tarraa..

Terima Kasih kepada Ayesha Ramlee, Norzie,Ckin Kempaq, Cik Anis, Kaisara dan Cik Ros Cute kerana sudi sertai acara ini. :)

*p/s : ok la nak offline jap. nak makan kentang goreng sendiri. hehe. kejap lagi CKJ online skodeng blog korang.. hahaha..

Kebesaran dan Kekuasaan Nya

Assalamualaikum. Kemarin  CKJ buka youtube, CKJ ingat nak cari video-video klakar mau hiburkan hati yang hati lara ini. Tengah seacrh punya seacrh, agaknya Allah bagi petunjuk kat CKJ cara untuk tenangkan diri dengan melihat dan mensyukuri Kebesaran dan Kekuasaan Nya. Syukur Alhamdulillah CKJ dapat apa yang hati CKJ mau. Malah lebih daripada itu. Jum rasai apa yang CKJ rasa lepas tengok video ni.


Subhanallah... ! Bayi tu sujud bila ayat Al Quran dibacakan. Allah Maha Hebat! 

Sabtu, 14 April 2012

Untuk awak.. :)

Assalamualaikum. Malam CKJ mau view 5 sticker berdasarkan entry CKJ yang ini. Jutaan Terima kasih CKJ ucapkan kepada mereka yang sudi join acara tersebut dan sudi bagi request mereka untuk sticker ini. CKJ banyak dapat request untuk warna pink dan ungu. Untuk bentuk pula ramai yang nak bentuk bulat. ada juga diantara mereka yang jadikan sticker ni sebagai watermark. Jadi CKJ transparentkan sticker tu baru cun nak letak kat gambar betul tak? hehe.. alright, ni dia..


Thanks kepada Dalila Diela, Annaqia, Ainur Hamzah, Detective Fiqa, dan Minah Sempoot. >_< Syukur Alhamdulillah CKJ dapat feedback yang positive daripada mereka. Jangan lupa skodeng blog mereka ea.. 

*p/s : ada lagi 5 sticker tak view lagi.

Jangan sampai putus kawan gara-gara duit!

Assalamualaikum. Ini kisah fasal apa yang terjadi ahad  lepas. Serius aku memang terkilan dan geram. Berkemungkinan besar lepas ni aku kena lebih berhati-hati bila ada orang yang dah lama tak tegur aku dan secara tiba-tiba tegur. 

 Beberapa hari sebelum peristiwa itu berlaku, di wajah buku a.k.a facebook. Tiba-tiba ada seorang kawan aku ni yang aku tak la berapa rapat dengan dia tapi kenal la juga dia. Dia tegur aku kat chat mesej facebook. Aku pun tegur la balik kan, kang tak fasal-fasal kata aku sombong pula. Nak di pendekkan cerita, katanya dia bosan hari ahad ni dan ajak aku keluar. Siap nak ambil aku kat rumah lagi naik kereta. Aku pun setuju je la mau keluar dengan dia. Siap nak ambil lagi tu, memang cun ar macam tu. kan? Tapi aku pelik la biasanya dia tak macam ni. huh.. may be dia memang da bosan sangat kot. tak pe la.

Tiba hari ahad. Aku ada juga la tanya dia, mau bawa aku pergi mana, tapi dia macam susah nak cakap. pelik. Tak pe la macam tu ikut je la.. Di ringkaskan lagi cerita, rupa-rupanya dia mau ajak aku join jualan langsung. Ceh! patut la aku rasa pelik semacam. sampai hati dia buat aku macam ni. Aku punya la ingat dia betul-betul rindu dan nak ajak lepak. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang macam tu. Ramai. semua muka tegang. Mungkin dorang pun kena macam aku juga, entah-entah lagi teruk. huhu. Serius aku terkilan! sedih.. :'(
Lepas peristiwa tu berlaku, aku macam kurang percaya sikit pada mereka-mereka yang da lama tak tegur aku dan tiba-tiba tegur. Masa ni baru nak buat-buat baik, mengaku sahabat lama.. huhu. Semalam aku hampir terkena lagi dengan kawan yang lain pula! Syukur Alhamdulillah aku dapat detect dia nak ajak aku pergi ke tempat jual langsung tu lagi! huh! aku da tak sanggup da nak pergi situ lagi. huhu.. Macam guna Taktik kotor la cara mereka tarik orang ajak join. huhu.. tak suka.. :( Boleh jadi putus sahabat tau gara mau cari duit. Tapi aku tak de la sampai macam tu dengan kawan aku tu. cuma Kecewa dan terkilan. huhu.. 

Jumaat, 13 April 2012

Ais Kream Tradisional

Assamualaikum. Malam ni aku mau cerita fasal Ais Kream Tradisional. Aku biasa panggil ais krem ni, Ais Kream Malaysia. Mungkin sebab ais kream ni ada kat Malaysia je kot. entah la. hehe.  ais kream ni jarang ada jual kat kedai-kedai runcit. Biasanya jual kat rumah-rumah orang dengan harga 20 sen sebatang ikut zaman sekarang ni.
Dulu lepas balik sekolah, kalau dahaga  aku beli ais kream ni. Ramai budak-budak suka makan ais kream ni. Terutamanya ais kream berperisa coklat atau lebih sinonim dengan perisa milo. Ais kream paling murah dan mampu beli. betul tak? aku tak ingat bila first time aku makan ais kream ni. tau-tau je ais kream ni da wujud da. lama da. Masa tu harga ais kream ni 10 sen dapat 2 batang ais kream. hehe. Sampai sekarang ada lagi jual ais kream ni kat rumah-rumah orang dan permintaan kepada perisa milo tak pernah berkurang. Betul tak? 

*p/s : tinggalkan komen  korang kalau korang  pernah makan ais kream Malaysia ni.hehe

Minta Jangan tak Minta!

Assalamulaikum. Salam Hari penghulu segala hari. Berkenaan dengan tajuk entry ini. Mau minta pada siapa?  ianya lebih berfokuskan pada yang Maha Esa Maha Mendengar dan Maha Memberi, Allah s.w.t.

Aku  pernah terdengar daripada siapa entah la. tak ingat.(maaf) Katanya.. "Kalau anda tak minta apa yang anda nak pada Allah, Macam mana Allah nak beri? sebab anda tak minta." lebih kurang macam tu la.. Lepas aku da dengar macam tu, baru fikiran aku terbuka. "eh, betul juga kan?" .. sejak daripada tu, tiap kali lepas solat aku selalu doa pada Allah supaya tunjukkanlah kelebihan aku untuk aku berjaya di dunia dan di akhirat. Serius aku tak tau apa kelebihan aku sebenarnya dan aku memang nak tau sangat-sangat. Syukur Alhamdulillah makin lama aku makin nampak apa kebolehan aku walaupun masih samar-samar, tapi aku dapat rasa yang Allah sedang tunjukkannya pada aku secara perlahan-lahan.
Aku juga minta pada Allah supaya permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah. Aku dapat rasakan bahawa urusan aku dipermudahkan oleh Nya. Terutamannya sekarang aku tengah praktikal. Syukur Alhamdulilah. Banyak bantuan yang aku dapat dalam usaha aku nak dapatkan maklumat untuk report aku. Terima Kasih Ya, Allah!  

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Jadi minta la pada Nya, nescaya Dia akan memperkenankanNya. Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa.  Semoga Anda dapat merasakannya juga. :)

Khamis, 12 April 2012

Korang nak tak makan kalau...

Assalamulaikum. . aku ada benda menarik mau share. fasal sotong. hehe maaf la video bahasa asing.. korang tengok je la video ni dan perhatikan..


*p/s : urm.. korang nak ke makan sotong tu ? 

Spontaneous Thursday*21


Antara ucapan Terima Kasih dan Thanks
Mana lagi best?
Ada beza tak ataupun same je dua-dua...

Rabu, 11 April 2012

Number One For Me


Assalamualaikum. Number One For Me. Best pula lagu ni Video klip dia pun aku suka. Sesuai untuk hari ibu. Sweet je.. jum layan.. >_<


*p/s : Sayang Mak Aku. ^____^

Wordless Wednesday*22


*p/s : owh.. macam tu rupanya... hahahaha.. >_____<

Selasa, 10 April 2012

Minggu-minggu terakhirku

Bulan April ni, secara automatic nyer tempoh praktikal aku hanya tinggal lebih kurang 6 minggu saja lagi aku di ANDKL... :) 

Alright, untuk minggu ni sepatutnya aku da tukar kat bahagian lain.. tapi macam biasalah, disebabkan bos tak de aku tak dapat nak tukar ke bahagian. Sebabnya, aku memerlukan cop dan autograf mereka. Lagi pun bos ada pesan kat aku masa nak tukar kat bahagian lain tu, kena jumpa dia dulu Jadi aku tunggu je la. Da takdir...  aku pun dah malas nak stress-stress. 

Kak Rusma asyik tanya je bila aku mau naik tingkat 4 balik. huh.. selagi bos tak menghadirkan diri di pejabat selagi tu aku tersepit di sini. adeh... tak pe lagi 6 minggu je la.. sabar ea wahai diriku yang comel.. >_< pujuk diri sendiri supaya senyum. :) ok that's all. Assalamualaikum. 



Kebaikan Menghadiri Majlis Ilmu

Assalamualaikum. Rasa macam dah lama tak share ilmu kat Kay Jue Blog kan? Baiklah, hari mau share mengenai tajuk entry diatas. Mari baca apa yang CKJ tulis. >_< 


Menghadiri Majlis Ilmu adalah lebih baik daipada
menunaikan solat sunat 1000 raka'at
menziarahi 1000 orang pesakit
menghantar 1000 jenazah keperkuburan
menyedekahkan 1000 dinar ke jalan Allah

setiap langkahnya sepanjang perjalanan ke Majlis Ilmu tersebut, bagaikan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat

setiap langkahnya sepanjang perjalanan ke Majlis Ilmu tersebut, Allah angkatkan satu darjat dan di ampunkan satu dosa baginya.

Nama-nama mereka dan kedua ibabapa mereka yang menghadiri Majlis Ilmu tersebut, akan disebut di hadapan Allah dalam Majlis para malaikat. 

Dosa kedua ibubapa mereka juga diampunkan.

Mereka yang menghadiri Majlis Ilmu tersebut, pada hari akhirat akan duduk diatas mimbar-mimbar mutiara.

*p/s : sebenarnya banyak lagi, Tapi CKJ ingat-ingat lupa la. Dah lama tak join Taklim sejak praktikal ni.

Isnin, 9 April 2012

Dah ok :)

Assalamualaikum. huh.. payah betul la lappy rosak walaupun sehari. stress. Syukur Alhamdulillah, Lappy aku da sihat da tadi dengan pertolongan dan bantuan En.Zack. korang kenal En.Zack? ala.. kawan aku yang excident tu..  Syukur Alhamdulillah dia da ok da dan datang office hari. Ok tu perkembangan bagi entry ini.

Nasib baik Zack tau format komputer. aku suruh dia formatkan lappy comel aku ni. hehe. Alhamdulillah sekarang lappy aku da ok. aku pun tersenyum kembali seperti sedia kala. kestressan pun hilang serta merta. hehehe. Thanks En. Zack kerana menjadi doktor bedah kepada lappy comel saya

Alright. Jap lagi aku mau skodeng blog-blog korang, dan insya Allah akan reply komen dan kunjung shoutbox korang. ok aku nak blogwalking dulu,  awan terbang aku  da lama tunggu nanti habis minyak pula. hehehe. Selamat berblogging kawan-kawan! >_<

Ahad, 8 April 2012

hish....

Assalamualaikum.huhu.. hari ni tak sempat nak update entry macam hari lepas-lepas. Tiba-tiba pula member ada keluar tengah hari tadi, sedang aku syok buat sticker. huhu.. penat betul baru je balik beberapa jam yang lepas.Maaf ya CKJ tak dapat nak melakukan aktiviti blogwalking malam. penat seh.. dont worry CKJ akan balas kunjungan dan komen-komen anda nanti. >_ < thanks sebab sudi skodeng kat blog ni. :)

Mood aku kurang ok sikit ar hari ni. lappy aku buat hal lagi! nasib baik tak ganggu aku untuk blogging dan buat benda-benda lain. cuma desktop aku dia punya background jadi warna hitam. Window  is not genuine... adeh.. benda ni lagi! nampak sangat dia window ciplak.. huhu.. Aku baru je format lappy ni 5 bulan yang lepas! tup tup hari ni buat hal! ceh, rasa macam kena tipu je dengan apek yang betulkan lappy aku ni! (geram pula rasanya) tak kan la sebab aku kerap buka internet. agak-agak la kan? huhu.. susah hidup aku kalau tak de lappy weh.. huhu.. Stress~~~

Ok la mau tidur mata aku pun da macam panda da ni.. hehehe.
(comel juga kan panda? >_< )

*p/s : ada sesiapa yang tau tak macam mana nak buat dengan lappy CKJ tu.. ? huhu..


Sabtu, 7 April 2012

Siapa Nak...

Assalamulaikum. Insya Allah ini entry terakhir daripada CKJ ... :'( 

hahaha.. entry terakhir untuk hari ni. Lepas ni CKJ mau balas kunjungan dan komen-komen korang. >_< 

Alright sempena dengan Birthday CKJ hari ni, CKJ dengan bermurah hatinya mau buatkan/ beri Sticker free untuk korang.. ada sesiapa yang sudi/ nak CKJ buatkan sticker? huhu.. 

CKJ akan limitkan untuk 10 orang terpantas yang tinggalkan jejak korang di ruang komen entry ni. korang taip macam ni 'saya nak >_<' then tinggalkan juga email/ fb atau yang seumpama dengannya untuk memudahkan CKJ contact korang. :)

Ok, Acara bermula sekarang dan berakhir setelah cukup limit. >_<
harap adalah yang sudi tinggalkan jejak ya.. :)

~NEW UPDATE 8 APRIL 2012~
ok da cukup 10.. thanks  >_<

Choco Cafe

Assalamualaikum. Entry adalah part terakhir sambungan dari Entry : Bungkusan Misteri daripada Pemandu Van. >_<  hehehe.. Alright sebelum tu CKJ nak beritahu, entry ini banyak gambar. kalau rasa-rasa macam lambat loading buka new tab/ new window skodeng blog lain dulu ok? >_< 

Baiklah ramai yang dah tanya-tanya CKJ apakah Misteri disebalik pembalut love warna pink tu. Biar gambar yang bercerita. Jum Check it Out!  >__< ( 21 gambar seh!)
uh... jenuh aku membukanya.. ambil masa 1 jam tau! akhirnya dapat juga.. so korang sendiri pun dah tengok kan gambar hadiah tu? mug comel Choco Cafe. Aku suke sangat2! >___< comey. 

*p/s : maaf entry ni me loading kan internet anda.. huhu