Rabu, 18 April 2012

laff u

Assalamualaikum. Hari ini CKJ mau huraikan maksud yang tersirat di balik gambar ini pada entry beberapa hari yang lepas mengikut pandangan CKJ. Tak salahkan sekali sekala buka fikiran kita yang jarang berfikir secara serius dalam satu-satu hal? kan?

Banyak feedback yang CKJ dapat, mereka kata gambar tu comel. hehehe. memey comey. :) ckj dapat  1 feedback yang suarakan maksud tersirat di balik gambar tersebut. Terima Kasih atas kesudian anda menyatakan pendapat. ini dia.. 
Memang dahsyat dan meluas pemikiran kanak-kanak zaman sekarang ini. baru tadika, dah pandai da malu-malu dengan kawan yang berlainan jenis. Masa ckj tadika dulu, hah.. tak de malu-malunye.. kau dan aku sama je... pemikiran budak-budak. hehe. ckj terkejut juga dengan budak-budak yang baru sekolah rendah sekarang. Budak perempuan sembang-sembang fasal lelaki yang dorang suka. Pernah ckj terdengar perbualan diantara dua orang budak dalam lingkungan umur 10 tahun ke bawah. " kita rasa tadi si V tu pandang-pandang kita la tadi. Kita rasa dia macam suka kat kita." adeh... apa nak jadi ni.. lepas tu di facebook pula. wah.. budak-budak sekarang umur baru 7 tahun da ada facebook. Ckj pun umur 15 tahun baru buat account facebook. ish ish ish... lepas tu  post kat wall ayat jiwang-jiwang. power-power pula tu. serius! ckj terkejut dan tak sangka.
Kanak-kanak zaman sekarang ni kebanyakkannya semakin matang dalam hal-hal yang sedemikian. Pengaruh media massa banyak memberikan kesan kepada mereka sebab media massa la pengaruh yang paling dekat dengan kanak-kanak. Pengaruh lain, kemudahan IT sekarang. Banyak laman web games di internet sekarang. ini serius memang membahayakan. ckj juga pernah tengok seorang budak ni mengadap komputer main games cium-cium dan seumpanya dengannya.. astaghfirulllah al azim.. dunia zaman sekarang.

Ok lah. ckj pun tak mau la mengulas benda ni panjang lebar kang tersalah tafsir dan pendapat ckj akan jadi lagi mengarut. itu la maksud tersirat yang ckj nampak daripada gambar tersebut. Akhir kata, maaf seandainya pendapat yang ckj nyatakan ini ada menyentuh perasaan mana-mana pihak.

40 ulasan :

  1. semkin canggih dunia smakin rosak bangsa dan rakyat huhuhu. asmelahh budak2 sedara fiqa ponn dh pndai nak kapel2 =="

    BalasPadam
  2. dunia semakin maju , budak2 kecik pun maju laa . hehe . hani mule ade acc FB mse umur 18 . hehehe . lmbat berkmbang lgpun dulu2 mak ayah x kasik pasang internet dekat rumah .

    BalasPadam
  3. tau takpe... bebudak skarang. dah makin pandai dahh.. power2 haa ayat2 diorang.. bercintan cintun nii.. dulu2 kan.. waktu kita kecik takde nak bercinte2 nie. kita lepas balik sekolah duduk kat rumah. ni diorang petang2 dah pandai dahh ade kuar ngan pakwe lah makwe laahh..

    BalasPadam
  4. kanak-kanak sekarang matang sebelum usia. mungkin peredaran zaman membuatkan mereka jadi matang. mungkin juge pengaruh media massa. lagipun sekarang semua boleh access di hujung jari. rasa macam diri sendiri plak tak cukup matang bile tengok kanak-kanak bercintan-cintun bagai. uhu~ (panjang la pulak~ teehee)

    BalasPadam
  5. Ckj umo 15 ada fb.. padlie umo 27 baru ada fb... :D

    BalasPadam
  6. Fisha ade fb mse form4. hihihi

    betul jugak ape yg ckj ulas ni. kita2 dulu takde makne nya nak malu-malu ni. fisha dulu selekeh jer gi sekolah.

    bdk2 skrg tak cmtu. malu konon. nk kene makeup dulu. pelik2 kan? eish. sampai camtuh sekali.

    kalau fb dah ade.. konfem2 fon mahal2 wajib ade? lpas UPSR mintak mak ayh beli fon cggih2.

    komen pjg lak. hehe

    BalasPadam
  7. kalau dulu zmn2 skola byk bnd yang tak tau..tapi bdk2 skrg,umo 12 tahun dah pndai kaple..dah pndai mcm2..huhu

    BalasPadam
  8. kita tak boleh juga nak salahkan kecanggih dunia sekarang Detective Fiqa.. cuma yang canggih tu tak digunakan dengan cara yang.. dan rasanya kurang pematauan parents kepada anak2 gara-gara sibuk dengan urusan kerja seharian.. may be.. -.-

    BalasPadam
  9. Hani Shaa: biasa la tu internetkan melekakan manusia.. :)

    BalasPadam
  10. tu la Noor Adibah Binti A.Latif.. nampak sangatkan perbezaan gaya hidup dulu dan sekarang...

    BalasPadam
  11. betul tu anNaqia.. mereka nampak matang kalah usia mereka.. tak pe insya Allah jodoh awak akan sampai nanti.. :)

    BalasPadam
  12. padlie : hehehe.. terawal beberapa tahun.. :P

    BalasPadam
  13. tu la fisha pengaruh banyak kat mereka... it's la Dak Fisha komen panjang2 la ckj suke.. >_<

    BalasPadam
  14. betul acheeqa farhana.. sama la kita..

    sekrang ni macam2.. hish..

    BalasPadam
  15. dulu sy masa tadika rsany xdk malu2..siap main aci ligan duduk sama2 ad la,yg paling best lawan pukul ngn bdk kls sbb rebut colour pensil.*haha sungguh x matang*
    betul ckp ckj,kdg2 penuh dkt wall tu ayt jiwang2 bila laki tu smbng ngn org lain mula la gduh.bru ni ada bdk drjh 2 hntr surat ''cerai'' kat adk sy dgn alsan sbb adk sy xmw main masak2..bila bca balik rupa nya surat xmw kawan..adeh -.- agk2 bdk2 20thn akn dtg mcm mna plak?

    BalasPadam
  16. owh, ni tersirat aritu.. noted, cKj ^^

    BalasPadam
  17. manusia dicipta dgn sebaiknyu. fitrah manusia kdg2 kita sndr yg lari darinya...

    BalasPadam
  18. Hmm.. Ikut pngalaman sy la.. Sbnrnya msa sy budak2 sy dh fhm dh smua ni. And yes, pngaruh crite kartun smua tu and yes, pngaruh kwn2. Bkn nk salahkn kwn2, tp kdang2 ada bnda yg kita buat dlm tak sedar. Cntohnya, brmain dgn budak laki. Tiba2 mmber prempuan sorang ckp yg mmber laki ni suka kat kita. Tercengang la jgk. And lama2 dh fhm.. Alhamdulillah, msih mmpu tarbiah diri sy sbb ibu ayah slalu ingtkn baik buruk.. Ibu ayah kna byk main pranan dlm hal ni. Kna sntiasa ingtkn, bgtau kesan bruk smua ni..

    BalasPadam
  19. kite dlu2 xth pape pun psal cinta2 ni..dr kcik smpai ler tmat tingktn 5..bdk2 skrg,aih...smua th..gatai bebenornye..huhu...tu la..ibu bapa kna pndai didik ank..=_=

    BalasPadam
  20. Salam ckj..erkk..mcm kenal kata2 di ats..hehe..thanx byk2.. em..sy trgt satu peristiwa, ada sorang kanak2 ni ckp, dia selalu tengok mak bp dia selalu bercium..haha..sy xpercaya..tp mak kata, budak2 biasanya akan ckp jujur..wallahualam..

    BalasPadam
  21. CKJ : hee. ha'ah mmg berbeza sangat dulu dan sekarang. n mak abah kita mesti cakap bende yg sama kan?? dia mesti kata yang kita pun tak mcam diorang waktu diorang mude2 dulu..

    BalasPadam
  22. jadi ibu bapa skrg ni mmg mencabar...

    BalasPadam
  23. mmg advance budak sekarang.. cukup mencabar nak mendidik...

    akak dulu tak tau pun apa tu cinta sampai la dah besar(sek menengah) kenal fb bagai ni bila dah masuk u.. tapi budak2 sekarang.. adeh!

    BalasPadam
  24. NI YANG KAK BUI SUSAH HATI SANGAT SEBAB ANAK2 KAK BUI MEMBESAR DLM DUNIA YG SERBA MENCABAR SEKARANG..HUHU

    BalasPadam
  25. budak2 sekarang ni memang cepat matang. anak sedara saya pon dah reti nak kapel2 ni. fb pulak status jiwang2. mengalahkan saya yang dah tua ni. haha.

    BalasPadam
  26. budak zaman sekarang makin advance macam ikut peredaran zaman canggih pulak kan..serba tahu macam macam sebab terlampau expose pada kecanggihan yang ada sekarang.perlu pemantauan lebih ni.

    BalasPadam
  27. tu sebab budak2 skrg smua ikut kecangihan teknologi. kdg2 mereka salah guankan.

    BalasPadam
  28. betu tu coklat susu... huh? surat cerai jadi surat tak mau kawan? ish2 macam2 la budak zaman sekarang ni.. huhu..

    betul jugak ea kalau 20thn akan dtg entah macam mana pula..? rasa macam mencabar dan takut pula sebab kita yang akan jadi parents masa tu..

    BalasPadam
  29. hehehe.. yup inilah dia maksudnyer caliph shuriken... :)

    BalasPadam
  30. yang penting kat sini Sis AI kita jangan mudah terpengaruh dan dengar usikkan/ kata kawan2 sangat.. nanti kalau lebih2 lain pula jadinyer... betul tu parents memang banyak/ selalu bagi nasihat dan ingatan dengan kesan baik buruk sesuatu perkara.. :)

    BalasPadam
  31. same la kita ~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~.. masa kecik memang tak tau menahu pun pasal cinta2 ni..

    sekrang ni...ish..betul tu.. hish..

    BalasPadam
  32. hehe.. sama-sama Jahidih Saili... betul secara lumrahnya kanak-kanak memang akan cakap jujur.. wallahualam... :)

    BalasPadam
  33. betul tu Noor Adibah Binti A.Latif.. selalu dengan orang tua2 kata macam tu.. :)

    BalasPadam
  34. tu la fasal eLL.. entah macam mana mau mendidik anak untuk 20thn akan datang.. lagi mencabar..

    BalasPadam
  35. tu la fasal kak syiela... semakin membimbangkan la anak2 zaman sekarang dengan kecanggihan teknologi ni... huhu..

    BalasPadam
  36. huhu.. kak Bui Junaidi saya fikir agaknya macam mana pula saya nak mendidik anak2 saya masa depan...

    BalasPadam
  37. tu la Azhafizah[フィザ] kadang2 mereka lagi tau daripada kita.. betul pemantau lebih itu perlu.. :)

    BalasPadam
  38. steffany daph : ini yang sedihnya... penyalah gunaan teknologi..

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)