Selasa, 21 Februari 2012

Bila Bos melawat pekerja-pekerjanya...


Assalamualaikum. Hehe.. klakar la hari ni. aku tak tau nak mulakan dari mana...  alright. Macam ni la. Dalam jam 9 atau 10 pagi di TM Bukit Anggerik, tingkat 4 bahagian details planning. Aku dengan Kak Yatie masa tu ada dekat dalam Local Management Network System Room (adoi panjang pulak nama bilik tu) di pendekkan jadi LMNS room, buat pembetulkan planning. Jadi kitaorang leka la kat dalam tu. bilik tu kat dalam pejabat tu jugak.

Di pendekkan cerita, tiba-tiba je Pak Cik Nizam yang ada kat luar tu masuk then duduk dekat dengan kitaorang. Buat-buat macam tengah ajar kitaorang  design plan dalam komputer. (Sebenarnya memang sebelum ni Kak Yatie dengan aku tanya dia kalau ada apa-apa yang tak faham pasal design plan ni dan dia akan masuk dalam bilik tu bila Kak Yatie panggil. Da selesai dia kuar) . pelik jugak. Tengok-tengok bos besar  da masuk pejabat... kata Pak Cik Nizam “aku tengah tunggu ford aku naik. Sekali bos datang terkejut aku. Terus tutup. Tengah naik tadi tu. tinggal nak jual je.. hish...”  hehe.. tu la pak cik ni.. kan da hampir nak kantoi. Ish ish..

Itu baru Pak Cik Nizam. Lepas tu Abang Zefrull pula masuk. Wah.. siap ada file di tangan! Lagak macam ada benda penting je dalam file tu. hahaha.. adoi.. klakar betul. Apa lagi kena perli la dia dengan Pak Cik Nizam dan kawan-kawan Pak Cik Nizam. Hahahaha.. macam-macam la gelagat dorang bila bos datang melawat. Semua jadi pekerja contoh. Semua jadi baik. >_<

*p/s : bila aku da bekerja nanti aku harap aku ada kawan-kawan yang happening dan giler macam dorang. :)

4 ulasan :

  1. kdg2 pulun buat kerja sampai tak angkat kepala.. konon sibuk sangat.. padahal tak der kerja sangat pun

    BalasPadam
  2. @syiela haha.. macam tu pula gayanye.. >_<

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)