Selasa, 26 Jun 2012

Ajal Datang Menjemput di Malam Perkahwinannya

Assalamualaikum. Ckj buka facebook tadi. terjumpa kisah ini. May be ada yang dah pernah baca. Tapi tak pe la sekadar berkongsi. 

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: "Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "
Ibunya terkejut: "Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air." 
Tambah ibunya lagi: "Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."

Anak perempuannya menjawab: "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!” 

Ibunya berkata: "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: "Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir! Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya!

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

29 ulasan :

  1. touched ! :( awesome muslimah

    BalasPadam
  2. meninggal dalam iman. bertuahnya dia. :)

    BalasPadam
  3. harap2 kita pun nanti akan pergi sebagai wanita muslimah yang baik.
    aamiin
    :')

    BalasPadam
  4. sedih , meremang bulu romo baca nie . tapi nie sebagai peringatan untuk kita semua :)

    BalasPadam
  5. ape mak dia ni..ish2..
    hurmmm kalau Allah nak, tanpa make up pon cantik berseri2

    BalasPadam
  6. moga-2 kita semua dpt mati dlm iman . amin :)

    BalasPadam
  7. suka entri ni :)

    moga sama2 kita mnjadi muslimah yg solehah ..

    BalasPadam
  8. mati dlm sjud la yg diidamkan org islam..bgus wanita ni..:)

    BalasPadam
  9. Tersentuhnyaaa dengar cerita ni .SubhanAllah ... :)

    BalasPadam
  10. Subhanallah..
    khusnul khatimah..
    respek dengan anak perempuan tu..:)

    BalasPadam
  11. memang bertuah dia Chic Na... kita entah macam mana kan?

    BalasPadam
  12. itu la may be mak dia tak nak malu kot. Edy Fee...

    BalasPadam
  13. ckj pun respek dengan Jahidih Saili... wah lama tak nampak..

    BalasPadam
  14. SubhanaAllah.. itulah bukti kekuasaan Allah kan?

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)