Jumaat, 17 Februari 2012

Banyak Best Ma!

Assalamulaikum. 


2 bulan di bahagian Details Planning di TM Bukit Anggerik, dan hari ini mungkin hari terakhir aku kat situ. Next week tak tau la kat bahagian mana. Banyak  kenangan yang best masa kat bahagian Details Planing ni. boleh dikatakan setiap hari kalau tak ketawa tak sah. (kadang2 ketawa diam2 je sebab terdengar staf2 ni borak benda klakar hehehe.. :P). Ok , boleh juga di katakan tiap-tiap hari aku akan jumpa dengan 3 orang ini. Kak Yatie, Abang Zefrull, dan Pak Cik Nizam.  Sebab aku di letakkan bawah dorang. Memang best. Perangai dorang pun giler2 gak. Hehe. Banyak benda klakar yang aku ingat. Hehe..

Masa Pak Cik Nizam ajak Abang Zefrull pergi solat jumaat. sebelum nak pergi tu, Pak Cik Nizam doa “Ya Allah, Ya Tuhanku kau kurniakanlah Zefrull zuriat yang soleh dan solehah...... Amin~~” siap tadah tangan lagi tu depan Abang Zefrull.  Pastu dia sambung balik doa “ea terlupa pula nak doa... Ya Allah kau temukanlah jodoh buat aku.. ~amin~”   hehehe..  buat orang kat situ tergelak je, Pak Cik Nizam ni. (aku pun meng ‘amin’ kan  doa tu... mudah-mudahan kan? Hehe) .  lagi satu masa Kak Yatie dengan Abang Zefrull tolong Kak Farhana buat redmark dia. Kak Farhana tengah tangkap gambar. Lepas selesai tangkap gambar, kamera Kak Farhana berasap.. tapi kamera tu rasanya  still elok lagi sampai sekarang . tak tau fasal apa dia berasap. Aku gelak je la. Dahsyat betul. Ni memang betul2 fokus buat kerja. Sampai berasap kamera. Haha.. :P

Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang klakar masa aku join dorang buat kerja dan survey . biarlah yang lain2 tu aku simpan dalam kenangan yang best buat aku masa praktikal ni. ok? Hehe...  hari ni sama macam masa minggu pertama aku start pratikal. Kak Yatie tak sihat. Jadi dia MC. Yang ada Abang Zefrull dan Pak Cik Nizam.

Kalau boleh kan, aku rasa macam tak nak tukar bahagian la.. sebab aku da selesa da kat Details Planing. Tak bosan. Kerja pun banyak. Banyak maklumat juga yang aku dapat. Seronok.Aku sebenarnya masih blur lagi tentang next week. Macam mana nak tau aku kat bahagian mana  lepas ni. Aku pun mesej la member aku. Hampeh. Tak reply. It’s ok. Kau tak nak replay ea. Aku tanya bos. Senang. Direct . betul tak? Tapi sebelum tu tiba-tiba je Abang Zefrull tanya.

“ minggu depan kau ada lagi kan? “
“Hari ni last. Pastu tukar kat bahagian lain.”
“Kau stay je sini. Macam2 da yang kita orang da bagi kau. Kiteorang bagi ilmu... bagi makan.. macam2..  Kau tak kesian ke kat abg nizam, kak yatie kat aku?”
“ sy kesian kat kak yatie je. hehehe.. ”
“Owh kat aku kau tak kesian pula? “
“..... “  ( dalam hati aku, da Abang macam chipmore kejap ada kejap tak. Susah nak kesian kat Abang . hehehe.. :P)
"Tak pe la kau da tak nak kawan dengan kiteorang. Sapa la kita orang ni..."

sudah, macam tu pula. huhu..

Untuk dapatkan lebih kepastian yang tulus. Aku pun pergi kat bilik bos.tanya.

“Encik,  Hari ni da  cukup  2 bulan saya kat sini. Pastu kena rotate tukar bahagian lain. Saya nak refer kat siapa ea untuk tau hari isnin saya kat bahagian mana?”
“Awak stay sini dulu. Tunggu yatie datang.”
“ Kalau boleh memang saya nak stay sini jer.”
“Awak stay sini dulu. Nanti saya cakap dengan Cik K”
“Jadi hari isinin nanti saya kat sini lagi la?”
“Iye”

Gembira rasanya dapat stay kat Details Planning lagi. Kalau boleh sampai habis praktikal pun tak pe. Tapi tu lah, report nanti nak tulis apa ea? Kalau banyak lagi maklumat kat situ ok la. Aku no hal je. Huhu.. apa-apa pun aku tetap kena tunggu hari isnin untuk tau keputusannya.

*p/s : Jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak bantu aku. Banyak best! Terima Kasih. :)

4 ulasan :

  1. awak dah keje ye~ tktaw latar belakang. hehe. nampak best je life awak. kawan2 yg kelakar. hehe. moga ceria sokmo ^^

    BalasPadam
  2. ciksukaberangan Thanks sebab sudi baca entry saya yang panjang ni. huhu.. kita sebaya la awak.. hehe.. saya masih belajar lagi. sekarang tengah praktikal. hehe.. buat masa sekarang ni, alhamdullillah life saya memang best.

    awak pun moga ceria selalu neh. >_<

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)