Sabtu, 14 April 2012

Jangan sampai putus kawan gara-gara duit!

Assalamualaikum. Ini kisah fasal apa yang terjadi ahad  lepas. Serius aku memang terkilan dan geram. Berkemungkinan besar lepas ni aku kena lebih berhati-hati bila ada orang yang dah lama tak tegur aku dan secara tiba-tiba tegur. 

 Beberapa hari sebelum peristiwa itu berlaku, di wajah buku a.k.a facebook. Tiba-tiba ada seorang kawan aku ni yang aku tak la berapa rapat dengan dia tapi kenal la juga dia. Dia tegur aku kat chat mesej facebook. Aku pun tegur la balik kan, kang tak fasal-fasal kata aku sombong pula. Nak di pendekkan cerita, katanya dia bosan hari ahad ni dan ajak aku keluar. Siap nak ambil aku kat rumah lagi naik kereta. Aku pun setuju je la mau keluar dengan dia. Siap nak ambil lagi tu, memang cun ar macam tu. kan? Tapi aku pelik la biasanya dia tak macam ni. huh.. may be dia memang da bosan sangat kot. tak pe la.

Tiba hari ahad. Aku ada juga la tanya dia, mau bawa aku pergi mana, tapi dia macam susah nak cakap. pelik. Tak pe la macam tu ikut je la.. Di ringkaskan lagi cerita, rupa-rupanya dia mau ajak aku join jualan langsung. Ceh! patut la aku rasa pelik semacam. sampai hati dia buat aku macam ni. Aku punya la ingat dia betul-betul rindu dan nak ajak lepak. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang macam tu. Ramai. semua muka tegang. Mungkin dorang pun kena macam aku juga, entah-entah lagi teruk. huhu. Serius aku terkilan! sedih.. :'(
Lepas peristiwa tu berlaku, aku macam kurang percaya sikit pada mereka-mereka yang da lama tak tegur aku dan tiba-tiba tegur. Masa ni baru nak buat-buat baik, mengaku sahabat lama.. huhu. Semalam aku hampir terkena lagi dengan kawan yang lain pula! Syukur Alhamdulillah aku dapat detect dia nak ajak aku pergi ke tempat jual langsung tu lagi! huh! aku da tak sanggup da nak pergi situ lagi. huhu.. Macam guna Taktik kotor la cara mereka tarik orang ajak join. huhu.. tak suka.. :( Boleh jadi putus sahabat tau gara mau cari duit. Tapi aku tak de la sampai macam tu dengan kawan aku tu. cuma Kecewa dan terkilan. huhu.. 

34 ulasan :

  1. fisha pon pernah kene tapi bukan sal jualan cmni la. sal nak pinjam duit. dulu kat sek men. sombong sgt. dah senang. lupe diri. bila susah, cari fisha. nasib baiklah fisha ni keras hati jugak la xmudah percaya..hehehe

    ckj xpelik ker. duit pinjaman dah abes. lam bpe buln pdhal bru msuk kot. manusia. sukar dijangka.

    lepas ni kita bersama2 berjga2 dgn org yg dah lme xtegur. hihi

    BalasPadam
  2. sama la situasi kita ckj...tapi cik hana tegur dia depan2 tu jugak..terus dia x mendesak suruh join dah...ingatkan ajak jumpa sebab lama x borak rupanya ajak join bisnes ala2 MLM...uish,mcm2 skrg ni kan ...

    BalasPadam
  3. ade jugak sy kne. tapi bkn diorg suh masuk jualan langsung, diorg nak pnjam duit. xbg pnjam kesian plak. aih, kawan2 ni, kne wat baik berpada2.

    BalasPadam
  4. uishh .. ad plk kn cm tu..
    kena brhti-2 la len kli kn ..
    takut juga.. kwn-2 pn bole jual kwn .. lps nie kita hti-2 jgn trpdya ckp org .. plus, yg ckj ckpkn tu ..

    BalasPadam
  5. Benar.. Sy pun x suka cara yang mcm tu.. lebih baik ckp terus terang.. x baiklh buat kwn terpinga-pinga dengan bawa mcm tu je... Nk cr duit tu memang perkara yang baik.. tapi niat x menghalalkan cara... walaupun niat baik tapi kalu cara salah.. x gunak jugak.. boleh melibatkan kekecewaan dan rasa x puas hati orang lain... So pikir-pikirlah sebelum membuat sesuatu tindakan terhadap rakan-rakan anda..jangan kerana ingin mencari wang boleh menyebabkan keilangan kawan!!

    BalasPadam
  6. situasi kita myb xsama tp sy paham perasaan ckj :)
    kwn sy tuh bdk hot kt kolah,klau nak sembang ke apa ke mmg sy salu kena pulau,tpi nek form 5 dia cri sy.lma2 bru twu yg dia nak gunakan sy utk copy jwpn homework.sedih tu mmg x terkata lah.. ;'( sobs2
    sabar eh ckj.semoga pintu hati org tu terbukak

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah fiqa takde kawan mcm tu. btw ckj sabar yee. Allah itu maha adil. :)

    BalasPadam
  8. sy pnah terkena cmni dulu.. klau ckp awal2 kn senang citer.. ni ckp nk kena jumpa dulu laa, sampai kt phone pun xmo bgtau produk apa yg diorg jual tu :p

    BalasPadam
  9. wa'alaikumussalam. tak pernah kena situasi macam ni. sabar ye ckj. harap2 kawan tu cepat2 berubah. amin :)

    BalasPadam
  10. Dak Fisha pun pernah jumpa mereka yang macam tu.. ish.. kadang-kadang keras hati tu ada baiknya juga kan? hehe..

    pelik juga fisha.. dia beli apa dengan duit pinjam tu? kete sport ke? memang betul tu fisha.. manusia dan sikapnya sukar dijangka... bila kita sendiri da berhadapan dengan mereka-mereka ni baru terbuka sikit fikiran ni.. huhu..

    betul3.. kena lebih berjaga2.. huhu..

    BalasPadam
  11. ..cik hana.. pun sama? huhu.. beraninya Cik Han tegur dia.. CKJ ni pendiam.. jadi hanya mampu diam jer.. huhu.. tu la fasal.. kita ni punya baik nak lepak dengan dia.. last-last di buat macam ni.. huhu..

    ni memang MLM pun cik hana.. huhu..

    BalasPadam
  12. anNaqia : dorang pinjam duit sebab tak cukup modal nak join benda tu.. masa CKJ pergi tu ada juga dorang cadangkan/suruh mereka yang nak join tapi tak de duit pinjam duit kawan2 dulu. siap bagi cara macam mana nak pinjam lagi.. katanya..dia suruh kita buat list nama dalam 10 orang yang rasa2nyer boleh bagi kita pinjam.. huhu.. sampai macam tu sekali annaqia.. huhu..

    BalasPadam
  13. tu la nurul syuhada... tak sangka ckj.. huhu..

    ckj akan lebih berhati-hati lepas ni.. thanks atas peringatnya.. :)

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama : Thanks sebab membenarkannya.. tu yang payah dia tak cakap terus terang mau bawa saya pergi mana. katanya mau keluar je.. memang terpinga-pinga ar saya masa tu.. huhu...

    betul tu saya setuju.. memang apa yang sedang di jualkan tu halal, tapi cara dia yang tak menghalalkan.. sebab buat orang sakit hati + geram..

    betul3.. :)

    Thanks sebab sudi beri pandangan...

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah coklat susu faham apa yang ckj rasa.. huhu..

    tu la ada udang disebalik mee rupa-rupanya.. sanggup di korbankan persabahatan demi kepentingan dan kesenangan diri sendiri.. :'(

    awak pun sabar juga ea.. jangan sedih2.. awak sedih, saya pun sedih juga awak.. sob2.. :'(

    mudah-mudahan.. amin~~

    BalasPadam
  16. Syukur Alhamdulillah Detective Fiqa tak de kawan2 yang macam ni.. Thanks DF.. :)

    BalasPadam
  17. tu la caliph shuriken kalau dia cakap awal2 memang senang cite.. tak de nyer jadi macam ni..

    BalasPadam
  18. Syukur Alhamdulillah ciksukaberangan tak pernah kena.. dan saya harap awak tak kan terkena.

    thanks awak.. harap-harap macam tu la.. amin~~

    BalasPadam
  19. @Cik Kay Jue udang pun sedap law makannn..hihi xpe sesame la kita sabar ek :) Allah sentiasa dgn org yg sabar :)

    BalasPadam
  20. nampak sangat baik ada makna kan..hihi..tak ley caye sgt org skrg..kadang2 kwn pun sanggup mkn kawan...hoho..~~

    BalasPadam
  21. KAK BUI KALAU ORG AJAK JOIN BENDA NI KAN,MESTI KAK BUI CAKAP MCM NI

    AKU NAK TENGOK KAU KAYA DULU..BARU AKU JOIN..

    PASTU,MESTI DIA ORG TAK KAN DESAK LAGI..TP KALAU GUNA TAKTIK KOTOR MCM KES CIK KAY JUE,KAK BUI TAK PERNAH KENA LAGI

    TP KALAU TERKENA,MMG TAK NAK KAWAN DGN ORG MCM TU LAGI LAH..ADA UDANG DI SEBALIK MEE..EIII

    BalasPadam
  22. dah taktik dorang tu..bgtau awal2 confirm kita x ikut nye..hehee..geram kan!!!

    BalasPadam
  23. Akak pun sama macam kak bui tulis..."kau kaya dulu baru aku join" hihihi Sabar jer Kay Jue...Mungkin Tuhan nak uji kesabaran kita...

    BalasPadam
  24. Salam kayjue..oh..inila citer sebenarnya ya.. takmo sedih2 k..di kay jue kan comel..ilang comel sedih2 ni :)

    Urm, akak sama la juga dengan kebanyakan blogger kat atas ni, pernah kena..3x, dua dengan kawan lelaki, sorg dak pempuan. Diorg tepon, cakap nak pinjm duit tuk join MLM.

    Eh, adik bg akak ilham tuk bt entry la. nanti kita share pengalaman bersama ok :)

    BalasPadam
  25. macam MLM tu eh..alah selalunya memang camtu..sebab nak cari ramai orang bawah yang sudi melabur sanggup je cakap kawan baik lah rindulah..padahal ada udang disebalik mee

    BalasPadam
  26. coklat susu : wah.. mee memang sedap.. hehe..

    itu la sama-sama la kita.. Allah tengah ujian kita kan?

    setuju.. Allah sentiasa dengan orang yang bersabar.. :)

    BalasPadam
  27. tu la fasal Amirah Zulhijjah... kita ni tak mau berburuk sangka.. tapi.. da jadi macam.. terpaksa la nampaknya lepas ni.. huhu..

    BalasPadam
  28. Bui Junaidi : dorang siap panggil otai-otai dorang yang da kaya datang bagi ceramah masa program tu... memang serius la nampak nya dorang memang kaya sebab tengok kereta pun semua mahal2.. huhu..

    tau tak pe kak bui.. tapi ckj tak sampai hati mau buat macam tu. huhu..

    BalasPadam
  29. Aini Yunus : may be sebab tu dorang buat / guna taktik yang macam tu kan? huhu..

    BalasPadam
  30. hai kak Tinta Lana... tu la da ilang da comelnyer.. huhu..

    tu la sampai sanggup tu memimjam gara nak join MLM.. huhu..


    wah2.. sukenye saya dpt bagi ilham kat kak lana.. hehe.. alright.. :)

    BalasPadam
  31. tu la fasal Azhafizah[フィザ].. sedih hati ini diperlakukan sebegitu.. huhu..

    BalasPadam
  32. Saya sendiri pernah kena dengan kejadian serupa..xpa, saya maafkan orang tu masa tu tp tahap kepercayaan saya utk kawan tu dah menurun.. secara peribadi, sy kebih suka org berterus terang kpd sy w'pun perkara tu sy xsuka..sekurang2nya, dendam kt utk org tu xberganda:)

    BalasPadam
  33. Jahidih Saili : tu la.. ckj pun maafkan kawan ckj tu.. betul tu kepercayaan tu berkurang gara2 hal ni. sama la.. berterus terang itu lebih baik. :)

    BalasPadam

Thanks yeah. sebab sudi tinggalkan komen anda. :)